Allah SWT menganugerahkan pahala yang sangat besar kepada wanita yang mengandung disebabkan kesusahan demi kesusahan yang ditanggung. Keutamaan mengandung seperti mengerjakan haji dan umrah serta berpuasa sepanjang tahun.
Hinggakan jika wanita yang mengandung itu meninggal dunia kerana sakit bersalin dikira sebagai mati syahid di sisi Allah SWT.
Daripada Abdullah ibnu Abdullah ibnu Jabir daripada ayahnya berkata: “Rasulullah SAW menjenguk jenazah Jabir. Setelah masuk ke rumah Jabir, Baginda mendengar para wanita menangis dan berkata: ‘Kami mengira kematianmu sebagai gugur di jalan Allah.’ Maka sabda Rasulullah SAW: ‘Apakah kamu tidak menganggap syahid kecuali orang yang gugur di jalan Allah? Kalau begitu, alangkah sedikitnya jumlah orang yang mati syahid. Orang yang gugur di jalan Allah adalah syahid, orang yang mati kerana sakit perut adalah syahid, orang yang mati terbakar adalah syahid, orang yang mati tenggelam adalah syahid, orang yang mati kerana tertimpa benda yang berat adalah syahid, orang yang mati kerana menderita radang di selaput dada adalah syahid, dan wanita yang mati dalam keadaan hamil adalah syahid.’ Seseorang berkata: `Kenapa kamu menangis, sedangkan ada Rasulullah duduk di depanmu?' Sabda Baginda: ‘Biarkan mereka menangis, selagi yang ditangisi masih hidup. Maka apabila yang ditangisi meninggal dunia, maka janganlah ada seorang pun yang meratapinya’.” (Riwayat Nasa'i)
Menyedari betapa sukar dan getirnya seorang wanita (isteri) melalui proses melahirkan anak, sewajarnya para suami mengetahui cara-cara bagi memudahkan isteri bersalin. Pengetahuan tersebut boleh menjadi usaha sokongan kepada si isteri yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan anak. Antara cara atau kaedahnya:
- Suami hendaklah memberi keredhaan (sentiasa meredhai) kepada isteri sepanjang masa mengandung dengan banyak bersabar, menjauhi perasaan benci, marah dan sakit hati terhadap isteri. Suami hendaklah sentiasa memaafkan kesalahan dan kelalaian isteri. Perkara yang remeh-temeh jangan disimpan di dalam hati. Hiburkan hati isteri dengan kisah-kisah yang mengangkat kemuliaan wanita yang mengandung.
Contohnya seperti kisah dalam hadis, “Perempuan yang menyusui Ibrahim, putera Rasulullah bertanya, Wahai Rasulullah, engkau telah memberi khabar gembira dalam semua hal kepada kaum lelaki, tetapi tidak untuk kaum wanita.’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Apakah teman-teman perempuanmu mendorongmu untuk bertanya seperti itu?’ Jawabnya, ‘Benar, mereka menyuruhku seperti itu.’ Lalu Baginda bersabda, ‘Tidakkah seseorang di antara kamu berasa redha jika dia hamil daripada benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya itu, bahawa wanita tersebut mendapat pahala sama dengan pahala seorang perajurit yang berpuasa ketika berperang di jalan Allah; dan apabila wanita itu menderita sakit sewaktu melahirkan anak, maka betapa kegembiraan yang dirasakannya dengan lahirnya buah hatinya itu yang tidak diketahui penghuni langit dan bumi.” (Riwayat Ibnu Athir) - Si isteri pula hendaklah sentiasa memohon kemaafan daripada suaminya dalam urusan seharian kerana keredhaan suami amat penting untuk membantu memudahkan melahirkan anak. Sesungguhnya redha Allah terletak kepada redha suami. Jambatan menuju ke syurga bagi seorang isteri adalah di atas keredhaan suami, selagi si suami tidak melanggar perintah Allah.
- Banyakkan membuat solat Hajat untuk memudahkan isteri bersalin. Bangun malam bertahajud minta Allah permudahkan isteri bersalin dan berdoalah agar dikurniakan anak yang soleh.
- Pilih satu hari yang sesuai seperti malam Jumaat, buat solat Hajat. Kemudian bacalah surah Yasin ke dalam sebekas (satu jag besar) air.
- Ambil akar Genggam Fatimah dan rendamkan ke dalam air Yasin itu. Biarkan akar terendam seketika sehingga kembang.
- Ambil sesudu besar minyak zaitun dan campurkan ke dalam air Yasin tersebut.
- Baca surah al-Fatihah dan selawat sebanyak sepuluh kali. Diiringi pula dengan doa Nabi Yunus:
لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْØانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ - Akhir sekali bacakan air itu dengan سْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِÙŠْÙ… sebanyak 785 kali.
- Setelah itu tapis air dan simpan di dalam bekas bertutup. Akar Genggam Fatimah tos dan keringkan.
Jadikan air penawar ini sebagai minuman harian isteri pada beberapa minggu terakhir sebelum tarikh dijangka bersalin. Air penawar ini boleh ditambah sekiranya berkurangan. Mudah-mudahan Allah permudahkan isteri bersalin.
==========
Menyedari betapa sukar dan getirnya seorang wanita (isteri) melalui proses melahirkan anak, sewajarnya para suami mengetahui cara-cara bagi memudahkan isteri bersalin. Pengetahuan tersebut boleh menjadi usaha sokongan kepada si isteri yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan anak.
==========
Buah Kurma Memudahkan Isteri Bersalin
Bagi ibu mengandung amalkan memakan tujuh biji buah kurma setiap pagi sebagai makanan harian. Kurma yang terbaik ialah kurma Ajwah iaitu kurma Nabi bersaiz kecil dan berwarna kehitaman. Meminum jus kurma juga bagus sebagai minuman tambahan. Khasiat kurma terlalu banyak antaranya mendapat anak soleh. menyihatkan ibu dan anak dalam kandungan. Kurma adalah makanan Siti Maryam ketika mengandungkan Nabi Isa al-Masih.
0 Comments