Advertisement

Main Ad

Cara nak mainkan movie dari pendrive di exora roof monitor.

Kalau korang perasan ada port USB dan SD card disebelah DVD roof player kereta Exora. Tapi ramai yang bermasalah untuk memainkan movie dari thumbdrive di exora roof top player tersebut. Dah download movie, save dalam pendrive, tapi bila cucuk kat situ, takde apa pun yang keluar. Tambah menyedihkan bila kadang-kadang USB drive tu sendiri tak boleh di kenalpasti oleh peranti tersebut. USB device not recognized, katanya.

Zaman ni orang dah tak beli DVD... malah kedai DVD pun dah sangat rare untuk kita jumpa. Jadi secara tak langsung player DVD yang untuk penumpang belakang tu macam takde peranan dah. Anak-anak pun boring jer takde benda nak buat.

Macamana nak selesaikan masalah ni? Apa sebenarnya yang menjadi puncanya? DVD player ni rosak ker? Port USB nyer dah tak berfungsi ke? Tak... sebenarnya kekangan yang ada pada exora roof monitor tu sendiri yang membuatkan korang tak boleh nak mainkan movie dari thumbdrive. So sini aku ajarkan step by step cara untuk membolehkan korang mainkan movie dari pendrive di exora roof monitor.

3 Perkara yang perlu dibuat untuk mainkan movie dari pendrive di exora roof monitor;


1. Format pendrive guna format FAT32. Format NTFS tak boleh. Nanti dia akan kata USB device not recognized. Ya... format FAT32 macam dolu-dolu time thumbdrive punya capasity masih 256mb dan 512mb. Adeh~!

2. Convert movie ke format Mpeg1 (*.mpg). Punya lah koroi DVD player proton install, video codex lain semua unsupported! Nanti list movie yang ada dalam pendrive tak kelihatan dalam playlist.

3. Make sure to convert movie maximum ratio Standard Defination (SD) format sahaja (Max 720*480). HD atau FHD unsupported. nanti bila pasang kuar black screen jer.

Apa video converter yang boleh digunakan? Cam aku, aku guna Wondershare Uniconverter. Tapi yg ni bukan freeware. Kalau nak guna converter yang freeware, aku cadangkan korang guna 'HandBrake'. Yang ni free. open source.

Ok. lain kali aku ajar macamana nak tukarkan dia jadi android box yang membolehkan kita tengok lebih dari 500 siaran live tv yang boleh dikawal hanya menggunakan daya intuisi dan kawalan suara pulak.

Post a Comment

15 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Mcm mn nk jadikan androi box tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan boleh bawa ke kedai aksesori yang berpengalaman. bmereka boleh pasang unit baru dam wiring semula dengan sempurna.

      Delete
  2. Saya guna Free Converter ni.. HD Video Converter Factory.
    https://wonderfox-free-hd-video-converter-factory.en.softonic.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. tapi setkan kepada Standard Defination (SD) format sahaja (Max 720*480).

      Delete
  3. hi, ni untuk exzora je ke? ataupun kereta produa boleh guna cara yang sama ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ia menggunakan player yang sama, ya.. boleh..

      Delete
  4. saya masih x dapat tengok, hd not supported walau pakai mpeg1, saiz da kecik da tu..buntu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD memang tak support dek player ini. resolusi maksimum cuma Standard Defination (SD) format sahaja (Max 720*480).

      Delete
    2. sama seperti ummu.. dah 2 tahun masih gagal.. dah cuba usb1 - 2 - 3, fat, exfat, ntfs.. letak gambar sahaja.. sekadar proses loading apa tak keluar

      Delete
  5. Salaam alaik.Terima kasih bnyak.Semalam jumpa entry Tuan, terus try dan hari ni dah dpt pasang lam EXORA. smg mengalir pahala untuk Tuan mengajar ilmu yg bermanfaat.Ameen.

    ReplyDelete
  6. usb dah FAT32,tapi bila masuk ke usb port tetap tak support. video dlm MP4. Avi dan WMV pon dah try xdpt. macamana ye?

    ReplyDelete
  7. Dah ada ke cara nak jadikan cam Android box tu tn. Tetap setia menanti... Hehehe

    ReplyDelete
  8. Remote control Hilang, boleh pakai Mi Remote? Which channel should I connect. Anyone could help?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat shoppeade jual kot
      rm50

      Delete
  9. Salam.. Abg kereta exora sy tahun 2019..x same

    ReplyDelete