Advertisement

Main Ad

Aku - suami, ayah dan anak



Tengahari tadi sebelum sembahyang Jumaat bebudak office datang melawat baby. Sampai 3 bijik kereta yang turun. Habis bebudak unit monitoring pun turun gak. Mujur aku dah suruh mak stanby beehun goreng. tapi aku tak layan lama sebab diorang datang tuh elok aku nak kuar gi masjid sangat dah. Biarlah. diorang datang kannya nak nengok aku, tapi nak nengok Yanie ngan baby.

Balik Semayang, terus bawak baby gi Klinik Pakar An-Nur kat bangi. Dari semalam nampak cam muka baby ader sikit kuning. risau gak aku. Malas nak bawak ke klinik putrajaya. Makan tahun nak menunggu turn. So bila nama klinik pakar nih aku expect doktornya pun pakar-pakar la jugak. Aku silap!!
Sampai jer nurse guide aku untuk naik ke tingkat 2. Nak amik darah baby buat blood test. Aku duduk dari luar. Tapi still boleh nampak dari cermin bilik tu. 3,4 orang doktor ngan nurse pompuan kerumun baby. Meraung-raung la budak tuh biler doktor tuh cuba cucuk kaki dier nak amik darah. Dekat 15 minit tak siap-siap lagik. Sampai serak-serak suara baby. Agaknya naik hancur tapak kaki anak aku! Lepas setengah jam baru siap. Tunggu pulak result. Dekat pukul 5:30 baru kuar result. Ikut bacaan tu 5.7.


Bila bawak jumpa doktor kat bawah (lelaki) dier cam mushkil. Sebab bacaan tu agak rendah bila melihatkan keadaan baby. Dia mintak izin aku untuk buat sekali lagi blood test takut-takut human defect tentang bacaan tadi tu. kali nih dier cucuk tangan pulak. Tapi doktor nih okey pulak. Senyap jer baby nangis pun tak. tak sampai seminit siap. Bila result keluar, dier kata tinggi bacaannya. terus dier buat report untuk admit ke hospital putrajaya. Well.. kalau masuk wad sini, kurang-kurang aku kena sediakan seribu. Mana nak cekau?

Pukul 7:30 sampai kat unit kecemasan Hospital Putrajaya. Tup-tup dier kata bacaan tuh belum melayakkan baby untuk ditahan di wad. Dia suh aku bawak balik jer. Tapi bila melihatkan keadaan baby, sekali lagi doktor pompuan kat sini pulak mintak izin nak buat blood test sekali lagi. Ya Allah.... apa la malangnya nasib baby.. Sekali lagi dier meraung. Agaknya doktor pompuan nih memang bodoh-bodoh sket gamaknya.
Kul 8:30 result keluar, dier kata esok datang lagi pukul 10 pagi. Tangan baby dua-dua ada plaster kesan kena jarum. Kedua-dua tumit kaki pun kena plas ter jugak. Kalau esok dier nak chek darah baby lagi aku sendiri tak tahu kat mana pulak dia nak cucuk....

Balik rumah mak cerita abah sakit kat kampung. Adik aku yang tnggal kat sana yang call bagitahu. Arituh memang teruk abah demam. sampai kurus dibuatnya. 3 minggu tak lalu nak makan nasik. Tapi pas tuh elok kejap. Ni datang balik sakitnya. Arituh aku nak balik, sibuk ngan Yanie masuk wad pulak. Ni nak balik, sibuk ngan baby. Yanie pun baru seminggu dalam pantang. Aku tahu mak serba-salah. Antara nak menjaga Yanie, dengan nak menengokkan keadaan abah dikampung. Aku? Arghh!! Hilang pertimbangan aku dibuatnya. Antara tanggungjawab aku sebagai seorang anak.... suami... dan seorang bapa....

Post a Comment

3 Comments

  1. sabar bro..ini semua ujian unutk bro..InsyaAllah ada hikmah segalnya...

    cian nyer baby bape kali cucuk isk..mengong nyer Doktor2 tu isk..mesti sakit ..nis yg besau ni pun kena cucuk huhu seriau giler nikan plak baby yg tatau nak citer tu iskkk

    ReplyDelete
  2. heehe.. mujur baby strong cam daddy dier gak. ahaks!

    ReplyDelete
  3. hehe..ok ar tu like father like son hahaha...

    ReplyDelete