Advertisement

Main Ad

Cuti-cuti Malaysia - Pantai Sri Purnama, Port Dickson


Agak terlewat jugak entry kali ni memandangkan sesi perkhemahan kitorang di Pantai Sri Purnama dibuat pada 22hb January yang lepas (Ahad). Usually kalau aku keep on postpone untuk buat entry for sure sampai ke sudah la aku takkan update terus cerita tu ke dalam blog ni. Aku pun tak tahu kenapa but lately aku tak 'ghairah' sangat untuk ber-blog. Padahal bukan tak banyak benda sensasi yang boleh aku tulis. Rasanya dengan mengadap Buletin Utama 15 minit jer dah banyak bahan yang boleh aku tuliskan. Cuma sekarang ni aku lebih memikirkan risiko pada setiap bahan yang aku tulis.

Back to the topik, for those who were born in 70's sure zaman kecik-kecik parent korang selalu pergi picnic kat pantai. Kalau dulu mungkin 'mini compo' merupakan check list yang agak utama untuk dibawa. Now since everybody got their own handphone and earplug, so dah takde lagi lah kepentingan untuk itu. Dan semakin aku membesar semakin tiada sangat aktiviti-aktiviti perkelahan bersama keluarga. Aktiviti hari minggu mungkin banyak dibunuh oleh shopping-shopping mall yang tumbuh macam cendawan sekarang ni.



Lokasi kali ini adalah Pantai Sri Purnama, Port Dickson. Aku bukanlah orang yang menjadi 'mastermind' dalam percutian kali ini. Ia lebih kepada Mama punya planning. But I did influent them untuk tukar dari asalnya hanya untuk berkelah pagi sampai petang tiba-tiba menjadi perkelahan 2 hari 1 malam. Ahaks!

Gambar diatas adalah ketika air surut. Ketika air pasang actually ombak sampai rapat ke tembok tempat kitorang dirikan khemah. So time malam bunyi ombak memang betul-betul tepi telinga je.



Lokasi dipilih sebab kawasannya yang menarik dan adanya kemudahan tempat mandi, toilet dan paling penting surau untuk solat. Telah dijangkakan pada hujung minggu tempat ni memang crowded (especially kalau kita memerlukan tapak untuk nak pasang khemah). So adalah di nasihatkan untuk korang sampai ke sana seawal 9 pagi kerana pukul 9am - 10am ni kebiasaannya waktu orang yang berkhemah pada malam sebelumnya planning untuk pulang. Jadi kita boleh replace tapak khemah diorang.

Untuk tempat parking kereta juga agak terhad kalau waktu prime time. Jadi mungkin perlu pusing 2,3 kali untuk dapatkan slot kosong orang keluar. Tapi make sure korang tak parking celah-celah pokok sebab mostly tempat-tempat tu adalah tempat perkelahan. Jadi nanti ada yang kena sound untuk alihkan semula kenderaan korang. Leceh kalau jadi macam tu.


Percutian ini juga sebenarnya bagi menebus ketidakseronokan semasa Cuti-cuti Malaysia - Pulau Pangkor (entrynya masih tak di tulis lagi. hutang dulu) akibat dari hanpir seluruh family aku diserang demam bergilir-gilir pada ketika itu. Alhamdulillah, kali ini semua orang dalam kondisi yang memuaskan walaupun seketika aku panik bila Faris terketar-ketar macam orang kena 'Demam Kura' bila keluar dari air pastu terus selimut ngan tuala dan tidur. Isk~! Mujutnya lepas bangun terus aktif semula melompat-lompak menggali pasir.


Untuk rombongan kitorang jer ada 4 khemah tidak termasuk 1 khemah kanvas untuk ruang masak dan makan-makan. Mama ngan Abah 1 khemah, Mamat ngan Iwan 1 khemah, Nana ngan Rahimi 1 khemah dan kami berempat 1 khemah. Dan dalam 5 bijik khemah ni, sebenarnya yang takde dinding yang dihujung sekali tu lah yang memakan masa paling lama untuk didirikan! Ahaks! Yang hijau tu khemah kitorang. Satu-satunya khemah yang diterangi oleh cahaya 'lampu gasolin' dari dalam. Huhuhuhu




Lepas first round minum air laut (aku tak join untuk sesi pertama ni sebab sibuk memasang khemah), tibalah masanya time makan. Kat sini nasi putih dengan sambal ikan bilis pun boleh jadi sedap macam mengadap nasi beryani gam je kaedahnya. Ahaks! Tambah pulah ngan ikan keli bakar cecah air asam... Cerita pun tak guna!

Pas makan Mama ngan Abah releks atas 'kerusi pengarah' masing-masing sambil membaca novel dan menikmati deru ombak. Cewah~! Danish dengan Faris pulak tak membuang banyak masa terus sambung kerja.

Apa jadi selepas itu?


Nah... Recharge Battery!!





Jangan tertipu. Yang bergambar di tempat masak tak beerti dia yang masak. Nenoenonoenoene. mana aku masa ni?


Mengambil alih kerusi pengarah! Har! Har!

Kat bawah ni beberapa shot yang dibuat waktu malam. Kualiti gambar tak berapa cantik sebab pakai cameraphone cikai.




So berapa bintang untuk Pantai Sri Purnama, Port Dickson? Rating ni aku bagi kepada 2 keadaan. Kerana banyak benda yang boleh mempengaruhi rating percutian kita terutama aktiviti yang kita jalankan disana itu sendiri sangat memainkan peranan penting. Sebab aku tengok group sebelah kitorang yang datang 3,4 family boleh main bola pantai ramai-ramai pada aku sangat memberikan makna. Namun kalau hanya datang untuk mandi, pasti faktor kebersihan pantai akan lebih diberikan penekanan.

Kalau just datang untuk mandi:
Kalau overnight dan ada aktiviti sampingan:

Yang penting, kedua-dua ketiga-tiga 'Buntat' aku (termasuk 'mak buntat') sangat enjoy~!

Post a Comment

4 Comments

  1. Assalam nk tya khemah awk bwa sdiri ke sewa c2?

    ReplyDelete
  2. kalau bwk kemah sendiri ade bayaran ape2 x

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu. tapi kalau nak gunakan tandas/bilik mandi, kena bayar cam biasa.

      Delete