Advertisement

Main Ad

DAY 12 - Beginning of the terrible journey

DAY 12 Sunday. 30th March 2003 Bangun pukul 2 petang. Mender pulak aku nak mentekedarah hari nih? Duit dalam poket, campur dengan duit yang Yanie bagi untuk tuang minyak gi purtajaya semalam sepuluh ringgit, jadi aderlah dalam RM13. Patutlah pun dia suruh sangat aku turun sana. Rupanya diorang nak celebrate birthday aku esok. 

Birthday? Aku sendiri pon tak pernah nak ingat pasal tuh. Rupanya esok baru genap umur aku 24. Aku ingat aku dah 28. giler! Minyak motor dah 2 hari guna yang dalam tank reserve. Bukak peti sejuk, tengok ader kentang goreng. Aku gaul-gaul ngan black pepper source, makan cam makan nasik. Ni la makan tengahari aku hari nih. Meggie dah habis semalam yang last. Rokok semalam aku confident boleh bertahan lagi 2 hari. Petang tuh dalam kul 6, aku dah 'paner' giler. Tak tahu nak buat aper. Terus keluar. Tak tahu pun nak gi mana. 

Call Aie, tak dapat pulak. Ale-ale baru aku perasan handphone aku tertinggal kat rumah. Patah balik. Tetiba Poksu Call. Aritu pun dia ada call, dalam minggu lepas kalau aku tak silap. Dia tanya aku nak kerja kat sana ker tak. Sebab sana ada kerja. Tapi aku kata biar aku cari sini dulu. Masa tu aku konfident boleh dapat kerja kat Giant

 "Camaner?" Dia tanya aku. 

 "Tak dapat lagik..." 

 "Dah tu jadik kerja sini?" aku blur

Betul-betul blur. Dan aku rasa keadaan aku sekarang banyak mempengaruhi apa jawapan yang bakal keluar dari mulut aku. Dengan duit aku yang tinggal RM13, dan takde kerja, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan dekat sini. Takkan aku nak balik bodo jer ke Chini semula? Giler! Aku nak mati kebulur pun aku takkan balik. Tu nekad aku keluar kali ni.

"Poksu turun sini dulu... pastu kiter balik sana naik motor." Kata-kata aku tu dah jelas menyatakan persetujuan aku. Ntah lah betul ker tak keputusan yang aku ambik. Tapi kalau salah sekali pun, sekurang-kurangnya itulah keputusan yang aku buat tanpa pengaruh dari sesapa.

Poksu kata, tak esok lusa dia akan turun sini. Ermmm... Masa atas motor, dalam pada tak tahu nak gi maner, aku dah ambik hala ker putrajaya. Nak sangat jumpa Ipin tengok keadaan dia skang nih. Sampai-sampai jer, pamcit pulak tayar depan. Macam sengaja di setting-setting pulak. Bebetul kat depat medan selera percint 8. hari dah mula gelap. Dah kat pukul tujuh kalau tak silap. Habis serata tempat aku melilau nak cari public phone

Nak call Yanie tanyer kat mana tempat kerja Ipin. Satu public pun takde. Kalau ader pun guna kad. Babi betul. Hari dah pukul 9 malam. Harapan aku Cuma tenggu Yanie call. Kalau dia tak call, alamat tidur atas papan aku arinih. Ipin dah tentu habis kerja pukul 10. pas tuh diorang akan hantar balik hostel. Alamatnya memang langsung takleh jumpa lah kalau cam tuh. Last-last aku gamble main jenguk jer setiap kedai yang ada kat situ sampailah dengar suara Ipin menjerit panggil aku. 

Huh! Nak mujur betul! Yanie call dalam pukul 9:30mlm. terus dia datang bila tahu aku ada kat situ. Terdiam dia biler sampai-sampai jer terus aku bagitahu aku plan nak ikut poksu, kerja kat Ipoh. Senyap. Tak bercakap-cakap. 

 "Kita gi tempat lain bang.." aku ikut jer biler perasan mata dia dah start berair. 

 "Kerja apa?" dia tanya. Tapi tak pandangpun muka aku. Agaknya kalau boleh dia tak nak aku nampak dia nangis. Makin lama makin laju airmata yang mengalir. Tak sampai hati biler tengok dia sampai teresak-esak menangis. Tapi aku diam jer. Berlagak macam tunggul yang sikit pun takde perasaan. Perlukah aku kata sesuatu masa tu? Dan jika perlu, apa yang nak aku cakapkan? Aku Cuma mampu berharap agar dia dapat faham keadaan aku walaupun dalam keadaan yang dia sendiri tak rela. Kejam ker aku? 

Sayang... jika kau tahu, kerana perasaan kasih inilah aku buat semua ni. Semoga kita sama-sama tabah dengan dugaan demi dugaan yang bakal kita lalui. Ipin pulak? Mengelupur nak ikut bila aku cakap aku nak pergi Manjung. Sampai dia mintak gaji dia yang 3 hari tu kat boss dia. Selamba dia kencing kata nak balik kampung kejap amik baju. Aku sendiri tak sure patut ker tak aku bawak dia. Tapi terus terang cakap, kalau dia ikut, takde la rasa 'alone' sangat. Pakai duit Ipin buat tuang minyak keter Yanie mintak dier tolong hantar kitorang balik. Motor aku tinggalkan dulu kat rumah dia. Kot macamanapun esok pagi-pagi sebelum mama dia balik dari mengajar, aku kena ambik motor ni. 

** Malam: Aku jadi tak sedap hati dengan plan untuk bawak Ipin gi Manjung. Betul kalau bawak dia mungkin aku akan jadi lebih kuat. Tapi kekuatan tu aku takut akan jadi punca kelemahan aku. Aku tak yakin dia akan sanggup hadap semua dugaan yang bakal berlaku di Manjung nanti. Dengan kerja tak tentu lagi, rumah tak tentu lagi. Malam tu tidur lewat. Aku nak Ipin pikir habis-habis. Dia patut tahu apa risiko yang bakal dia hadapi. Aku tak nak yang dikejar tak dapat, yang dikendong cicir. Dia berhak untuk buat keputusan bagi diri dia sendiri.

Kamus Aku
mentekedarah = makan
paner = pening/bengong/blur
kencing = tipu

Post a Comment

0 Comments