Advertisement

Main Ad

Sekitar Festival Filem Malaysia ke18

Rumah dah lama siap. Namun suara pahat masih kedengaran. Perkara macam ni memang biasa setiap kali kita mengadakan acara-acara seperti ini. Yang menang akan kata "Syukur... saya bebetul tak sangka boleh menang" dan yang kalah pula "Saya tak pasti apa yang pihak juri nak, tapi kalau dah macam ni keputusannya, kita terima sajalah". Dan si batu api tak habih-habih nak tanyer "Kenapa PGL tak boleh menang? Boleh beri komen sikit tak?"

Aku tak nampak kenapa harus dipertikaikan andara filem SEPET dan PGL. Kerana pada aku kedua-dua filem itu adalah filem yang hebat. Siapa pun yang memang tidak menjadi isu kerana yang lebih penting tanggungjawab yang dipikul untuk menaikkan industri perfileman Malaysia. Kenapa harus dipertikaikan budget seciput untuk menghasilkan filem SEPET? Apa perlu ada 1 ke 2 juta untuk menghasilkan satu filem yang baik? Aku dah menyaksikan banyak filem-filem sampah yang dihasilkan dengan belanja besar macam tu.

Wajah erra versi tuaNamun secara peribadi aku lebih mempertikaikan kemenangan Erra Fazira sebagai Pelakon Wanita Terbaik hasil lakonannya dalam filem Hingga Hujung Nyawa. Ini betul-betul mengejutkan aku. Pada aku lakonan Abu Bakar Omar jer yang boleh dibanggakan dalam filem tuh. Dan Erra nyata bukan salah seorang daripadanya. Anugerah seharusnya diberikan untuk tukang 'make-up' kerana berjaya menghasilkan karakter Erra berumur 70-an dengan suara erra yang dah macam filem 'alih suara' jer bunyinya. Gila! Meremang bulu hidung aku menengokkan lakonan si Erra dalam filem tu. Walau macamana pun akhirnya dapatlah juga Pengarah Filem Paling Aktif kita si A. Razak Mohaideen berbangga dengan satu-satunya hasil tangan beliau yang disebut pada malam tu. Dari sedozen anak panah yang dihalakan secara rawak, takkan lah takde satu pun yang lekat kat papan. Biar tak kena 'bulleyes' pun takper...

Mungkin lepas nih Prof A. Razak akan berfikir kenapa orang tak pandang filem dia di peringkat festival sebegitu. Jangan pandang Festival luar. Ni baru Malaysia. Kalau dia masih lagi dengan statement nya sebelum ini, "Alah. Depa tu hanya tahu cakap saja, tapi tak buat! Lebih baik saya buat!". MengOng! Kalau semua orang boleh buat filem, alamatnya dari dulu dia dah lingkup. Orang tak boleh buat filem bukan semata-mata sebab tak reti. Tapi 'peluang' macam yang dia ada bukan semua orang dapat. Jadi janganlah buat filem sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tentang kemenangan Zamarul Hisham (Di Ambang Misteri) sebagai Pelakon Lelaki Terbaik yang menewaskan Rosham Noor (Gangster), aku tak boleh komen apa-apa kerana aku sendiri tak tengok lagi filem tu. Not fair for me to judge on film that I've never seen. Mungkin lepas nih ada alasan untuk aku tengok filem tu.

Yang nyata keseluruhan FFM18 kali ini hambar. Bagai tubuh tanpa nyawa. Bosan dan membosankan. Loya, mual dan segala macam perasaan lagi ketika dipaksa menyaksikan lawak-lawak yang tak kesampaian si penyampai-penyampai hadiah. (Paling menyedihkan sampai terpaksa minta tepukan masa lawak Mustapha Maarof dengan Nasha). Blur!! Apa-apa pun kepada yang tak dapat menyaksikannya, tak perlulah rasa menyesal kerana terlepas mengikuti rancangan berkenaan. Kat sini aku letak keputusan keseluruhan Anugerah pada malam tu.

PEMENANG ANUGERAH FFM KE-18
-Anugerah Khas Juri (Filem Box Office) - Gangster
-Anugerah Khas Juri (Bakat Berpotensi) - David Moggie
-Anugerah Khas Juri (Kesan Khas) - Gangster
-Anugerah Khas Juri (Epik Inovatif yang Pertama) - Puteri Gunung Ledang
-Anugerah Khas Juri (Pencapaian Antarabangsa) - Osman Ali
-Anugerah Khas Juri (Artis Veteran) - A Bakar Ali (Jurukamera)
-Poster Terbaik - Sepet
-Lagu Tema Asal Terbaik - Warkah Buat Mu Laila (Qaisy & Laila)
-Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan (Gangster)
-Penata Seni Terbaik - Hasnizar Ithnin (Puteri Gunung Ledang)
-Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Shawn Lee Jenxian (Ah Lok Kafe The Movie)
-Pelakon Harapan Wanita - Sharifah Amani (Sepet)
-Pelakon Harapan Lelaki - Ng Choo Seong (Sepet)
-Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Ida Nerina (Sepet)
-Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Radhi Khalid (Qaisy & Laila)
-Skor Muzik Asal Terbaik - M.Nasir/Tan Yan Wei (Puteri Gunung Ledang)
-Penyunting Terbaik - S.Rakesh (Gangster)
-Sinematografi Terbaik - Indra Che Muda (Pontianak Menjerit)
-Cerita Asal Terbaik - Yasmin Ahmad (Sepet)
-Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid/Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang)
-Filem Animasi Terbaik - Hoo Whai Khinn (Olsh)
-Filem Pendek Terbaik - Faizul A.Rashid (Dewa Panah)
-Filem Dokumentari Terbaik - Mohamed Harun (Birding Malaysia)
-Pelakon Wanita Terbaik - Erra Fazira (Hingga Hujung Nyawa)
-Pelakon Lelaki Terbaik - Zamarul Hisham (Di Ambang Misteri)
-Pengarah Filem Terbaik - Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang)
-Filem Terbaik - Sepet

Post a Comment

0 Comments