Advertisement

Main Ad

DAY 1 - Beginning of the terrible journey

****Sinopsis:: Ngantuk ler puloks... The beginning of the terrible journey. That is what I called it! Memandangkan aku tak macam orang lain, banyak mender nak tulis dalam blog, baik aku bercerita sikit pasal aku memula set kepala aku keluar dari kampung (Cini, Pahang) untuk start my new life. Bukan senang nak senang orang kata. Walau pun aku masih belum sesenang orang lain, tapi biler aku kenang masa lalu aku, this is far much better! And the stories begin.... DAY 1 Wednesday. 19th March 2003 Plan aku sepatutnya kuar dari rumah pukul 10 pagi tadi. Tapi biasalah kalau aku yang buat plan, sure flexible giler babeng punyer. Pukul 11 baru mandi. Pastu gi tuang minyak motor dulu. Memang tak rushing langsung. Dan sememangnya takde apa yang nak aku kejar. Malah tindakan yang aku ambil ni pun aku tak tahu apa kesudahannya. Dah bukan tahap plan koboi lagi dah nih. Dewa gamble pun tak buat kerja gila cam ni kot? Ntah lah. Betul atau tak tindakan yang aku ambil ni. Kalau ada yang menganggap aku cuba lari dari masalah, terpulanglah. Kerana sekiranya masalah ini memang muncul akibat dari kewujudan aku disini, aku rasa sememangnya aku harus pergi jauh dari sini. Kalau kewujudan aku disini akan menimbulkan lebih banyak masalah, jadi dengan pemergian aku mungkin akan menyettlekan banyak masalah jugak. Aku perasan Ngah dah bangun awal lagik. Cuma dekat time aku nak bla, dier masuk tidur kat bilik abah. Ermm.. benci betul Ngah dengan aku agaknya. Sampaikan aku dah nak blah pun dier tak nak tengok. ermmm.. sejak akhir-akhir ni teruk betul hubugan aku dengan ngah. Aku sendiri tak tahu camana boleh jadi teruk sangat sampai macam ni sekali. Tak pernah terbayang sampai macam ni jadinya. Dan yang paling mengecewakan aku, ngah langsung tak dapat terima apa sebenarnya yang aku harapkan. Memang aku terkilan. Bukan terkilan bila segala usaha aku tak dihargai. Tapi bila segala apa yang kita cuba buat, di salah tafsirkan. "Tak salam dulu dengan Ngah?" Mak tanyer aku. "Takperlah mak. Dia tidur.malas nak pergi kejut." Mak senyum. Dia dah memang tahu tentang krisis aku dengan Ngah. Cuma sebagai seorang ibu, dia sendiri tak tahu nak sebelahkan sapa, ataupun menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah. Berat tanggungjawab mak untuk menjaga hati kesemua anaknya yang masing-masing pikir hati sendiri. Abah pun takde masa aku gerak. Dia dah ke ladang pagi-pagi lagi. Yang ada Cuma Ipin ngan adik-adik. "Aok tolong-tolonglah jaga CC tu Ipin. Nak duit belanja ambik jerlah dari dalam laci tuh." Aku pesan kat Ipin. Lepas cium tangan mak, aku gerak. Sampai Shah Alam lebih kurang pukul 6:30 petang. Dah tak tahu nak talaa ke mana. Pergi rumah Keroll kat sec 24. kalau dia ingat lagi masa aku duduk ngan dia kats sec 18 dulu mungkin dia bagi tumpang ban sehari dua. Keroll pulak takde. Aku tadinya dengan konfiden dah bawak emua beg-beg aku ke atas. Member dia yang tinggal kat rumah tu pulak sekor pun aku tak kenal. Semua budak-budak baru. Penat jangan ceritalah. Usahkan kalau jumpa bantal, jumpa batu blok pun boleh terlelap nih. "Tolong cakap dengan Kerol, member dier Eddie tumpang letak beg." Itu jer lah yang boleh aku buat. Dalam blur tuh aku pulas motor pergi Sec 13, CC Pulse Network. Kebetulan pulak Sany ada. Ajak dia makan, dia kata dia tengah tunggu Wan. Mulanya aku tunggu jugak dia semawa aku ajak lepak rumah dia, tapi tak terkeluar pulak ayat tuh. Ale-ale keluar pulak plan nak duduk rumah Wan jer kat Sec 18. Lepas Wan datang, makan-makan, diorang lepak semula kat CC. Aku menongok jerlah tengok Sany chatting. Nak main karang mengenangkan duit yang aku bawak pun tak sampai jumlah duit yang mamat-mamat Indon bawak masa nak datang Malaysia. Dari satu jam ke satu jam aku tunggu diorang ajak balik. Akhirnya diorang ajak jugak, pukul 6 pagi!! Gila. Aku dah nak tumbang jam tu jugak dah. Hala balik singgah rumah Kerol kejap ambik beg. Kerol pun dah tak macam Kerol yang aku kenal dulu. Ntah lah. Kot aku jer yang rasa lain kot? Banyak sangat perkara yang aku rasa dah lain sekarang ni. Sampai rumah Wan, terus tak sedarkan diri. **** Keroll: Aku tengok berubah sket. Tak cam dulu. Mungkin sebab dah lama tak jumpa jadik cam tak baper mesra kot? Gamaknyerla... Kamus Aku Talaa = tuju
ban = lebih kurang
semawa = pelawa
Aok = awak/ngko
Gamaknya = agaknya

Post a Comment

0 Comments