Advertisement

Main Ad

Apa perkembangan terbaru di Gaza - Story that brought tears to my eyes

Setelah menonton video ini seluruh persepsi aku yang sebelum ini tentang Palestin dan GAZA berubah sama sekali. Ternyata persepsi aku sebelum ini jauh tersasar. Kerana sebelum ini semua peristiwa dan perkongsian yang aku dapat dari bahan-bahan bacaan dibuat berdasarkan pemikiran akal, emosi dan iman dangkal semata.

Video ini membuatkan aku rasa malu tersangat malu dengan Allah. Malu yang teramat malu dengan para syuhada dan saudara-saudara di bumi Palestin, dan malu yang teramat malu pada diri aku sendiri.

Selama ini aku tak pernah lekang dari memikirkan kenapa nasib ku begini, kenapa tak begitu, kenapa orang lain boleh lebih, macamana nak jadi macam dia, dan sebagainya sehingga kadangkala jadi buta dalam melihat rahmat yang Allah dah berikan kepada aku berbanding orang lain.

Rakaman ini menyedarkan aku bertapa kuat dan gagahnya tentera-tentera Islam di Palestin yang menjadikan tentera-tentera Israil dan rejim Zionist dengan gajet-gajet serta kelengkapan perang moden yang canggih hanya umpama semut api sahaja. Wajarlah mereka merasa gerun hatta kepada kanak-kanak sekalipun. Wajarlah mereka mengacukan senjata kepada anak kecil yang baru berumur 7 tahun kerana hakikatnya mereka memang benar-benar takut dan gerun kepada ancaman yang mampu diberikan oleh anak-anak Gaza keatas mereka. Dan mereka hanya berani berselindung disebalik perisai dan menyerang dari rajak ratusan batu kerana sangat gerun dan takut berdepan dengan tentera-tentera Allah walaupun mereka hanya bersenjatakan lastik dan batu.

Benarlah.. bantuan yang sebenar bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Malah bantuan yang sebenar bukanlah kepada rakyat Palestin atau kanak-kanak Gaza. Allah menjadikan peristiwa di Palestin ini sebenarnya untuk membantu diri kita. Untuk kita membantu diri sendiri supaya sedar dan kembali kepadaNya. Untuk merawat kita dari penyakit 'wahan' yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang mana penyakit ini telah menjadikan kita ramai tetapi hanya umpama buih-buih dilautan. Penyakit cinta dunia yang buat kita hanyut dalam dunia kita sendiri sehingga kita lupa tujuan asal kita dijadikan.

Ya Allah.. kau pilihlah aku untuk bersama-sama mereka ya Allah.. untuk bersama-sama para shuhadahMu... walau dalam apa cara sekalipun.

Rakaman Sesi perkongsian pengalaman ahli misi A2G11-ER sepanjang menjalankan misi di Gaza yang dibuat bersama pelajar Mesir di Kaherah baru-baru ini.

Tempat : Masjid Thantawi, Kaherah Mesir
Anjuran : Aqsa Syarif Mesir | Kelab Ikram Mesir
Disediakan oleh : Media Ikram Mesir

# Gangguan teknikal pada minit 45:52 hingga 47:02

Di GAZA, Roti dijual dengan 3 Harga

1) Harga Pasaran - untuk golongan mampu
2) Harga kos - untuk golongan kurang mampu
3) Percuma - untuk golongan tidak mampu

Yang mengagumkan adalah palestinian datang dan declare mereka dari golongan mana, seandainya mereka mampu, mereka tidak menipu dan mengambil harga percuma.

Ustazah ada berbual dengan Nasrul (Bront) pasal hal ini :

Kata Nasrul, "Itulah mereka ustazah, mereka(Palestinian) ini ada IMAN dan MARUAH"
Jawab ustazah, "Jadi, kita perlu tolong rakyat Malaysia. Kalau rakyat Palestin kita perlu bantu untuk menaikkan ekonomi mereka, Tapi di Malaysia kita perlu tolong untuk menaikkan IMAN dan MARUAH mereka."

Post a Comment

0 Comments