Pelita Nasi Kandar director Datuk D. Ramesh |
Berbeza dengan 'kedai mamak', kebanyakan kita umumnya orang melayu merasakan lebih selesa dan yakin akan status halal kedai tersebut walaupun tiada pengesahan sijil halal dari JAKIM atau jabatan agama islam yang lain. Mungkin kita tertipu dengan songkok yang dipakai oleh pelayan-pelayannya, atau mungkin kerana logo kubah masjid pada signboardnya, atau pada ayat-ayat al-Quran yang terlekat di dinding-dinding restoran, atau mungkin juga pada nama kedai-kedai tersebut yang berbunyi ala Islamic dan ke-Arab-an. ;p~
Sebenarnya tak semua 'kedai mamak' yang pemiliknya adalah 'mamak' (india muslim), ada diantaranya merupakan restoran india yang memakai topeng untuk kelihatan seperti kedai mamak. Ada juga yang memang kedai mamak, tetapi menggunakan pekerja import dari india yang beragama hindu. Saya sendiri banyak berjumpa ada pekerja yang siap ada calit kat dahi menebar roti canai.
Dilema mencari kedai makan halal.
Ada kedai mamak yang uli tepung bancuhan untuk roti canai dengan kaki. Ini bukan cerita yang saya reka-reka. Ada saksi mata yang rapat dengan saya pernah terserempak dengan kejadian tersebut. Siap dipelawa pulak tu untuk sama-sama memijak-mijak tepung tersebut. Berbulan lepas tu beliau fobia untuk makan roti canai.Pernah di ajarkan oleh seorang kawan. Katanya untuk mengetahui samada itu kedai mamak atau kedai India, cuba tanya 'ada kari lembu tak?'. Sebab kita tahu yang orang India tak makan atau menyediakan makanan berasaskan daging lembu di restorannya. Tapi janganlah tanya direct macam tu. Mungkin boleh berkias sikit. Kat rak lauk tu, sambil jenguk-jenguk, try la tanya 'ni kambing ke lembu?'. Kalau dia kata, "ini kambing... sana lembu". Maknanya kedai mamak la tu. Wallahualam..
Okeylah... kedai India. so what? Are you just trying to be racist?
Nope. I just believe only Muslim does care and truly understand about what is halal and what is haram. If you are not Muslim, or trying to fully understand Islamic teaching, how come you want to claim that the food you prepared is halal? And the most important thing is, do you really care whether it is halal or not?
Kebanyakan orang bukan Islam mereka hanya menyangka yang orang Islam tidak makan babi. Sesetengah dari mereka faham yang semua yang berkaitan dengan babi juga adalah haram untuk orang Islam seperti masakan yang mengandungi lemak atau minyak dari babi dan sebagainya. Dan boleh dikatakan semua orang bukan islam, merasakan yang 'ayam' itu adalah halal untuk dimakan oleh orang Islam. Benarkah? Tidak semestinya.. Kerana dalam Islam, binatang yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syara' ianya adalah sama seperti memakan bangkai. Dan bangkai itu adalah haram.
Firman Allah:
Maksudnya: ""Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai...""
(3: Al-Maidah)
Adakah sekadar potong leher itu dikira sembelih? No my friends..
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
- Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
- Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
- Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
- Binatang itu adalah halal dimakan.
- Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
- Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
- Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
- Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
- Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Berapa ramai diantara kita yang 'samak' sayuran kita sebelum dimasak atau dimakan?
Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan;
Ù†َÙ‡َÙ‰ رَسُÙˆْÙ„ُ اللهِ عَÙ†ِ الْجَÙ„َّاْÙ„َØ©ِ Ùˆَ Ø£َÙ„ْبَاْÙ†ِÙ‡َاْ
“Rasulullah telah menegah dari memakan al-jallalah ( yakni binatang yang suka makan benda kotor dan najis) dan menegah dari meminum susunya”.
(Riwayat imam-imam hadis kecuali Imam an-Nasai. Hadis ini dikatakan hasan oleh Imam at-At-Tirmizi)
Daging haiwan al-Jallalah tersebut tidak akan menjadi bersih atau suci dengan membasuhnya sahaja atau dengan memasaknya atau dengan dicampur rempah-ratus supaya hilang bau najis atau bau busuknya. Akan tetapi ia hendaklah ditahan selama beberapa hari (dengan diberi makanan yang suci) sebelum disembelih. Hanya dengan menahannya barulah hukum makruh atau hukum haram tadi akan terangkat.
Berapa lamakah penahanan tersebut perlu dilakukan? Dalam mazhab Syafi’ie, tidak ada tempoh khusus bagi penahanan tersebut. Yang perlu ialah ia ditahan sehingga diyakini hilang najis atau bau najis dari dagingnya. Menurut pendapat Ibnu Umar r.a.; “Hendaklah ditahan dan diberi makan makanan yang suci; jika unta selama 40 hari, jika kambing selama 7 hari dan jika ayam selama 3 hari”
Berapa ramai pula diantara kita yang 'kuarantin' dulu ikan-ikan patin atau ikan keli yang diberi makan najis tadi untuk diberi makanan yang bersih-bersih sebelum kita siang dan masak? gulp~!
Artikel ni ditulis selepas membaca satu artikel mengenai pemilik restoran terkenal Pelita Nasi Kandar. Rupanya ramai yang baru tahu yang itu sebenarnya kedai India.
Original article publish in The Star on Monday September 24, 2012
Palanivel: Stop wasting money on ceremonies and beautification
BUTTERWORTH: Hindu temple committees should stop wasting money on lavish consecration ceremonies that could run into millions of ringgit, said MIC president Datuk Seri G. Palanivel.
He said they should instead use the money to buy land, shoplots or build community halls that could be rented out to generate income.
“Some temples spend RM2mil to RM3mil on consecration ceremonies and beautification work.
“They should reduce such expenses and conduct more social work as well as community activities instead,” he said after a piling work ceremony for a RM4mil community hall at the Arulmigu Karumariamman Temple in Seberang Jaya here.
Palanivel, who is also Minister in the Prime Minister's Department, praised the Chettiar temples and Catholic churches in general for having the foresight to invest in land and property for the future use of their communities.
“I will seek some funds for the particular community hall project via the department's 2013 special allocation for the Indian community.
“MIC has given out about RM30mil to Hindu temples, Tamil schools, Indian NGOs, and also to a few churches and Sikh gurdwara through the department's allocation for this year.
“The amount did not include the RM100mil the Federal Government gave out this year for the renovation and upgrading of Tamil schools nationwide,” he added.
Picture: Sacred site: Palanivel (fourth from left) performing the temple ground breaking ceremony in Seberang Jaya. With him are (from second left) temple chairman V. Subramaniam, Pelita Nasi Kandar director Datuk D. Ramesh, Datuk R.A. Arunasalam and state MIC deputy chairman L. Krishnan.
0 Comments