Advertisement

Main Ad

Masalah harddisk komputer 'kong'

Hard disk kong
Kepada yang pernah mengalaminya, pasti korang tahu bagaimana rasanya. Time tu kalau ada orang bagi duit suruh beli harddisk baru pun tetap takleh hilangkan rasa frust, terkilan, sedih dan sebagainya. Well.. of course it depend on what actually you put into that harddisk. Kalau setakat movie dan mp3, tobat aku tak ralat. Tapi kalau melibatkan gambar-gambar kenangan, gambar family, video-video keluarga yang bertahun-tahun tersimpan merakam seribu kenangan dari anak korang baru lahir, belajar bertatih, sampai dia naik stage untuk terima hadiah masa prasekolah, then baru korang akan faham. Perasaan yang hampir sama masa dah berbulan-bulan cuba menyiapkan thesis, tiba-tiba 'disket floppy' rosak jadi unformatted. What da hack~!
 
Cam tak boleh terima kenyataan jer bila bangun jer tidur time nak sambung buat kerja semalam tup-tup PC aku stuck kat boot screen takleh detect master harddisk. bermacam cara buat even bila set dia sebagai slave pun still tak boleh detect. Tambah menyempurnakan keadaan bila time pasang keluar bunyi bising dari harrddisk tersebut seolah-olah bunyi jarum piring hitam yang bergesel 'sreh.. sreh..'. Adeh~!

Malam tu jugak turun gi The Mines untuk cari harddisk baru. Western Digital 2TB untuk mengantikan Seagate Baracuda 1TB yang kong tadik. Balik rumah menung jap depan PC still tak leh terima kenyataan. Huk~!

2 hari pening-pening ngadap PC. kerja-kerja semua terbantut sebab semua file-file dan aplikasi yang biasa digunakan untuk buat kerja aku terpaksa download semula selai demi selai dan install balik. Mujurlah streamyx 4mb ni ok la sikit dari zaman aku guna streamyx 1 mb dulu atau tambah lagi time masa guna maxis broadband yang sangat laju itu (doooh~!).

Sesungguhnya Allah takkan menguji hambanya dengan ujian yang tak tertanggung oleh kita. Nasib baik juga dalam banyak-banyak file yang 'lost' cenggitu je, masih ada lebih kurang 10GB file-file kerja-kerja aku yang dapat diselamatkan sebab sebelum ni dah di sync dengan cloud server seperti file-file yang aku save dalam folder Dropbox dan Windows Live Mesh (skang telah ditukar kepada SkyDrive). Sebelum ni aku guna folder sync device ni untuk share folder dengan rakan-rakan sekerja aku dan jugak untuk share file antara pc, laptop dan smartphone jer. Tapi skang baru sedar akan kepentingannya.

Luckily untuk Dropbox jer aku ada 20GB storage space kat clowd server dan ditambah lagi 7GB di SkyDrive, rasanya pas ni untuk file-file penting nak kena sync ngan clowd jugak nampak gayernyer.

Post a Comment

0 Comments