Advertisement

Main Ad

KL menJERIT1 - Laju, tapi pelan!

Hari ni hidup aku bermula sekitar pukul 3 petang. Perghh!!! Betul punya tidur nih! Dah lama tak stay-up sampai cerah, ni la jadinya. Yanie dari tadi lagi dah kejutkan ajak makan. Hari ni dier masak Spagetti Ala Malaysia (dia la cakap). Dari semalam lagi dia dah bagitahu yang dia tak masak nasik untuk tengahari ni. Bangun, mandi, makan. Lepas ni kalau aku terus duduk depan meja komputer, maka lengkaplah putaran hidup aku untuk hari nih. Gila bosan!

"Kita tak pergi mana-mana ke hari ni abang?" huh! Nak gi mana? pergi.... gi kat bilik komputer la. abang nak sambung game Stronghold!! Ahaks!

"Kenapa?" Aku tanyer. Yanie tunduk gelang. Dia dah paham sangat kalau aku tanya tu means aku tak bercadang nak gi memana la tuh. Agaknya dia malas nak argue dengan aku kali ni kot?

"Kalau kita gi rumah mama kejap nanti boleh? Yanie nak beri Spagetti ni sikit bagi mama rasa." Aku diam. Dia tahu kalau aku diam tu means aku setuju la. Dah memang stail aku macam tuh. Kalau aku tak setuju dah lama aku karate meja makan ni. Ego ker kalau macam tu? Ego la tuh!! Har! Har!!

Gi rumah mama tak lama. Rupanya dia ngan abah dah siap-siap nak balik Batu Pahat. Hai... orang ader duit, tetiap minggu boleh balik kampung. Aku nak balik Chini setahun 2,3 kali pun susah. Terbayang wajah sayu mak kat kampung. Dia tak pernah bersungut kalau aku tak call, kalau aku jarang balik. Sekali-sekala kalau aku balik tu pun dia dah happy sangat aku tengok walaupun kadang-kala aku cuma balik tangan kosong je. Uhuks~!

Masa drive balik Yanie tanya lagi,

"Kita nak gi mana lepas ni?" Aku sengeh jer. Memang tahu dah dia akan tanya lagi soalan ni.

"Kita gi tengok wayang nak?" Ahaks. Terus dia jadik excited. tapi belum sempat apa-apa aku dah potong balik.

"Yanie jangan la excited sangat, abang acah jer... nak gi mana lagik? balik ar!!" Silent... Yanie monyok balik. Har! Har! Kejam!! Kejam!!

Di ringkaskan cerita, akhirnya hari ni tadik aku layan citer KL menJERIT 1. Memang kebetulan takde choice sangat. Skang ni cuma ader dua filem yang cambest aku rasa. Satu NARNIA, kedua KING KONG. Tapi dua-dua tayang bulan 12 nanti. Kepada sesapa yang takde idea apa kisah KL menJERIT 1 ni, korang boleh baca sinopsis lengkapnya kat sini. Sebab aku taknak cerita tentang sinopsis. aku cuma nak beri komen dari apa yang aku dan tonton je.

1. Perjalanan cerita agak perlahan. 20 minit yang pertama 'camboring' pun ada. Terlalu banyak 'silent mode' tambah buat citer ni lagik lembab!

2. Kalau korang datang semata-mata untuk tengok Rosham dengan Erra, for sure korang akan kecewa sebab konflik keseluruhan cerita ni lebih berkisar pasal kisah Que Haidar dan Tengku Shahira.
3. Thumbs Up pada Que Haidar. Lakonan dia memang power. Hidup watak Ku Izham yang dibawakannya. Kadang kala aku rasa lakonannya jauh lebih menyerlah dari lakonan yang agak stereotype dari Rosyam Nor. Untuk filem pertama lakonannya ini, aku rasa ia dah cukup baik.

4. Aku tak berapa setuju dengan pemilihan supporting actress, Tengku Shariha yang bawak watak Kathijah ni. Saper yang amik dia ni?! Isk!! Selama ni aku jarang tengok muka berbanding dengan mutu lakonan. Tapi kalau di hidangkan 2 orang yang tak reti berlakon, aku akan pilih yang lebih cantik dari kedua nya. Tambah pula bila terlalu banyak closed-up angle untuk menunjukkan emosi Kathijah. Terserlahlah jerawat sebesar-besar pangkal lidi diwajahnya. Isk!!

5. Saiful Apek hanya muncul dalam 3 Scene kalau aku tak silap. Tapi setiap kemunculannya memang akan mengundang gelak tawa dari penonton semua.

6. Scene Rosyam pakai baju Redbull tulisan siam antara aspek yang aku paling suka dalam cerita nih. Pengarah ternyata menekankan aspek kecil yang berjaya menunjukkan si Syah ini berasal dari Perlis. Aspek-aspek kecil sebegini jarang jadi tumpuan pengarah-pengarah kat Malaysia ni. Diorang selalunya menganggap penonton ni buta.

7. Ending? Cukup aku tak setuju. Datang la pulak tidak logiknya. Terlalu nak dramatik sangat, langsung jadi katun! Macamana Rosyam boleh sempat gi kejar diorang satu hal, Macamana Ku Izham boleh mati berlanggar ngan kereta berhenti dalam jarah 50 meter pun satu hal!! Bade sepatutnya memikirkan ending yang lebih logic.

Secara keseluruhan dari 5, aku beri 2 1/2 bintang.

Dapatkan Poster KL menJERIT 1, di sini.

Post a Comment

3 Comments

  1. bard

    1.adik aku tgk - tertido.

    2.adegan scene silent mode tu aku rasa nak tiro cerita dari hendon yg banyak guner movement kamera!

    3. spaggeti tu SEDAP!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. hehhehe ko dapat rasa bard spagetti arituh? you are lucky then... ahaks!!

    ReplyDelete
  3. hehehe spegetti sedap yer...hehehe besh besh..lengkali leh buat lagi....

    ReplyDelete