Advertisement

Main Ad

Minyak naik 30 sen

Terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang bertanggung jawab dalam menaikkan harga minyak. Malah terserlah kebijaksanaan mereka apabila minyak dinaikkan secara mendadak sebanyak 30sen dengan notice tak sampai 24jam. Bertambah bijak lagi apa bila penjelasan yang diberikan berjaya menipu orang-orang kampung yang tidak tamat pengajian darjah enamnya. Congratulation and big salute to all this slaughters!

Antara alasan bernas yang susah sangat orang nak faham tetapi sepatutnya kita semua sebagai rakyat Malaysia TERPAKSA PAHAM adalah...

Harga minyak kita naik 30sen kerana:

1) Harga pasaran minyak dunia naik. So kita kenalah naikkan jugak sama seperti negara-negara lain walaupun negara lain tuh takde minyak. Memang kita negara penjual minyak, tapi kiter kena lah beli jugak minyak kita sendiri. Barulah tak rugi.

2) Harga minyak kita still rendah berbanding Singapore dan Thailand. Kalau nak tahu harga minyak kat UK sampai RM5 seliter. kan ke lagi gila dari kita tu? Walaupun hakikatnya RM5 tuh kalau dalam matawang diorang sebenarnya tak sampai £1 pun...

3) Kita kena berjimat cermat, tanam sayur, makan sendiri. jadi takyah la beli. Yang duduk rumah flat, tu nanti gamaknya kena kawtim la dengan orang yg tanam sayur tadik. Kalau tak rugilah diorang.

4) Jangan la boikot, demontrasi, dan mendengar hebahan cerita dari orang luar selain kerajaan. Diorang tuh semuanya penipu, fitnah semata-mata. Dengar apa yang kerajaan cakap kerana itu yang betul. Kalau tak percaya, cuba tengok berita kat dalam tv!

5) Kerajaan janji tidak akan ader kenaikan lagi dalam jangkamasa setahun. Kerajaan juga akan pantau kenaikan harga barangan lain. jikalau ada sekalipun, SECARA BERANSUR-ANSUR. bukankah itu satu jaminan dari pihak kerajaan? Jadi kenapa perlu marah-marah?

6) Tok Najib kan dah kater, minyak dan gas hanya merupakan 0.1% daripada total menufacturing cost. So sepatutnya diorang takleh jadikan kenaikan harga minyak sebagai punca kenaikan harga barangan. Walaupun dalam masa yang sama industri penanaman sayur di cameron highland yang tidak menggunakan sebarang minyak tetap menggunakan minyak bagi tujuan logistik. Masa inilah kita boleh gunakan idea sammy vellu untuk gunakan kereta lembu. Jadi apa masalahnya sampai nak ribut-ribut?

Jadi kesimpulannya, untuk dapatkan info yang BETUL, maka bacalah berita harian, dan tengok berita di TV. Ahaks!! Sambil tengok kita boleh gelak sambil mengenangkan nasib kita. Hehehehe

Aku rasa kalau tanya pada adik-adik kita yang biasa main PC Game cam civilization, stronghold, cleopatra, paraoh, dan sebagainya diorang pun tahu. Untuk naikkan pendapatan negara, naikkan cukai. dalam masa yang sama naikkan ratio makanan supaya rakyat tidak lari. Kalau makanan kurang, limitkan ratio makanan, tapi dalam masa yang sama rendahkan sikit cukai. Takpun, jangan kenakan cukai terus. Gamaknya kita kena perkenalkan game-game sebegini pada para pemimpin supaya diorang ada gambaran asas macamana nak mentadbir sesebuah negara.

Maaf kalau tulisan ni agak lancang. Tapi kalau setakat panas telinga jer, tapi tak paham-paham gak, macam takde!!

Post a Comment

0 Comments