Advertisement

Main Ad

Rombongan ke-3 dari kerabat diraja naga

Hari ni ngOh bertunang! Kebetulan sama tarikh ngan birthday Abg Long. Memang sengaja dirancang kot. Sebab pertunangan ngOh ni pun kuat pada Abg Long la yang merancangkannya. Hehehehe. Bertunang dah abang koi yang sorang nih. So lepas nih tinggallah 5 orang lagi adik-adik perempuan aku pulak. Ermmm... tak payah la nak kenen-kenen. Korang takkan mahu berabang iparkan orang cam aku!! Abis aku tangan-tangankan karang!! Hahahaha

Majlis Bertunang ngah ni aku tengok semuanya organized sikit compared ngan yang lepas-lepas. Kalau masa aku dulu nampak juga kelam-kabutnya. Sampai tergolek-golek sireh junjung dibuatnya. Mungkin pengalaman dari yang lepas-lepas buatkan semuanya dah teratus. Everything's cool. Persiapan semua settle.

Mostly mender untuk perhiasan hantaran aku ngan Yanie dah beli siap-siap dari sana. Semalam diorang tinggal nak pasang-pasang je. Banyak juga buat. 7 dulang balas 11 dulang. Aku bertunang dulu 5 balas 7 je. ngOh pun aku tengok biasa jer. tak neves pun. Ahaks. ada juga memember jauh yang datang. Poksu, Ajak, Jang, Big..

Rombongan gerak pukul 1 setengah lebih kurang lepas zohor. Abang ngah (pakcik aku) yang jadi kepala rombongan. Jadi tukang cakap la kiranya. Dasyat betul upacara hak disini. Siap guna microphone tuh. Ish!! Aku pulak jadik cameraman. Itupun sebab abah putrajaya beri pinjam handycam dia. Kalau tak takde lah video-video ni. Tapi semuanya settle jugak akhirnya. Kata putus, ikat maksimum 2 tahun, hantaran 6k serba satu.....



Post a Comment

1 Comments

  1. Bertunaa dah aok yerkkk.... hehe
    nanti nikoh.. kabo awai2
    komperm kaeh dataa'

    ReplyDelete