Advertisement

Main Ad

Risiko penyakit ikut peringkat usia lelaki

"

Kalau wanita dikaitkan dengan penyakit kanser payudara, kanser ovari, fibroid dan sebagainya kaum lelaki juga sebenarnya turut punya penyakit yang cukup berkait rapat dengan mereka.

Daripada penelitian yang dijalankan, pada empat peringkat usia lelaki, pelbagai jenis penyakit semakin menghampiri. Lebih menakutkan, pada usia seawal 15 tahun lagi, kaum Adam ini boleh menghidap penyakit yang cukup serius dan boleh memberi kesan dalam jangka masa panjang. Jadi perhatikanlah penyakit yang mungkin mendekati suami, bapa adik atau abang anda ketika ini.

USIA 15 HINGGA 30 TAHUN

-Kanser testis
Kanser testis mungkin penyakit yang cukup digeruni tapi jangan sangka ia hanya akan dihidapi oleh lelaki matang ataupun yang sudah tua. Dalam usia yang muda belia ini kanser testis boleh menghampiri. Bagaimanapun sekiranya ia dikesan sejak awal, rawatan boleh dilakukan dan penyakit ini masih boleh diubati. Sebaiknya jika merasa sebarang benjolan pada testis atau zakar dapatkan pemeriksaan segera kerana ia adalah salah satu petanda penyakit ini.

-Kemalangan
Kecenderungan atau kegilaan anak muda terhadap kereta mahupun motor pada usia muda ada kalanya memakan diri. Lihat saja statistik kemalangan di negara ini rata-ratanya melibatkan lelaki yang masih belia. Kecuaian dalam pemanduan kenderaan boleh menyebabkan mereka mengalami kemalangan yang seterusnya mampu meragut nyawa ataupun menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh ataupun hilang anggota tubuh.


-Kemurungan
Masalah ini memang tidak mengenal peringkat usia tapi kecenderungan untuk berlaku pada peringkat usia ini adalah lebih tinggi. Masalah dalam mengejar kerjaya mahupun mencari pasangan hidup boleh menyebabkan berlakunya tekanan yang kemudian akan diakhiri dengan kemurungan. Petanda awal yang boleh dilihat dari masalah ini adalah diri tidak berkeyakinan, rasa bersalah, menghadapi masalah tidur, cepat marah ataupun emosi tidak stabil.

USIA 20 HINGGA 40 TAHUN

-Kencing Manis
Petandanya kerap berasa penat dan dahaga. Bagi lelaki muda kencing manis jenis 1 kerap menyerang mereka terutama sekiranya mereka selalu kehilangan berat badan atau mempunyai berat badan yang turun naik dan tidak stabil. Oleh itu lakukan ujian darah untuk menentukan tahap glukosa anda.

-HIV
la tidak mempunyai simptom tertentu sehinggalah penghidap mendapat penyakit AIDS. Sekiranya anda terdedah kepada sebarang aktiviti seksual bebas dan berisiko lakukanlah ujian secepat mungkin.

-Multiple Sclerosis (MS)
Kaki mengalami rasa kebas dan lemah yang berulang-ulang. Sebelum penyakit serius dapatkan pemeriksaan doktor.

-Skizofrenia
Mereka yang menghadapi masalah ini akan kelihatan tertekan dan mengalami simptom mendengar `suara-suara yang mengganggu ketenteraman hidup. Ada kalanya `suara-suara' inilah yang memaksa mereka melakukan perbuatan yang di luar jangkaan. Selain daripada simptom ini masih ada lagi simptom lain namun ia masih boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan.

USIA 40 HINGGA 60 TAHUN

-Kencing manis jenis 2
la sering menyerang golongan lelaki pada usia ini. la berlaku akibat masalah berat badan berlebihan dan tidak lagi mampu menghasilkan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Cara paling baik untuk menanganinya adalah mengawal berat badan dan melakukan amalan perubatan yang disarankan. Bagaimanapun jika penyakit ini dibiarkan tidak dirawat, penghidap berisiko menghadapi penyakit jantung dan strok.

-Obesiti
Pada usia persaraan ini ramai lelaki menghadapi masalah berat badan berlebihan akibat ketiadaan aktiviti yang teratur. Obesiti ini hanya akan meningkatkan serangan jantung, strok dan tidak ketinggalan kanser.

-Barah paru-paru
Awas terutama jika anda adalah perokok tegar. Jika batuk yang dialami berlarutan dalam tempoh yang lama, berat badan semakin kurang dan suara serak berpanjangan berjumpalah dengan doktor.

USIA 60 TAHUN KE ATAS

-Penyakit jantung
la memang cukup sinonim dengan lelaki pada usia ini. Dapatkan pemeriksaan doktor jika bapa seusia ini mengalami sakit dada dan sukar bernafas selepas melakukan aktiviti seperti senaman.

-Kanser prostat
Penghidap penyakit ini akan mengalami kesukaran untuk kencing atau sering terjaga malam untuk ke tandas. la semua merupakan tanda-tanda awal pembengkakan prostat.

-Serangan vaskular
Antaranya seperti kesakitan pada otot betis ketika berjalan. Mungkin disebabkan oleh sekatan perjalanan darah ke otot. la juga boleh berpunca daripada kes arteri tersumbat akibat merokok dan diabetes.

"

Post a Comment

0 Comments