Advertisement

Main Ad

Tanda-tanda isteri tidak setia dan cara mananganinya

"

Kes kecurangan suami isteri memang selalu saja didengari. Bukan saja menjadi cerita di kalangan rakan malah tersiar di dada akhbar. Satu ketika dulu, kecurangan suami yang sering mendapat perhatian, namun hari ini kes kecurangan isteri semakin mencuri tumpuan.

Dalam hal kecurangan ini, wanita sering kali dibekalkan dengan tip bagaimana mengetahui suami bermain kayu tiga, tapi bagi kaum lelaki? Tip mengetahui isteri curang jarang dipaparkan. MW kali ini berkongsi tip ini dengan para suami

1) Sudah tidak ghairah dengan hobinya

Lazimnya wanita akan membuat apa sahaja asalkan minatnya tidak diusik. Misalnya hobi membeli-belah, ia sesuatu yang tidak mampu dipisahkan dari hidup seorang wanita. Pandang sajalah di pusat-pusat membeli-belah dan anda akan melihat wanita lebih ramai dari lelaki. Di kiri kanan tangan mereka penuh dengan barang-barang keperluan. Tapi jika isteri sudah tidak terarah ke perkara yang menjadi hobinya ini, ada sesuatu yang perlu diperhatikan.

2) Tidak marah-marah lagi

Wanita pantang jika kehendak mereka tidak diikuti. Misalnya, kalau anda berjanji untuk keluar makan bersama tetapi kemudian memungkirinya, mereka selalunya akan membentak. Tapi jika isteri sudah tidak kisah, tentu ada sesuatu di sebalik sikapnya itu. Sudah tentu ada yang mula mencuri hatinya.

3) Mula menjadi seorang yang perahsia

Bila isteri sudah tidak mahu berkongsi sesuatu rahsia dengan anda dan lebih gemar memegang telefon bimbitnya sahaja, tentu saja ada rahsia yang ingin disorokkannya. Awaslah, ia satu petanda yang semakin kronik.


4) Kurang memberi tumpuan kepada suami

Apabila pasangan sudah mula kurang memberi tumpuan, itu tandanya dia sudah ada sesuatu yang istimewa di hatinya. Awas! kerana anda mungkin kehilangannya jika tidak berhati-hati dan mengambil langkah dengan cepat untuk menawan hatinya kembali.

Bagaimana hendak menanganinya?

Jangan terus membiarkan keadaan ini berlaku; kelak isteri akan semakin menjauh daripada anda. Kadang-kala orang hanya tahu menghargai jika seseorang itu sudah tiada di sisi lagi tetapi mengabaikan perasaan ketika masih ada. Jadi apa kata, cubalah sebaik mungkin untuk menawan hatinya.

1) Jangan lekas berputus asa dan berfikiran yang bukan-bukan jika anda dapat mengesan tandatanda kecurangan pasangan. Tidak bermakna, jika dia tersilap maka anda tidak boleh memberinya peluang untuk kedua kalinya.

2) Bersandarkan perasaan yang masih bersisa, curahkanlah kasih sayang anda sepenuhnya. Ini kerana selagi dia masih belum terlepas, ke tangan orang lain, anda masih mempunyai peluang untuk mendampinginya dan seterusnya menawan hatinya kembali.

3) Saling memaafkan, sesetengah orang sangat ego dengan perkataan maaf. Bagi mereka, ia satu perkataan yang sangat menakutkan dan segalanya boleh merungkaikan sebuah masalah. Jika anda tahu semua perbuatan anda itu salah, lebih baik memaafkan kerana hubungan anda pasti dapat diselamatkan.

"

Post a Comment

0 Comments