Aku takde masa betul nak write in somethin' dalam journal nih. Sedangkan dalam masa yang sama sebenarnya banyak sangat perkara menarik yang nak dikongsikan.
5 Oktober aritu aku join gathering ader satu portal tu. PCM (Perkahwinan.com.my). Portal ni Yanie yang introducekan kat aku dulu. Masa tu zaman tengah-tengah sibuk dengan persiapan perkahwinan la. So portal tu tempat dia cari info-info pasal andaman la, cathering la. Aku join saja je untuk memporak perandakan diorang nyer forum je. Har! Har! Har!
5 Oktober aritu aku join gathering ader satu portal tu. PCM (Perkahwinan.com.my). Portal ni Yanie yang introducekan kat aku dulu. Masa tu zaman tengah-tengah sibuk dengan persiapan perkahwinan la. So portal tu tempat dia cari info-info pasal andaman la, cathering la. Aku join saja je untuk memporak perandakan diorang nyer forum je. Har! Har! Har!
Overall gath tuh quite ok la. RM80 untuk satu couple. Buat kat International Hotel, KL. Walaupun at first masa dapat tentatif program tuh aku dah mula rasa cam 'tak masuk majlis' je. Ye la.. Pertandingan pakaikan baju baby kategori pompuan, pertandingan pakai baju baby kategori lelaki, kuiz, berpantun dengan moderator... whut kinda program is this? Boleh ke aku masuk majlis-majlis macam ni? Karang kot jadi badut pulak aku kat sana. Isk!! Tapi bila dah tengok yanie nak sangat gi, nak jumpa memember forumnist dia, aku buat dek je la. Kena sporting la sket yer tak? Couple lain cam memalu la pulak. Yanie join diorang nyer karaoke. Dari rumah lagi dier dah plan, memang dia nak nyanyi dia kata. Mula ingat nak gak duet ngan dia bawak lagu Broken (Seether & Amy Lee) tapi for sure diorang takde cd tu. Hehehe (Sebab takde berani cakap la!!). Lagipun dah tak cukup masa. Dah petang sangat dah. Sebab acara start lambat. Agaknya ramai yang sesat macam aku masa nak datang situ kot?
Apa-apa pun, hari ni kena masuk acara banyak-banyak, menang banyak-banyak, boleh dapat hadiah banyak-banyak, takdelah rugi sangat RM80 tu. Ahaks!! Gitu pulak! Last-last selamba aku join pertandingan memakai baju tuk baby tuh.
Perlumbaan bermula. Ni la sesatunya acara yang aku participate tuk hari tuh. Mujurnya menang. Kalau tak, aku grip kepala Amran Tompel yg jadik MC pada hari tu.
Habis pasal Gath PCM, Skang ni aku tengah design satu web untuk MyMode (mymode.speedfinger.org). Aku baru je jadi agent ni. Ada sorang mamat tu introducekan kat aku hari jumaat lepas. Lepas tu aku amik masa 2,3 hari untuk kaji sistem dia seterusnya merangka strategi aku untuk buat MLM ni. Rasanya boleh buat. Sebab based on prepaid nyer top-up. Kalau tak jual pun, at least untuk guna sendiri jer. InsyaAllah paling lewat Next week web tu akan siap sepenuhnya. Dan promosi akan bermula sejurus dari itu. Korang pun kalau nak jadi Agent boleh gak. Sesama kita buat bisness nih.
Semalam, masa balik dari office, macam biasa aku singgah Pasar Ramadhan kat precint 2. Menu aku streotype sket. Once aku beli otak-otak, agaknya sampai abis puasa la aku akan beli menatang ni jer. Tapi tadi Yanie dah pesan dia nak Laksa. Memusing gak cari laksa. Yang aku jumpa Laksam. Karang aku beli je kang takut dia tak makan pulak. Jam balik aku nampak ader satu meja tempat bayar zakat. Terlanjur ada tu terus je aku gi bayar zakat fitrah. Nanti leceh pulak dekat-dekat nak rasa, dah sibuk. So tahun ni first time aku akad masa bayar fitrah tuh "keatas diriku dan tanggunganku". Hehehe. Sebelum ni bayar tuk diri sendiri jer. RM4.50 sorang ikut Putrajaya. 2 orang Jadi RM9 la.
Arini? Yanie gi klinik. Ader interview dengan doktor. Eh! Interview pulak!! Ader appointment dengan doktor. Sian Yanie. Memacam sakitnya. Kalau boleh biarlah aku tanggung semua kesakitan dia tu. Tapi ternyata dia kuat. Malam kang ingat nak sambung tulis pasal aku nyer 'terrible journey' tu. Tak sangka pulak kisah aku tuh berjaya menarik 2,3 orang pembaca setia. Ekekekeke.. Hai... Letih.. Boring.. Ngantuk... Lapor... = Tidur gak besh!!
2 Comments
abg eddie, 1st pic tu, yg brdiri sebelah abg tu, kak ina, classmate saya kt UTM.
ReplyDeletethe next pic tu, abg eddie kt sebelah husband dia, along (panggilan biasa antara ktorg).
saya ada tgk gath PCM kt fotopage kak ina semlm, tak prasan lak muka abg eddie ngn yanie ada sama.
really? hehehe keciknyer dunia. pusing-pusing kat situ jugak. ahaks!! Malina biler pulak nak join pengantin2 nih? Jangan tak jemput plak nanti! peace~!
ReplyDelete