Dalam video ni pakcik nak kongsikan sedikit tips dimana korang boleh mengawal waktu berinternet untuk komputer, laptop atau handphone anak-anak korang yang masih kecil khususnya untuk talian internet yang bersambung dengan wifi dirumah (menggunakan unifi). Secara umumnya cara ini juga boleh digunakan untuk setup kat modem router untuk maxis fiber, streamyx dan lain-lain juga. Walaupun untuk tutorial ni khusus untuk model D-Link DVG-F2452 tapi secara basicnya lebih kurang jer dengan model-model lain tu. Mungkin video ni boleh korang jadikan guideline.
Dalam video ni juga ada pakcik tunjukkan cara nak block URL atau Domain-domain website tertentu yang korang tak mahu diakses oleh anak-anak korang tanpa memerlukan perisian atau plug-in khusus yang perlu di pasang pada komputer anda.
Kawal masa internet anak-anak kita. jangan biarkan mereka berakar didepan komputer!!
Semoga bermanfaat.
0 Comments