Advertisement

Main Ad

Lirik Lagu dan Guitar Chord untuk Lagu Harapan.mp3 oleh Hyper Act (OST Seindah Sakura)

"

Nama Artis: Hyper Act
Tajuk Lagu: Harapan (OST Drama Bersiri Seindah Sakura)
{mp3}hyper-act-harapan{/mp3}

Band yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini dianggotai oleh 6 orang ahli berusia antara 25 hingga 37 tahun iaitu Ronnie selaku vokal utama, Toi yang pernah menyertai program realiti nyanyian Akademi Fantasia 6 bertindak sebagai pemain bass dan vokal kedua, Akir sebagai pemain keyboard, Freddy sebagai pemain gitar utama, Intan pula sebagai gitar kedua, dan yang terakhir sakali Labib sebagai pemain drum. Kesemua anggota Hyper Act berasal dari Johor Bahru.

Hyper Act yang mula menghasilkan beberapa buah lagu, giat mempamerkan karya mereka disekitar Kuala Lumpur serta turut membuat persembahan. Band yang mempunyai vokalis bersuara unik lagi mantap ini membawa aliran muzik yang pelbagai seperti Modern Rock, Pop Rock dan sedikit Hard Rock. Tuah lagu Harapan mula membuahkan hasil apabila ia diketengahkan sebagai runut bunyi utama dalam sebuah drama di televisyen swasta. Sejak itu mereka lebih dikenali malahan menjadi sebutan ramai tatkala stesen radio kerap memutarkan lagu tersebut sehingga Harapan pernah menduduki tangga pertama di Carta ERA 40. Tahniah!

Tidak cukup dengan itu, lagu Harapan menjadi satu-satunya Top 5 yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM19) dimana lagu nyanyian band ini bakal bersaing dengan nama-nama besar tanah air seperti Shila Amzah, Yuna, dan Jaclyn Victor. Kini Hyper Act yang membawa pengaruh muzik seperti Queen, Europe, dan Linkin Park semakin bersemangat dan lebih aktif bergerak di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan juga mereka mula mencari ruang untuk memperjuangkan muzik rock mereka di luar negara.


Kord Gitar lagu dari kumpulan Hyper Act - Harapan (OST Seindah Sakura) Chord

Lirik Lagu Harapan - Hyper Act


Intro: G A F# Bm G A

Bm G
Bicara mimpi itu
A
Mengheret ku ke dasar
F#
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Bm G
Dan munculnya dirimu
A
Dipinggir laman itu
F# Bm
Hangatmu menyambut ku kembali,
Em
Dan ku mengerti,
A
Mengapa masih berdiri,
F# Bm
Hadirnya siang berteman mentari,
Em
Dan ku bersama,
A F#
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama
F#m Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya

Bm G
Dan angin kan memanggil
A
Bagai ada musafir
F# Bm
Hadirnya pergi tiada berjanji
G
Mungkin seketika
A
Ku merasa cintanya
F# Bm
Bagai dibelai mimpi sempurna
Em
Dan taman ini
A
Tak bererti dan bersemi
F# Bm
Tiada indah tanpamu disini
Em
Dan ku jejaki
A F#
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Chorus
D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama
F#m Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya

Solo: G F# E F# G-B
F# Em F# G A

Back To Chorus

D
Hati ku..
F#
Meratap setinggi gunung
Bm A G
Pasti ku mencari bintangnya
F# Em
Menjadi cahaya
D A
Menyinar impian hidup kita
G
Selamanya

"

Post a Comment

0 Comments