Advertisement

Main Ad

Anak sulong Daddy diterima masuk ke UKM


Actually pemikiran aku sekarang dah kurang sangat malah hampir tiada dengan rasa taksub dan ghairah dengan universiti, degree, diploma, dan yang seangkatan dengannya ni. Tak kiralah UKM ker, USM ker, UTM ker, hatta UiTM tempat aku pernah menuntut ilmu dahulu. No offence. Mungkin sudut pandang aku sekarang dah jauh lari dari sudut pandang yang aku pernah lihat dahulu.

Hari ini, hari pertama anak sulung Daddy ke sekolah. Alhamdulillah dari hampir 300 lebih pelajar yang memohon, Danish salah seorang dari 72 orang yang terpilih untuk belajar di sebuah sekolah dibawah kumpulan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Negeri Selangor di Salak Tinggi. Memang agak tough jugak nak masukkan Danish ke sini aritu. Siap ada ujian kelayakan bagai. Perghh! Nak masuk darjah 1 jer pun? Agak tinggi juga permintaan untuk masuk kesini walaupun telah diperingatkan berulang kali kepada semua ibu bapa bahawa jika anak-anak belajar disekolah berkenaan, pelung untuk melanjutkan pelajangan di sekolah berasrama penuh kerajaan sangat sukar dan hampir mustahil kerana status sekolah berkenaan.



Dulu seingat aku dari masa aku darjah 1 semua orang termasuk cikgu-cikgu memotivasikan aku dengan sekolah asrama penuh, MRSM, dan segala bagai Universiti. Matlamat untuk belajar sehingga sampai ke menara gading. Walau pada usia itu dan pada masa itu aku langsung takde idea apa yang dikatakan menara gading. University tu macamana dan apa yang hebatnya dengan universiti tu.

Faris amik feel, duduk sebelah Abang Danish. Siap dengan bekal lagik!

Mungkin juga ianya relevan pada masa itu, kehidupan aku pada masa itu, kesusahan yang kami hadapi pada saat itu, sehingga membuatkan aku yakin bahawa kesenangan hidup akan dapat dicapai jika aku belajar sampai mendapat ijazah. Namun dalam menjalani kehidupan, pengalaman hidup mematangkan aku. Syukur pada Allah kerana memilih aku untuk berjumpa dengan insan-insan hebat disepanjang perjalanan yang sedikit demi sedikit berjaya mengubah perspektif diri aku dalam menafsir erti keyajaan itu sendiri.

Ucapan salah seorang pegawai dari Unit pendikan daerah sepang Jabatan Agama Islam Selangor, semasa majlis penyampaian hadiah pra sekolah jais Danish 2 bulan lepas benar-benar meninggalkan kesan dalam diri aku.


Quote: "Kita hendak anak-anak kita Insya-Allah menjelang dia tingkatan 3, mereka semua tahfiz Al-Quran. Kita hendak anak-anak kita jika suatu hari nanti jika dia menjadi seorang doktor, dia doktor yang tahfiz. Jika dia seorang pilot, dia pilot yang tahfiz..."

Tugas seorang ayah bukan untuk menyediakan anaknya untuk menghadapi cabaran didunia semata. Tetapi lebih-lebih lagi untuk dia mengecapi kejayaan diakhirat kelak.



SRAI merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama Integrasi yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2000. Ia merupakan sebuah sekolah 1 sesi menjalankan 2 kurikulum serentak iaitu dengan melaksanakan kurikulum Agama bersepadukan KBSR dengan waktu sesi persekolahan bermula jam 7:20am hingga 3petang setiap hari.

Pada jam 9:30 pagi mereka akan berhenti rehat dan murid-murid akan menunaikan Solat Dhuha berjemaah. Menjelang tengahari Sesi makan berjemaah dan seterusnya Solat Zohor berjemaah. Soalt Zohor di buat dalam 2 sesi. Untuk pelajar darjah 1 hingga darjah 3 akan solat pada jam 1 tgh iaitu sebelum masuknya waktu Zohor. Ianya lebih kepada latihan. Namun sekiranya ada antara murid yang baligh awal, mereka akan di suruh sembahyang berjemaah bersama-sama pelajar darjah 4 dan keatas iaitu setelah masuk waktu.


"Saya harap para ibu bapa boleh membekalkan anak-anak dengan selipar, dan kepada anak perempuan, wajib bawa telekung ke sekolah setiap hari" Kata GPK sekolah semasa sesi taklimat ibu bapa.

Pesanan demi pesanan, dan penerangan demi penerangan yang diberikan berkaitan dengan cara sekolah tersebut beroperasi sangat menyejukkan hati. Seolah-olah terasa disudut hati yang anak aku akan selamat di sini. Semoga segala ilmu dan didikan agama yang di curahkan kepadanya disini akan jadi amal untuknya kelak.

"Danish, cikgu tanya, Danish bila dah besar nak jadi kerja apa?". Spontan jawabnya
"Didi, Danish nak jadi tukang kutip sampah. Sebab tolong orang." Aku hanya tersenyum. Sedetik kemudian dia mengubah fikirannya.

"Eh, Danish nak jadi bomba lah. Bomba pun tolong orang kan Didi?". Aku mengangguk seraya tersenyum. Jika 5 tahun dulu mungkin aku akan meletakkan matlamat untuknya, cita-cita dan profesion yang paling cocok untuk dikejar, yang paling lumayan gajinya, tapi sekarang masa untuk aku memberikan pengajaran yang paling penting untuk dirinya dalam memberinya kefahaman yang dunia ini bukan matlamat.

"Danish jadilah apa pun, Daddy tak kisah asalkan kerja yang halal. Yang penting, jangan tingal solat..."

Teringat aku pada kata-kata seorang ibu di bumi Palestin yang bernama Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W)
Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".
Faris start sekolah 2hb kat Pra Sekolah Jais, Salak Tinggi

Post a Comment

0 Comments