Advertisement

Main Ad

Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 9

"

Keletik-keletik-keletik bunyi keyboard computer ditekan satu demi satu. Kelihatan satu susuk tubuh tak berbaju sedang tekun menghadap computer bogel yang telah tertanggal sarung CPU nya. Beberapa keeping CD installer tidak bersampul berterabur diatas lantai.

""Tak siap lagi ker bro?"" sapa Pachee yang cuba memulakan perbualan. Zack diam tak menjawab.

""PC saper ni Zack?"" tanyanya lagi. Masih diam. Zack masih meneruskan kerjanya tanpa sedikitpun menghiraukan pertanyaan dari Pachee. Tekun gila lagaknya. Walhal upah yang diperoleh dari setiap computer rosak yang dihantar kepadanya untuk di ‘repair’ tak pernah lebih dari RM50 untuk setiap PC. Kadang-kadang ada yang dia tak ambil upah sedikit pun sekiranya masalahnya terlalu kecil.

""Lu marah lagi dengan gua ke Zack?"" diam lagi.

""Anyway… hari ni dateline untuk finalize design. Next week suppose dah proceed untuk model making."" Ayat Pachee terhenti seketika untuk member ruang kepada paru-parunya mengambil oksigen yang diperlukan.

""Seingat aku, Cuma design lu dengan Fauza (Kepada Fauza, ex-IDE UiTM SA, sorry bro aku pinjam nama ngko) jer yang belum proceed. Fauza tu dah confirm dia extend punya sem ni. So tinggal lu je sorang. En. Hariri dah cakap hari ni dia ada kat studio. Lu try la bawak sketch lu kat dia"" Panjang lebar ulasan Pachee.

Sepi.
Sekarang Pachee tahu yang dia tak perlu bersuara lagi.
Handset Zack berbunyi mengalunkan intro lagu Wasted Years dari Iron Maiden.

""Hallo!"" Sambil bangun dan terus ke pintu depan. Bukan sebab masalah reception di dalam kurang baik, bukan juga sebab nak jauhkan diri dari Pachee. Cuma dah memang kebiasaannya begitu. Bila ada call jer automatic akan pergi ke muka pintu. Mungkin sebab bila kat dalam terasa sangat bunyi gema suara sendiri bila bercakap dalam telephone.

""PC aku dah siap bro?"" Tanya suara dari hujung sana talian.

""Harddisk kong beb. Gua dah low level pun tak boleh jugak. Dekat 40% bad sector.""

""Adoi bro… Tak boleh fix ke?""

""Fizikal damage beb. Ni gua dapat recover lu punya thesis pun dah cukup bagus dah.""

""Hah?! Series? Perghh. Aku tu jer yg penting. Abis tu macamana?""

""Pada gua ada satu harddisk secondhand ni. Tapi harddisk zaman jepun la. 20GB jer space. Amacam?""

""Janji boleh hidup bro. Bila boleh siap?""

""Lu ambik besok je la. Kalau gua takde, lu ambik dengan Pachee."" Pachee yang dari tadi mencuri dengar dari dalam sedikit tersentak bila namanya disebut. Kini dia boleh menarik nafas lega. Bermakna Zack dah tak marahkan dia lagi. Yer ke?

""Err.. braper aa Zack?""

""Lu lambung je la 4,5 ketul""

Stop!
Zack kembali ketempatnya.

""Lu tak nak jumpa EN. Hariri ke bro?"" Pachee mencuba kali kedua. Kali ini dia memberanikan diri untuk duduk bersandar berhampiran dengan tempat Zack bekerja. Senyap. Takde sepatah ayat pun yang keluar dari mulut Zack.
""Zack, sorry la..""
""Leks ar beb. Gua dah lupa dah lu tak payah la nak refresh balik."" Potong Zack sebelum sempat Pachee menghabiskan ayatnya. Kali ni Pachee betul-betul diam bila tiba-tiba otaknya ter-flashback balik penumbuk Zack semalam.
""Tapi beb.. ingat yang lu dah utang satu ngan gua."" Zack sengeh. Sengeh jahat. Pachee turut sengeh. Tapi sengeh takut!

********************


Dari tingkat satu Fakulti Seni Reka kelihatan Lynn dan Mimie berdiri sambil memerhatikan siswa-siswi lain berpeleseran di lantai foyer sambil menunggu kelas masing-masing bermula. Ada yang baru keluar dari auditorium, ada yang baru sampai, ada yang baru sudah breakfast di café dan sebagainya.

""Aku nak tanya satu soalan boleh?"" Aju Mimie sambil senyum.

""Apa ko buat kat sini? Setahu aku kau takde kelas hari ni."" Sambungnya lagi sambil menghulurkan Air Tin Kacip Fatimah kepada Lynn. Eh silap! Air diet coke!!

""Eh, ko ada perasan tak si Zack? Dah 2 hari aku tak nampak dia."" Tanya Lynn yang secara tidak langsung memberikan jawapan kepada Mimie tentang tujuannya disitu.

""Ooo.. mamat tu.. Dah la Lynn. Lupakan je la pasal bet tu."" Mimie ketawa kecil. Lynn berpaling sambil menyandarkan badannya pada railing mengadap Mimie sambil turut ketawa.

""Bukan pasal betting tu la."" Ujarnya. Jelas dia agak tersipu-sipu dengan situasi tersebut.

""Aku tahu.. ko dah mula syok kat mamat tu kan?"" Teka si Mimie.

""Ish! Apa barang…"" Lynn gelak.

""Eleh! Ni baju-baju kurung tengah-tengah hari ni perhalnya?"" serentak jari telunjuknya menyucuk pinggang Lynn. Lynn gelak lagi.

""Tapi okey tak aku pakai baju kurung? Nampak macam Perempuan Melayu Terakhir tak?"" Derai tawa terus berpanjangan.

[span class=note]Hehehe. Pada follower eNovel ni sorry la sesangat sebab sambungannya tak pernah mengikut jadual. Kadang-kadang sampai masa otak aku blank tak tahu nak tulis apa. Pada yang baru first time baca, boleh la try baca dari mula. [/span]

"

Post a Comment

0 Comments