Advertisement

Main Ad

Bagaimana nak mengenali perempuan itu telah berpunya atau belum?

Bujang atau sudah kahwin? Secara luarannya nampak seperti masih bujang, tiada siapa yang punya tetapi apabila diselidiki, rupa-rupanya hak milik orang. Silap-silap sudah punya anak dua atau tiga orang.

Kadang-kala, lelaki sering terkeliru dengan status seorang wanita, adakah mereka masih gadis atau isteri orang.

Di zaman millinium ini, tiada banyak bezanya antara isteri orang atau pun si bujang kerana wanita berkerjaya biasanya sangat pandai bergaya ditambah jika mereka mempunyai pendidikan tinggi. Gaya yang cukup angun, peramah, memiliki seraut wajah yang menarik antara ciri-ciri yang menjadi pilihan lelaki. Tapi awas, jangan sesekali tersalah pilih. Silap-silap wajah anda boleh lebam ditumbuk pasangannya! Justeru itu bagaimana mahu mengenali sama ada seseorang itu masih bujang atau pun sudah menjadi hak orang?

Lirikan mata

Jika masih gadis, sudah tentu si dia tercari-cari lelaki idamannya. Ini kerana, jika seseorang itu berstatus isteri maka mereka tidak akan memandang mana-mana lagi lelaki kerana sudah berjumpa lelaki idaman hatinya. Mencari masalah namanya jika sudah berkahwin tetapi masih mahu menggatal dengan lelaki lain.

Lain halnya dengan wanita bujang, biasanya anda dapat mengesan mereka dengan memerhatikan lirikan matanya. Perhatikan caranya memandang din anda, dari situ anda boleh membuat jangkaan adakah dia masih bujang atau sebaliknya.

Senyuman

Kesinambungan dari lirikan mata ini, seorang wanita yang belum berpunya sudah tentu akan melemparkan sebuah senyuman kepada anda sebagai tanda dia ingin didekati. la sebagai satu isyarat, dia mahu mengenali anda dengan lebih dekat dan mahu anda mendekatinya.

Tidak percaya, pergilah cuba mendekati kepada isteri orang, mereka tidak akan terhegeh-hegeh tersenyum untuk memikat anda kerana takut tindakannya itu mendatangkan kemarahan suaminya. Lain halnya dengan si bujang, dia bebas berbuat apa saja kerana tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Dia bebas berbual dengan sesiapa sahaja

Mahu tahu lagi satu cara mengenal pasti wanita bujang? Perhatikan sikapnya. Biasanya wanita bujang bebas berborak dengan sesiapa saja disukainya atau mana-mana lelaki kerana hatinya belum dimiliki oleh sesiapa.

Jadi kalau anda melihat si gadis rancak berborak, itu tandanya dia masih bujang. Mungkin itu juga sebagai satu daya tarikan yang dibuat oleh gadis berkenaan untuk menarik perhatian lelaki yang disukainya.

Melihat pasangan kekasih dalam kesedihan

Satu lagi aspek membezakan wanita bujang atau sudah berkahwin adalah melalui alunan perasaannya. Tipulah jika seorang gadis tidak berasa apa-apa bila melihat orang lain berdua sedangkan dirinya masih keseorangan sehingga kini. Walau pun dia nampak seperti bahagia di luar tetapi dalamannya mungkin merana kerana memikirkan bila pula dia dapat mengecap perkara yang sama.

Bahasa tubuhnya bercerita

Tidak agak sukar membezakan sama ada seorang wanita itu masih bujang atau sudah berkahwin. Kalau berkahwin, sudah tentu lemak memenuhi anggota tubuh baik di paha, punggung atau sebagainya. Lain halnya dengan si bujang kerana tubuh badan mereka masih mantap.

Agak sukar pula untuk membezakan sama ada si gadis itu masih dara atau sudah ditebuk tupai kerana is dua perkara yang berbeza. Jadi, kalau mahu mencari si bujang, lihatlah bentuk tubuhnya kerana bahasa tubuhnya menceritakan segala-galanya.

Sering keluar bersama rakan-rakan

Satu lagi perbezaan antara wanita bujang dan berkahwin ialah, si bujang biasanya akan keluar bersama rakan-rakan gadisnya. Lain pula dengan yang sudah berkeluarga kerana biasanya wanita berkeluarga akan membawa anak-anak dan suami setiap kali keluar ke pusat membeli-belah. Jadi, kalau mahu mencari si bujang, tengoklah aspek ini kerana si bujang tidak akan bergaya seperti orang tua atau keluar dengan anak-anak.
Source: MW

Post a Comment

0 Comments