Advertisement

Main Ad

Syawal pertama sebagai laki orang...

Raya tahun ni agak kelam kabut sikit, tetapi pada aku dah cukup bagus. Tahun ni terasa cahaya kemeriahan tu cerah berbanding tahun sebelum nya. Memang sejak kebelakangan ni aku kurang menghayati erti raya tu sendiri. Dah bertahun-tahun aku tak menikmati kemeriahan raya. Pagi raya bangun pukul 1 tengahari tu dah 2,3 kali aku buat. Cuma kali ni berbeza... berbeza betul!

Seminggu sebelum raya aku dah buat belanjawan. ada banyak masa untuk itu. sebab aku dari 29hb aritu lagi dah cuti. Kalau ikutkan memang dah lama lepas ke kampung nyer. Tapi malangnya Yanie pulak kerja lagi sampai malam raya. Aleeemak!! Bulan ni ader bonus masuk extra dalam RM800++. So duit yang ada aku dah buat belanjawan siap-siap sehingga penghujung November punya budget. Sewa rumah aku dah asingkan siap-siap. Selit kat mulut 'katOk si penjaga duit sewa' aku. Duit credit card, bil api, bil air semua aku dah bayar guna online banking jer. Duit PTPTN aku bayar RM150 je bulan ni. Ikut sedap aku je. kekadang tuh kalau ader seratus, aku bayar seratus jer. Tak pernah lagi diorang komplain.

Duit raya tahun ni aku peruntukan RM200 je. Semalam dah suruh yanie tukarkan duit singgit-singgit. at least kalau aku sumbat 5,6 ringgit dalam angpau tuh nampak la kembung sikit. Ahaks. Tapi tak campurla dengan duit raya nak beri ke mak.

Ermm.. dah sedia ke aku nak rayer nih? Anyway, esok mak mertua aku ajak bakar lemang kat umah. hehehhe...Patut rasa lain tahun ni.... ader mertua rupanya!! Ahaks!!

Post a Comment

0 Comments