Advertisement

Main Ad

Sifat buruk babi yang menurun kepada manusia.

Baru-baru ini saya terjumpa sebuah website berbahasa Indnesia menceritakan bahaya vaksin. Namun saya sangat tertarik kepada satu perenggan dari artikel beliau mengenai 'Sifat babi yang buruk dapat menurun kepada manusia yang memakannya.
 
Katanya;


Seorang Imam Muslim bersama kawannya orang barat pernah melakukan ujian kepada 3 ekor babi dan 3 ekor ayam, masing masing adalah 2 jantan dan 1 betina. Dan hasilnya adalah :

Ketika 2 ekor ayam jantan dan 1 ayam betina dilepas, maka 2 ayam jantan tersebut bertarung hingga satu tewas/kalah untuk merebutkan betina. Namun apa yang terjadi ketika 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina dilepas? Ternyata babi jantan yang satu membantu yang lain untuk melaksanakan hajat seksualnya pada si betina.

Dan Si Imam berkata, “Inilah ! Daging babi itu membunuh ‘ghirah’ (rasa cemburu) orang yang memakannya dan ini terjadi pada kaum kalian.”

Beberapa kajian di barat juga banyak yang menyatakan bahawa memakan babi boleh mempengaruhi watak, risiko kecurangan, dan hasrat seksual yang melampaui batas kewajaran sebagai manusia.

Benar. Sebagai orang Islam kita sudah pasti akur yang hukum memakan babi itu adalah haram disisi syara'. Dan jika diberi pilihan sekalipun saya yakin walau selemah mana sekalipun iman seseorang itu pasti kita akan menolak sesuatu yang kita tahu mengandungi unsur-unsur babi ini didalamnya.  

Namun bagaimana jika ianya berlaku tanpa kita sedari?


Isu Ayam Di Suntik dengan Enzim Tembesaran Babi



Kandungan darah Babi yang dikesan dalam pembuatan puntung rokok



Pendedahan penternak ikan keli yang memberi makan organ babi



Makanan ringan yang menggunakan jeli dari kulit babi tersebar dipasaran



Kapsul ubatan yang menggunakan gelatin babi




Pendedahan syarikat yang menjual kopi yang mengandungi gelatin babi dalam akhbar Kosmo



Ubat mengandungi bahan daripada babi



Vaksin juga tidak lari dari masalah penggunaan bahan yang mengandungi unsur babi


Sebagai contoh penggunaan gelatin babi pada ubat-ubatan, pada bahan makanan, makanan ringan, perasa tiruan, kosmetik, vaksin dan sebagainya.

Apa mungkin semua ini antara punca generasi muda kita makin pudar sifat malunya sehingga terjadinya gejala seks rambang dan bertukar-tukar pasangan malah ada yang tidak segan-segan melakukannya sambil ditonton oleh sekumpulan manusia lainnya. Adakah sifat si Babi ini telah menular menjadi darah daging anak-anak remaja kita?

Mari kita sama-sama serius dan ambil berat dalam isu ini. Jangan pandang remeh dalam setiap yang disuap kedalam mulut kita semua. Usul setiap makanan yang kita beli untuk diri dan anak isteri kita. Selebihnya berserah kepada perlindungan dari Allah untuk menjaga kita dan keturunan kita.

Post a Comment

0 Comments