Kebelakangan ni makin banyak blog-blog yang dibangunkan oleh sekumpulan mujahid kristian dan golongan murtad ni. Kalau korang perasan, lepas satu kena flag, timbul satu lagi. Dan content nya seakan di copy+paste jer. Jadi ini buat aku tertanya-tanya adakah tindakan kita untuk menyuruh orang mem-flag blog-blog begini adalah satu tindakan wajar, atau sebenarnya kita yang dah 'termasuk' dalam jerat mereka??
Aku cakap macam ni atas beberapa alasan terutama apabila selepas perang salib, umat islam diserang melalui cara halus iaitu merosakkan akidah. Secara perlahan-lahan budaya diterapkan untuk kita meninggalkan sunnah. Cara hidup yang kononnya nampak highclass.
Contoh:
- Makan guna sudu dan garfu meninggalkan umat islam dari sunnh makan dengan tangan.
- Makan stik pisau tangan kanan dan garfu tangan kiri membuatkan kita menyuap dengan tangan kiri.
- Kedudukan cawan (goblet) pada table setting di letakkan di atas garfu untuk dicapai dengan tangan kiri.
Ini sebenarnya contoh serangan2 halus yang akhirnya menimbulkan satu golongan yang merasakan sunnah itu kolot, dan ini cara hidup tamadun yg lebih highclass.
Cuba anda jawab 2 soalan dibawah:
- Dia tulis blog itu untuk untuk dirinya sendiri atau untuk orang baca? Dah tentu nak suruh orang baca. Dan kalau orang langsung tak buka blog dia, sebenarnya dia gagal dalam menyampaikan maklumatnya.
- Dia nak sampaikan dahyah dia kepada orang yang dah sedia murtad atau untuk orang yang masih belum murtad yang ada potensi untuk ditarik? Jelas dia menulis untuk memesongkan akidah orang islam. Jadi target user golongan pembaca untuk orang islam atau orang yang sama seperti dia (kafir atau golongan murtad)?
Yang secara tak langsung telah membantu mereka-mereka ni untuk mencapai golongan sasar mereka. Bagi diorang, kalau kena flag, tarak hal punya. sebab lepas ni diorang boleh bukak atas nama lain pulak. Dan content artikel tuh un dah ada, tinggal lagi nak cut+paste je. Apa yang aku bimbang, dari 10 orang islam, mungkin ada yang cetek ilmu agamanya yang akhirnya terdetik dalam hati mereka bahawa ""eh... betul jugak apa yang malaun ni tulis.."" dah secara tak pasal-pasal boleh jatuh hukum murtad pula.
Pada yang pernah terdetik dihati korang macam tu, cepat-cepatlah mengucap. Takde satu pun yg betul dalam laman2 web berkenaan. Jangan terpedaya dengan terjemahan yang di cut+paste dalam blog-blog macam ni kerana untuk mentafsir ayat quran bukan hanya sekadar menterjemah bulat-bulat. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Sesiapa yang mentafsirkan Al-Quran menurut pandangannya atau berdasarkan sesuatu yang tidak ia ketahui, maka ia menempah kedudukan di neraka." (Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasai)
Hadith ini merupakan satu amaran yang keras daripada Rasulullah yang melarang kita daripada mentafsir Al-Quran berdasarkan pada pandangan akal yang singkat .
Jadi Ingat!
Bila seseorang menyuruh anda menyebarkan sesuatu kempen, laman blog, atau apa sahaja kononnya atas dasar perjuangan... maka terlebih dahulu fikirkan kesan dari tindakan anda tesebut. Adakah ia berbaloi atau hanya menambahkan mudarat lagi...
0 Comments