Advertisement

Main Ad

Tak faham konsep rezeki buat kita sukar untuk berkongsi

Jika hari ini masa mandi disungai, tetiba terjumpa seketul emas sebesar kelingking adakah kita akan menghebahkan kepada rakan-rakan atau pun saudara-mara kita yang lain? Atau kita akan pergi mendulangnya secara senyap-senyap?

Pada yang pernah baca artikel 'Kalau Jumpa Bukit Emas' yang pernah SDKD siarkan sebelum ini, actually tu satu cerita yang takde kena mengena dengan ni. Walaupun perkara yang hendak disentuh hampir sama. Iaitu cara kita berfikir. Kerana pada aku cara berfikir antara satu individu dengan individu yang lain bukan semata-mata terletak pada daya intelektualnya, sebaliknya tahap keimanan seseorang itu juga sangat mempengaruhi setiap pandangan dan buah fikirannya.

Dari ungkapan kata "kerja umpama hidup 1000 tahun, ibadat umpama nak mati esok hari" pun memberikan banyak tafsiran kepada orang. Ungkapan ini sangat popular. Namun saya tak berani menyatakan ianya sahih dari perkataan Rasulullah s.a.w kerana kata al-Albani dalam Dhaifah 1/63: “Tidak sahih secara marfuk”. Ia didapati dalam Bughyatul Harith m/s 327 daripada kata-kata Abdullah bin Amru bin Al-Aas. tetapi ada perawi yg tidak dinamakan, iaitu: ‘syeikh tua daripada al-Riml dari suku A’raab’.

Bagi yang tinggi nilai cinta dunianya, mereka mengatakan maksud kata-kata tersebut kita kena mengumpulkan harta sebanyak yang mungkin dan bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana kita hendak hidup 1000 tahun dan ibada juga perlu bersungguh-sungguh kerana esok kita akan mati. Tapi satu golongan lagi menyatakan kerja dunia boleh kita tangguh-tangguhkan, tak perlu rushing-rushing, tak perlu kemaruk sangat bekerja siang dan malam kerana sesungguhnya kita ada banyak masa untuk itu. Walhal kerja akhirat lah yang tak boleh kita tangguh-tangguhkan. Yang perlu kita berikan lebih tumpuan, yang perlu kita kerjakan sesungguh-sungguhnya supaya cukup bekalan kita untuk menghadapi kematian pada hari esok.

Berbalik kepada persoalan saya yang awal tadi. Jika hari ini masa mandi disungai, tetiba terjumpa seketul emas sebesar kelingking adakah kita akan menghebahkan kepada rakan-rakan atau pun saudara-mara kita yang lain?

Jangan kata jumpa emas... jumpa lubuk ikan tempat mengail pun belum tentu agaknya. Kerana apa? Kerana kita merasakan jika orang lain pergi kesitu, maka habislah bahagian kita di sebat dek orang lain. Sangka buruk ini bukan sahaja didorong oleh Iblis, sifat tamak dan dengki, malah lebih buruk lagi kerana tanpa sedar kita telah syirik dengan Allah. Kerana perasaan itu secara tidak sedar menyatakan yang kita tidak yakin dengan rezeki yang Allah dah tentukan untuk kita. Kita dapat ikan, atau pun ketulan emas itu pada mulanya bukanlah kerana kita menemui lombong emas ataupun lubuk ikan. Tetapi sesungguhnya kerana itu adalah rezeki yang Allah dah tentukan untuk kita pada hari itu. Dan walau dimana pun kita, walau apa pun yang kita buat, kita tetap akan menemukannya jika itu telah ditentukan oleh Allah. Jadi apa masalahnya kita berkongsi kekayaan Allah ini dengan orang lain. Adakah akan kurang bahagian yang Allah telah janjikan untuk kita?

Inilah sebenarnya masalah kita yang perlu kita perbetulkan. Iman yakin kita kepada Allah s.w.t. Iman yakin kita keatas janji-janji Allah s.w.t. Supaya tidak wujud lagi golongan peniaga yang dengki mendengki dengan pesaing mereka yang berniaga di kawasan yang sama... menjual produk atau perkhidmatan yang sama... sehingga menjadi hasad, dendam, bermusuh-musuhan, tikam belakang, umpat mengumpat malah yang lebih buruk lagi mengambil jalan untuk syirik kepada Allah dengan menggunakan perantaraan jin dan syaitan untuk menganiaya pesaing mereka.
Yakin tanpa dakwa dakwi yang rezeki itu datang dari Allah dan dengan ehsan dan rahmat Allah. Bukan dari usaha kita, bukan dari lokasi perniagaan kita, bukan dari kebijaksanaan kita, bukan dari strategi kita, bukan kerana produk kita, bukan dari kerana tiada persaingan, bukan kerana bakat, dan bukan kerana apa sahaja! Rezeki itu datang dari Allah! Taqwa dan tawakkallah kepadaNya dan berbuat baiklah dengan manusia.

Wallahualam..

Post a Comment

0 Comments