Sumpah Ariel Sharon : “Saya Akan Bakar Setiap Bayi Dilahirkan Di Palestin!”
“Saya
bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita
dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi
mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”
Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956.
Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini
sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan
pewaris di bumi Palestin. Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin
lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda,
kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini
menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak
generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya
negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga
ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R
Bukhari dan Muslim).
Ariel Sharon kini masih koma dan tidak sedarkan diri sejak
diserang angin ahmar pada 4 Januari 2006. Dia adalah bekas Perdana
Menteri Israel. Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh.
Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama
manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan
yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di
jiwa.
Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap
warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan
Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat
pertama itu. Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada
ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan
sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan
moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.
Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara
kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa
dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan
keluarga. Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan
dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga
menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.
Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar
Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi
Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.
Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000
diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang
Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.
MyNEWSHUB
0 Comments