Advertisement

Main Ad

Hantu Bonceng yang sangat MENGANJING ISLAM

"

Dah lama tak bercerita tentang filem, tapi tak beerti aku tak menonton 'hasil-hasil seni' tempatan yang kebelakangan ini aku tak pasti mana hala tuju diorang ni. Ternyata pada aku penggiat-penggiat seni kini makin lama makin hilang rasa 'tanggungjawab social' dalam diri masing-masing lantas produk-produk yang dihasilkan kebelakangan ini hanyalah merupakan sampah sarap yang memualkan yang dibungkus cantik dan dihiaskan atas dulang perak.

Berbanding dengan review-review dari blog lain yang rata-rata hanya sibuk bercerita tentang kutipan RM5 juta untuk 5 hari tanyangan bagi filem ini terlalu sedikit penulisan tentang pengupasan bertapa dengan jelasnya filem ini sangat TIDAK SENSETIF terhadap ISLAM dan pada aku boleh disimpulkan sebagai sangat KURANG AJAR. So stop talk rubbish by saying 'pengarah hanya nak dedahkan realiti masyarakat malaysia', 'pengarah nak beri teguran dalam bentuk sindiran', 'Ini hanya jenaka semata-mata', 'filem ini ialah 100% hiburan semata-mata dan sesuai bagi mereka yang mahukan santai dan bukan berfikir' dan sebagainya. If that was the case, than budak yang lukis gambar cartoon menghina Nabi Muhammad s.a.w tu pun boleh lah dikatakan hanya sekadar untuk hiburan semata-mata dan jangan ambil jenaka sebagai sesuatu yang terlalu serius. Ker guanner?


Sebelum ini banyak juga adengan dari filem-filem lain yang jelas mempersendakan Islam. Malah salah satunya scene dalam filem Dunia Baru the Movie yang pernah aku ulas sebelum ini. Tapi Filem Hantu Bonceng ni antara filem Malaysia produk 100% melayu muslim yang boleh aku klasifikasikan sebagai antara yang paling banyak penghinaan keatas Islam samada secara langsung atau tidak langsung. Apa dah jadi dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia sekarang? Apakah guideline yang digunapakai sekarang dalam mengklasifikasikan adengan yang boleh ditayang yang mana harusnya di banned? Scene bogel macam dalam filem Mantra dah boleh lepas. Scene tahyul & khurafat dah berlambak-lambak kat pasaran dek kerana demam cerita hantu yang melanda. Macam-macam mentera dan jampi serapah memuja jin dan syaitan yang boleh di dengar melalui filem2 melayu sekarang. Dah tak perlu lagi nak menuntut dengan tok bomoh sesat since ianya dah dikomersialkan. Scene seksi dan lucah melampau pun bukan main lagik. Apa dah jadi?

Teringat kepada ayat Mr. Ahmed Deedat ketika berbahas dengan Jimmy Swaggart:

""You eat junky stuff your body become junky. You read junky stuff your mind become junky"" This is very simple principle yang orang bodoh pun sepatutnya boleh faham. Jadi bila ada cerdik pandai yang mengeluarkan statement ""Ooo saya buat filem tentang bohsia dan mat rempit untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang gelaja social yang melanda kita untuk memberi kesedaran kepada orang ramai"" adalah merupakan statement dari seorang opportunist yang langsung tiada rasa tanggungjawab social terhadap masyarakat, bangsa, negara malah agamanya.

Tertarik kepada satu komen yang aku jumpa di kebanyakan blog tentang ulasan penonton filem ini yang mana ulasan ini di review oleh banyak blog-blog tempatan yang aku tak pasti kenapa. Samada hanya inikah satu-satunya orang yang perasan tentang penghinaan ini atau bagaimana?

citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..

Sayangnya tak ramai yang dapat melihat apa yang tersirat seperti mana insan yang kat atas ni. Dan ini pulak ulasan aku sendiri setelah melihat sendiri filem tersebut.

  1. Scene Zizan mengucap separuh pada minit ke-6 tu sangat-sangat memberikan kesan pada aku lantas dari mula memang aku nekad nak buat entry pasal filem ni. Kalimat syahadah yang dilafazkan Zizan berkali-kali diselangi dengan perkataan 'syaitan' sehingga salah satu bait ucapannya dalam scene tersebut jelas menjadi ""Wa 'Ashaduanna Muhammadar.. Syaitan!!"" (Jika diterjemahkan kebahasa melayu menjadi 'Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Syaitan'?). Tak serius lagi ker penghinaan ini?

  2. Scene Mimi, bohsia kepada Dani, iaitu abang heroin yang juga merupakan seorang mat rempit berpakaian seksi berpesan
    Dani: Dah la Mimi, jom kita.... (sambil tunjuk ke tingkat atas rumah, pas tuh baru sambung ayat) Kelab!""
    Mimi: Aku bergi dulu yer Tun. Banyakkan bersabar... jangan lupa solat tau? Key.. Assalamualaikum..
    Apa significant nya pesanan 'jangan lupa solat' tu dengan scene ni? Bukan aku nak kata pesanan supaya orang jangan lupa mendirikan sembahyang itu satu benda yang tak baik. Tapi apabila meletakkan sesuatu tak kena pada tempatnya maka inilah yang dikatakan 'mempersenda-sendakan agama'. Adakah asal jaga sembahyang jer dah cukup walaupun hidup bergelumang dengan maksiat, seks bebas dan sebagainya? Adakah ini fahaman yang cuba diterapkan oleh Ahmad Idham kepada generasi muda?

  3. Scene Opah berpesan""kalau cucu opah jumpa hantu, jangan takut. Bogel depan dia, larilah dia!"". Aku bersetuju dengan pendapat sebelum ini, ni bukan jer tahyul yang memang tak pernah aku dengar tapi boleh jadi ajaran sesat kepada anak-anak kecil bawah umur. Ini nasihat yang Ahmad Idham guna untuk nasihat anak dia ker? Mana hilangnya keyakinan dan kepercayaan terhadap ayat-ayat Quran Kalamullah?

  4. Scene bomoh lakonan Eizlan Yusof. Back drop penuh ayat Quran kat dinding rumah sambil mengentel2 tasbih tetiba keluar dialog

    Zizan: Apa yang patut saya buat sekarang ni tok? tiap2 malam dia ganggu saya. tak larat saya macam ni tok.
    Bomoh: Bohsia-bohsia yang sebelum ni kau makan tak kacau kau kan? Hehhehehe Just kidding.
    Kemudian perhatikan dialog suara latar bomoh ni selepas itu yang pada aku sangat ironi
    ""Kamu sebenarnya telah banyak tersasar dari akidah hidup kamu. Banyak sangat keaiban yang telah kamu lakukan. Apa yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya. Tuhan mahu kamu sentiasa beringat kepadanya. Bertaubatlah kembali kejalan yang benar. InsyaAllah, tok akan cuba bantu kamu. Apalah gunanya hidup kalau tak berbakti kepada diri sendiri? nah kamu ambil air ni dan taburkan ditempat kemalangan. Tujuannya untuk putuskan badi antara kamu dengan hantu gadis tersebut.."" (suh taubat dan kembali ke jalan benar, tapi dalam masa yang sama suh buat kerja khurafat).

    Kenapa perlu dicampur adukkan antara Haq dan Batil? Jika nak dipamerkan Bomoh ni sebagai seorang yg khurafat, kenapa tak buat jer dia pakai kemiyan, rantai tengkorak, buat 3,4 tengkorak kat tepi-tepi meja dan sebagainya. Tak payah la nak buat dia pegang tasbih, rumah banyak ayat quran dan sebagainya. Inikah Islam yang cuba nak di gambarkan kepada bangsa lain yang bukan beragama Islam/Melayu?

  5. Scene pergi surau untuk nak cari 'ulamak' setelah dengar pesanan Prof. Izzi Hj. Ali supaya jangan dengar cakap bomoh sebaliknya perlu refer kepada ulamak. Kemudian jumpalah dengan seorang Ustaz lakonan Cat Farish yang jelas scene ini Ahmad Idham masih ingin membuat jenaka dalam adengan dakwah yang cuba di bawakan secara tak langsung bukan sahaja dakwah yang disampaikan langsung tak meninggalkan kesan malah nak ketawa pun jadi serba tak kena apa yang sebenarnya yang kita ketawakan? Dah takde sangat material yang nak ditertawakan? Dah ketandusan idea sangatkah sampai semua benda nak di jadikan 'bahan lawak'? Usahkan nak menaikkan mertabat ulamak, ustaz, dan orang alim supaya lebih dihormati dan dipandang mulia oleh golongan muda khususnya, ini langsung menjatuhkan lagi kredibiliti dan reputasi golongan-golongan ini. What da hack?!

    Ketika scene ini camera shoot dari belakang Zizan focus pada tulisan 'Death Note' .

  6. Scene kat kedai makan masa Kunyit cuba nak mengayat Maria (adik ustaz ke macam ni?)

    Ustaz: Maria
    Maria: Yer bang
    Ustaz: Kemas cepat ya. Esok ana dengan ente kena pergi ke surau ya. Kena bangun awal ada gotong royong...
    Aku tak mempersoalkan dialog tu. Aku cuma mushkil dengan character Maria yang ditonjolkan sedemikian rupa. Si abang kononnya warak, mata bercelak, sampai bercakap ana ente, tapi si adik mengalahkan bosia rempit jer dressing. Kenapa orang agama (ustaz/imam/ulama dsb) sering di tonjolkan begini sinis dalam filem? Dan kenapa pada scene kat surau masa gotong-royong si Ustaz tadah tangan dan ucap 'Alhamdulillah' bile tengok adik dia gedik-degik pegang penyapu layan kunyit yg tengah flirting ngan dia?

  7. Adengan Zizan beri tumpangkan Ayu duduk serumah dengan budak bujang ditonjolkan tanpa sedikit pun rasa bersalah malah tampak sangat mulia. Seolah-olah langsung tak jadi masalah lelaki dan perempuan bukan muhrin duduk serumah. Well.. mat rempit kan? biasalah. But bare in mind.. yang menonton tak semestinya mat atau minah rempit. Gejala social yang makin parah dikalangan remaja sekarang adalah hasil dari benih yang ditabur selama 10 tahun kebelakangan ini oleh penggiat-penggiat seni dalam karya-karya beliau.

    Tambah menyirap bila scene Halimatun kata nak tumpang rumah Zizan.
    Halimatun: Sementara nak cari rumah lain ingat baby nak tumpang duduk rumah bucuk. Lagipun kalau duduk 3 orang sekali tak salah kan?
    Zizan: Astarghfirullahalazim.. baby.. apa yg baby cakapkan ni? Subahanallah... baby tu perempuan masuk rumah lelaki tak manis orang pandang nanti orang cakap wanita murahan. Subahanallah..
    Halimatun: Bucuk.. tinggal sekali bukannya tidur sekali

    Dalam scene ini Zizan tak berenti-renti beristifar dan bertasbih sekali lagi aku persoalkan kewajarannya dalam scene tersebut dalam masa yang sama cuba menyembunyikan tindakan dia menumpangkan Ayu duduk serumah dengannya. Sekali lagi pengarah mencapur adukkan yang Haq dan Batil. Adakah Zizan atau Ahmad Idham benar-benar faham maksud disebalik lafaz 'Astarghfirullahalazim' dan 'Subahanallah' ini sehingga tak sedikitpun rasa bersalah mempersenda-sendakannya?

  8. Dalam dua tiga adengan laungan azan dipermain-mainkan oleh Zizan dan Taiyuddin Bakar (Kunyit).
  9. Sunnah bercelak pun turut dipersendakan. Ntah apa yang kelakar aku pun tak pasti.

  10. Scene 'nasi kangkang' yang ditonjolkan Ahmad Idham dalam filem ni terus langsung takde berlapik2 lagi meletakkan adengan nasi kangkang sofea jane dalam perempuan isteri dan dot dot dot tertinggal 8 tiang kebelakang. Lengkap dengan mentera serapahnya. Barangkali adengan ini bukan sahaja dapat memberikan gambaran lengkap kepada perempuan2 diluar sana (yg mungkin generasi muda) cara-cara nak buat kerja khurafat ni, malah mungkin ada yang menyalin mentera serapah tersebut untuk dipraktikkan tanpa mengira ia betul atau salah.
  11. Scene Maria komen tentang masyarakat sekarang yang kuat mengamalkan black magic.

    Maria: Gegel tak terkejut. Ala zaman sekarang kan ramai sangat orang suka main benda-benda macam tu. tambah-tambah lagi perempuan suka bodohkan lelaki.
    Kunyiet: hah?!
    Maria: Bukan-bukan... Gegel kuat pegangan agama.... (Tengok printscreen kat atas tu masa dialog ni dilafaskan. Kuat pegangan agama kepala hotak dia! Orang 'kuat agama' tak faham tentang perkara basic seperti 'Aurat' ke? pas tuh siap gi clubbing plak lagik.)

  12. Di penghujung filem sekali lagi Zizan mengucap separuh.

Sedih.. sangat menyedihkan mentaliti segelintir orang-orang filem sekarang ni. Memang tak dinafikan filem ini ada x-factor untuk menarik kutipan dipanggung. Tapi sebagai pengarah dan penulis skrip sepatutnya Ahmad Idham tak mengetepikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dalam menentukan 'product outcome' dari filem-filem beliau. Jika beliau melihat isu mat rempit, bohsia, seks bebas, jahil agama dan sebagainya ini sebagai satu gejala yang sangat parah dikalangan masyarakat dan umat islam di Malaysia ini, adakah dengan filem beliau ini beliau rasa ia mampu 'mendidik masyarakat'? Sebelum ini rasa-rasa berapa ramai Mat rempit yang insaf dan berenti jadi mat rempit lepas tonton filem Remp-It atau makin ramai budak-budak yang sebelum ni tak merempit akhirnya jadi mat rempit sebab tertarik dengan social life yang digambarkan sangat cool, bebas, dan 'ala amerika'? Dah lama sangat bekerja dengan David Teoh ke yang jadi sampai macam ni?

Ini filem untuk mendedahkan realiti umat islam di Malaysia ke? Persoalannya, kenapa untuk sesetengah isu kita betul-betul protect gila-gila punya untuk tidak digambarkan dalam filem untuk menjaga nama baik individu dan badan-badan tersebut sedangkan umum tahu realitinya bagaimana. Sebagai contoh, realiti polis trafik terima rasuah tak pernah diketengahkan dalam filem? realiti polis pukul banduan pun takde dalam filem? realiti menteri minum arak dan melanggan pelacur pun takde dalam filem? Tapi kenapa bila bab ustaz, ulamak, orang alim, pak-pak imam, kita tak protect watak-watak ni supaya tak di lacurkan dilayar perak?

Kepada orang-orang kat FINAS, harap-harap lepas ni tolonglah masukkan 2,3 orang yang ada 'pengetahuan agama' sikit dalam lembaga penilai sebelum sesuatu filem diluluskan untuk wajib tayang. Janganlah kasi lepas filem-filem keji macam ni.

Dan untuk Zizan... dok tahu la mender aku nok nasihak ke mung nih awang.. mung jawak la kat padang mahsyar besok. Acu tra buak lawok dekak-dekak nok mati esok ngucak separuh-separuh gitu.

Baper bintang?

Cerita cam ni mana layak dapat bintang? tapi dari segi tapak kaki, aku bagi maksimum 5 tapak kaki!

Komen Uztaz Zaharuddin di Fanpage beliau


Antara review lain yang boleh dibaca: http://milosuam.blogspot.com

Zizan pohon maaf dan siapakah 4 ulamak yg kononnya meluluskan tayangan filem ini boleh baca di http://pahangdaily.blogspot.com

"

Post a Comment

0 Comments