Rasanya ramai yang dah tahu pasal ni, jadi entry ni hanya perkongsian kepada mereka-mereka yang masih belum tahu.
Sebelum ni bayar setahun sekali. Dan lazimnya yang menjadi masalah kepada orang yang takde pendapatan tetap dan bekerja sendiri macam aku ni by the time nak bayar, duitnya ntah kemana dah perginya. Apa lagi bila aku sendiri dah lupa berapa pendapatan aku tahun lepas memandangkan income tu tak di rekodkan.
Jadi untuk jalan penyelesaian, aku rasa better aku bayar secara bulanan. So atleast aku tahu berapa total pendapatan aku bulan lepas dan of course takde lah terasa sangat 'jumlah'nya bila buat pembayaran secara bulanan ni. Kalau setahun sekali nak kena bayar sedebuk tu mungkin perit sikit.
Tadi borak dengan En. Razak dari Pusat Pungutan Zakat Negeri Sembilan tanya dia macamana nak kira berapa yang kita kena bayar kalau dikira mengikut bulan.
Okey kalau ikut setahun, antara pengecualian yang boleh ditolak terlebih dahulu dari total pendapatan adalah:
- RM9000 untuk diri sendiri
- RM1000 untuk setiap seorang anak
- RM3000 untuk isteri
Jadi basically jika dibayar secara bulanan, jumlah pengecualian ini hendaklah dibahagikan dengan 12.
Formula dia: 2.5% x (PENDAPATAN SEBULAN - PENGECUALIAN)
Contoh kalau pendapatan kita RM3000 sebulan, dan mempunyai 2 orang anak. Jadi pengecualiannya
- RM750 untuk diri sendiri
- RM167 untuk 2 orang anak
- RM250 untuk isteri
So total pengecualian adalah sebanyak RM1167
Jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar untuk bulan tersebut?
2.5% x (RM3000 - RM1167) = RM46 sahaja.
So apa lagi? Masukkan 'pembayaran zakat pendapatan' sebagai salah satu perkara wajib yang kita perlukan tiap-tiap bulan jauh lebih utama dari bil elektrik, bil astro atau installment kereta. Sama-sama kita mengambil berat tentang zakat sama seperti solat, puasa dan rukun islam yang lainnya. Semoga dengan sebahagian kecil yang kita keluarkan ini Allah akan melimpah ruahkan lagi rezeki kita tak kira dalam apa jua bentuk sekalipun.
* Zakat pendapatan kini boleh dibayar secara online melalui maybank2u.
"
0 Comments