Advertisement

Main Ad

STOP LYNAS - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

"

Firstly I would like to mention this is not a political entry. Aku menulis ni bukan atas agenda untuk mewakili pembangkang atau menghentam kerajaan sebaliknya aku rasa isu ini adalah isu kemasyarakatan yang jauh lebih serius jika nak dibandingkan dengan kes video seks Anwar Ibrahim yang dikatakan mirip pemimpin PKR (muka sebijik cam saya, badan cam saya, tua bangka cam saya tapi tu bukan saya).

Cuma dalam negara bertuah 1 Malaysia yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan' ni ternyata isu-isu global yang mengancam nyawa berjuta rakyat Malaysia seperti pembinaan industri tanah nadir (rare earth plan) ni bukanlah satu yang perlu diutamakan berbanding dengan kita nak tahu betul ke tak orang dalam video seks ni Nuar atau saper?


.

Sebab tu tak ramai yang tahu pasal LYNAS. Tak ramai yang ambil serius pasal isu ini sebab ianya tak pernah diwar warkan untuk rakyat semua. Come on guys... open your eyes! 20 tahun dulu mungkin kita tak banyak maklumat tentang peristiwa yang dialami oleh penduduk Bukit Merah sebab time tu takde internet, takde google, takde youtube. For those yang nak tahu kes Bukit Merah satu masa dulu boleh baca kat sini)

{youtube}MhbB-_lCfTQ{/youtube}

Rasanya sekarang ni masing-masing boleh start ringankan tangan search keyword-keyword seperty 'stop lynas', atau 'hentikan lynas' dan sebagainya di google. Baca dan nilaikan sendiri segala-segala maklumat yang korang jumpa. Kalau nak kata ini agenda untuk menjatuhkan kerajaan, takkanlah dari semua result yg korang temui di index carian tu semuanya dari penulis-penulis dari parti pembangkang yer tak?

Lazimnya kita memang selalunya mementingkan diri sendiri. Selagi benda tu tak menyentuh batang hidung kita, kita taknak masuk campur. Bak kata pepatah, 'jangan jaga tepi kain orang'. Kerana itu nilai kemanusiaan sedikit demi sedikit di hakis dari orang melayu.

{youtube}I9a7Yaa0hRs{/youtube}
Tak paham bahasa inggeris? Takper. Mamat ni cakap 'Melayu'!

Tak kira apa pun pegangan politik anda, ayuh sama-sama membela nasib dan masa depan saudara-saudara kita.

Related article:

Kesedaran Masyarakat Tentang LYNAS Kini Makin Meningkat

"

Post a Comment

0 Comments