Start dari arituh aku dah
Lepas melawat Yanie tengahari tadi terus singgah masjid putrajaya, semayang Jumaat. Mintak doa ngan Allah supaya yanie ngan baby selamat. Ustaz kater dulu doa tengah sujud masa sembahyang jumaat nih senang makbul. Walhal setiap nafas yang aku hembus nih semua doa untuk keselamatan dia.
Tadi dalam pukul 8 mlm doctor masukkan ubat induce Yanie yang ke-3. Doktor kater takde jalan lagik. Baru bukak 1 cm. Dah 3 hari tak gerak-gerak. 1 cm jer. Confuse gak aku. Berkesan ker ubah yg doctor bagi nih? Kalau sakitnyer bukan main lagik (apa yang aku rasa based pada menengokkan keadaan Yanie la). Kesian plak biler nengok dia sampai menangis-nangis tahan sakit. Aku nak teman tak dibagi dek 'Mak Guard' pulak. Dah masuk 3 kali kena halau sebab stay lebih dari waktu melawat.
Tetiap kali melawat Yanie, aku beli nasik lemak
"Esok doktor check lagi pukul 7... masuk ubat yang ke-4. Tengahari tuh kalau tak bukak-bukak jugak, ceaser." yanie pandang aku. Aku tahu dia redha jer. Bagi dia yang penting baby boleh keluar. Tengah dalam mood touching tuh tetiba langsing diselak.
"En.. lelaki tak boleh tunggu. Ni wad perempuan.." Ak en naa... aku tahu lah. Kalau wad lelaki, aku sendiri pun confuse kenapa bini aku dimasukkan kesini. Buduh!!
Bergambar selepas di halau dek 'Mak Guard'. Hampess...
0 Comments