Advertisement

Main Ad

Majalah 3 - Gara-gara nak bela AES, bikers jadi mangsa

Ada tengok Majalah 3 untuk edisi 'Pelesit Jalanan' yang disiarkan di TV3 baru-baru ini? Well... tak perlu gaduh. Kat bawah ni aku dah 'tampal' video yang telah diuploadkan ke youtube.

Apa yang menariknya mengenai rencana pendek ini? Ia sama seperti rencana-rencana yang pernah disiarkan di Majalah 3. Cuma setelah tersebarnya beberapa keping gambar di internet yang diambil dari Instagram yang 'mengantoikan' yang mana pelesit jalanan yang terdapat dalam rencana tersebut adalah krew mereka sendiri. Jadi tersebarlah di facebook mengenai 'Laporan Palsu' yang di siarkan oleh Majalah 3 ini. Tidak kurang ulasan-ulasan dari blogger-blogger mengenai isu yang sama. Kebanyakannya menjadikan Mazidul Akmal Sidik sebagai sasaran utama.

Tak kurang juga yang menyatakan kesilapan yang dilakukan oleh Majalah 3 adalah kerana tidak meletakkan label "Aksi Lakonan Semula" pada clip tersebut. Benarkah? Atau memang mereka sememangnya mahu meyakinkan penonton bahawa ini adalah kejadian sebenar? Realiti yang menggugat kesejahteraan pengguna lebuhraya. Sehingga timbul kesedaran 'perlunya kita memacakkan kamera AES di seluruh negara'.

 



Berikut ulasan dari blog ROTIKAYA

Mazidul Akmal Sidik Gunakan Video Palsu Untuk Laporan Di Majalah 3?

Mazidul Akmal Sidik Gunakan Video Palsu Untuk Laporan Di Majalah 3?Walaupun ini bukan satu hiburan secara langsung, masyarakat harus tahu jika sesuatu laporan itu telah di’sampaikan secara salah — supaya tidak terbabas.

Niat Mazidul Akmal Sidik untuk menyedarkan para pengguna jalanraya tentang pentingnya memandu secara berhati hati itu murni, tetapi janganlah sampai berbohong.

Dalam edisi terbaru Majalah 3 Sabtu lalu, Mazidul Akmal Sidik telah di’dakwa menggunakan satu video lakonan semula tanpa memaklumkan kepada penonton program tersebut.

Malah, nada laporan beliau ketika itu juga seakan memberikan gambaran lakon semula oleh penunggang professional itu memang terjadi & ini menyinggung mereka yang terlibat.

Peminat sukan motorsikal di beberapa forum berkaitan juga menyelar tindakan Mazidul Akmal Sidik ini yang di’anggap tidak selari dengan kod juga etika kewartawanan.

Anda boleh tonton video sedutan laporan Mazidul Akmal Sidik untuk Majalah 3 selepas ini — sambil itu, ambil mesej yang positif, berhati hati akan AES ketika memandu. Heh.

 

Ada agenda lain yang lebih besar

Laporan ini membangkitkan rasa tidak puas hati golongan biker motor berkuasa tinggi kerana telah dikambing hitamkan dalam isu ini. Namun aku mempunyai pandangan yang tersendiri dalam isu ini yang mana sebenarnya ada konspirasi yang lebih besar dari itu.

Perhatikan pada gambar kamera AES ditampilkan beberapa kali dalam clip tersebut iaitu pada minit 1:31, 2:04, 3:38, 3:44 sedangkan rencana tersebut tiada sekalipun memasukkan perihal mengenai AES dalam laporannya. Klip-klip dari rakaman kamera AES di tunjukkan semasa akhir video iaitu pada minit ke 4:08. Di akhir cerita laporan menyatakan "1 berjaya di tangkap dan 1 lagi lolos".

Bukankah mereka mengekori kenderaan tersebut dari atas dan laporan dihantar secara direct oleh pegawai polis yang dalam helikopter tu (pakai handphone jer..) kepada peronda? Macamana boleh hilang?

Gambar dari beritasemasa.com   

Gambar dari beritasemasa.com

Pada pandangan aku, (ini adalah pandangan peribadi. Tiada paksaan untuk pembaca bersetuju atau tidak) mereka sedang menggunakan methods 'Subliminal messages' untuk ditanamkan dalam pemikiran penonton. Apa 'Subliminal messages' ni? Ia adalah mesej yang hanya boleh dikesan oleh minda spara sedar untuk sedikit demi sedikit menerima ideologi dan kefahaman yang cuba mereka terapkan.

Isu ini mungkin timbul berikutan kemarahan orang awam mengenai saman AES dan isu ini juga telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi mereka nak tanam mesej supaya dalam tidak sedar orang akan bersetuju 'Errmm.. penting jugak AES ni'.. atau 'Padan muka kena saman!! bawak kereta tak ingat dunia!'. Wal hal yang orang marah bila sesetengah kawasan had limit cuma 70km/j dan bila bawak 90km/j pun dah kena saman. Walaupun waktu malam bila jalanraya dah lengang.

Pembongkaran penipuan ini juga sepatutnya membuka minda orang ramai yang 'Orang jahat yang dinyatakan oleh si A (tak kiralah individu, organisasi atau jabatan) berkemungkinan besar adalah orang yang diupah oleh Si A sendiri. Strategi ni bukan baru. USA dah lama gunakan dengan menghantar agent-agent CIA ke afganistan untuk menyamar sebagai mujahideen dan mengebom tempat-tempat awam untuk menghalalkan perang ke atas afganistan.

Jadi jika ada laporan di TV berkenaan orang yang berdemonstrasi menjadi ganas dan membuat kemusnahan harta benda... THINK again! Siapa yang akan mendapat keuntungan dari situasi tersebut...?

Post a Comment

0 Comments