Pukul 7:30am Nana call. Mujur dier call ke telepon rumah. Bunyinya 14 kilometer pun boleh dengar.
"Abang Eddie!! Abang Eddie! Yanie nak beranak!!" Huh?! Aku tak tahu ayat dia apa lepas tuh sebab sedar-sedar aku dah kat bawah shower. Kepala mantul jer lagik ni. Dapat 2 jam jer tidur. Ntah macamana aku leh sampai kat hospital pun aku tak sedar. Agaknya 3,4 orang malaikat tolong drive nak menyampaikan aku kesini.
masuk jer dalam hospital nampak mama duk kat senti. Aku terus jumpa nurse yg tercongok kat kaunter tuh.
"Saya suami Elyani." terus dia bawak aku masuk tengok yanie terbaring jer atas katil kat labour room tuh. Biler nampak yang perut dier still besar cam semalam aku tahu dier blom bersalin lagik.
"Camana?"
"Dah bukak 3 cm. Air banyak kuar pagi tadi.." Menyengeh jer dia. Excited sangat. Aku? Jangan cerita! Tak sabar nak tengok camana rupa makhluk Allah yang akan keluar dari perut bini aku ni nanti. Lagi sejam kot?
Silap! Selang 5 minit yanie kena contraction. Siap kena sedut gas tahan sakit lagik. Isk! Nak menyampaikan pukul 10:00am baru bukak 5cm. Yanie dah give up.
"Abang cakap ngan nurse abang... kata nak operate. Yanie tak tahan dah..." Serba salah aku.
"Isk!! Jangan cakap macam tu... Tarik balik cakap tu. Istighfar banyak-banyak mintak Allah mudahkan bersalin. Kita cuba normal dulu.." Kata Kak Sal.
Menyampaikan pukul 11:00 am, baru bukak 7. Start dari pukul 11 jugak contraction yanie yang tadinya selang 5 minit skang dah jadik selang seminit. Aku tengok graf kat mesin sebelah katil Yanie tu turun naik tak hingatnya.
Pukul 12:30tgh tu nurse cek lagi. dah bukak 9cm. Come on Yanie. bertahan ek.. 1 cm jer lagik... tapi Yanie dah tak larat sangat. dier nak push jugak. Seksanya dia Allah jer la yang tahu. Sekarang baru aku tahu kenapa bila orang sakit nak bersalin dosanya gugur macam daun...
Tepat pukul 12:52tgh baby selamat keluar. Sekali lagiaku menyaksikan bertapa besarnya kuasa Allah. Sakit Yanie serta merta hilang bila nurse letakkan baby atas perut dia. Aku pulak tersengih bagai nak krem mulut. Syukur.. semuanya selamat..
Lepas diorang bersihkan baby, pakaikan baju semua nurse panggil untuk aku azankan. Moga-moga azan ini merupakan sound yang pertama dia dengar sebaik sahaja lahir kealam dunia. Moga-moga suara azan ini dapat menghindarinya dari mendengar segala fitnah dunia.
Kelahirannya benar-benar membuatkan aku rasa kehidupan ini lebih bermakna...
Semalam pukul 5:45am baru dapat lelap mata. Memang time-time gini kena stanby. Takut nanti aku tak sedar kalau pihak hospital call. Aku ni kalau dah tidur, selisih sikit jer dari orang mati.
5 Comments
congrats edd moga ngan kelahiran adi ahmad danish ni akan lebih bermakna dan bertambah eratnya kasih sayang antara korunk eyh...so kuit hehe...
ReplyDeleteyeah dah jadi papa rock ye ye!!! peaze...
amin...
ReplyDeletecongrats to pk n yanie...
ReplyDeletecute anak korang nih...hehe
tenkiu yanz.. tenkiu.. bak kater owang tetuer... manalah nak tumpahnya kuah.. Hahhaahahahaa
ReplyDeletetahniah utk abg eddie & yanie
ReplyDeletepantas btol masa brlalu
rasa mcm br je dgr yanie pregnant..tup tup..dh kuar pun si comel ni
hehe...tak lama lg kta nk join club abg eddie & yani gak la :D