1) LAYANAN ISTIMEWA
Suami adalah ketua keluarga, justeru anda harus memberikannya layanan yang istimewa kepadanya. Biar dirinya tahu bahawa anda sangat menyayanginya dan tidak mahu kehilangannya. Sekiranya pasangan punya masalah, cubalah membantu atau paling tidak ringankan bebanan stresnya dengan cara menjadi pendengar setia serta membantu memberikan buah fikiran2) KOMUNIKASI INTENSIF
Pergunakan teknologi komunikasi canggih yang ada pada hari ini. Hubungi pasangan, kirimkan SMS untuk bertanya perkembangan diri dan berbual seketika. Perbualan tak perlu panjang, jangan lebih dari lima minit agar tidak membosankan.Selain itu hindari dari bertanyakan perkara yang sama berulang-ulang kerana ia membuatkan pasangan akan berasa jemu berbual dengan anda. Sekiranya anda mempunyai perkara baru yang menarik segara sampaikan kepada pasangan. Tapi jangan sampai memaksa pasangan berbual dengan anda sekiranya keadaannya tidak mengizinkan kerana ia akan membuatkan dirinya rasa terganggu.
3) UNGKAPAN CINTA YANG IKHLAS
Tidak perlu memberikan ungkapan cinta yang berlebih-lebihan kiranya anda tak mampu membuktikannya. Tak perlu luahan kata-kata bombastik 'demi cintamu akan ku redah lautan api' yang jelas nampak dibuat-buat. Kata-kata cinta biarlah ikhlas sehinggakan memberi kepercayaan kepada pasangan. Dalam pada itu luahan cinta biarlah dengan pelbagai car agar tidak dapat dijangka oleh pasangan.4) FAHAMI SIKAP PASANGAN
Amati dan pelajari apa yang disukai dan tidak disukai pasangan. Sekiranya sudah mengetahuinya, elak dari melakukan hal yang tidak disukai. Lakukan perkara yang disukai pasangan selagi ia tidak melanggar hukum agama, undang-undang dan tidak menyusahkan anda.5) JANGAN TERLALU BERKIRA
Mengapa harus berkira dengan pasangan sendiri, kongsilah apa yang ada bersamanya. Biarpun lelaki yang selalu mengeluarkan wang, tapi tiada salahnya sewaktu makan bersama. menonton wayang dan sebagainya anda menghulurkan belanja. Tiada salahnya anda berkorban untuk insan yang anda sayangi.6) HUBUNGAN )KELUARGA YANG BAIK
Sebaik anda mengambil keputusan untuk berkahwin, bermakna anda bukan saja berkahwin dengan pasangan anda tapi juga kaum keluarganya. Sebagaimana anda menjaga hati pasangan jaga, sebegitu jugalah anda harus menjaga hati kedua ibu bapa mentua dan adik beradiknya.Banyak rumah tangga yang berdepan dengan konflik gara-gara tidak menjaga perhubungan dengan keluarga mentua. Sekiranya ada masalah selesaikan dengan cara kekeluargaan.
7) JUJUR DAN JADILAH DIRT SENDIRI
Jadilah diri sendiri, jangan berpura-pura atau bersikap hipokrit semata-mata untuk menyenangkan hati orang lain. Selain itu jangan berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna kerana tiada yang sempurna di dalam dunia ini.Berlakon menjadi seseorang yang bukan diri anda akan membuatkan diri anda terbeban. Lagipun selama manakah anda harus berpura-pura berlakon? Biarlah pasangan tahu diri anda yang sebenarnya. Sekiranya dia menyayangi anda maka si dia akan menerima anda seadanya. Begitu juga seharusnya sikap anda terhadap pasangan.
8) JAGA EMOSI
Tiada rumah tangga yang tidak berkonflik, sekiranya anda sedang berhadapan dengan situasi ini, jangan membalas emosi dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk meredam kemarahan pasangan. Sekiranya anda tidak suka dengan sikap pasangan yang mudah marah, terus terang dengannya.Begitu juga jika pasangan melakukan kesalahan, sekiranya anda marah jangan sampai berlebihan. Bawa bersabar, bertenang dan gunakan akal fikiran yang sihat untuk menangani masalah. Berbicaralah dengan lembut tapi tegas. Emosi marah yang meledak-ledak akan menyebabkan pasangan turut sama marah. Bila masing-masing beradu emosi, kesannya pasti berbahaya untuk perhubungan.
9) SELESAIKAN MASALAH DENGAN CEPAT
Bila anda dan pasangan berhadapan dengan masalah, jangan menunda-nunda mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan hubungan dingin hingga memberi peluang kepada pasangan berpaling mencari cinta yang lain.Sekiranya anda yang bersalah, minta maaf dari pasangan. Jangan terlalu ego dengan insan yang anda sayangi hingga sanggup membiarkan rumah tangga porak-peranda kerananya. Pulihkan kembali perhubungan agar kembali mesra seperti sedia kala.
0 Comments