Advertisement

Main Ad

Tmnet Streamyx - 1.0Mb ker 512kb ni?!

Jumaat hari tu aku dah call streamyx punya service centre (1-300-88-9515) complain tentang aku punya Downstream Line Rate aku cuma 512kbps jer. Perempuan India yang angkat. Payah betul aku nak fahamkan apa ulas butir yang dicakapkannya. Suara pun tak clear. Bila dah tanya security question (standard diorang akan tanya apa login name untuk streamyx dan register bawah nama siapa) dia pun tanya apa masalah aku. Then aku pun ceritalah. Bila aku cakap jer macam tu, dengan suara kereknya dia tanya aku

"Encik check tu dibahagian mana?"
"Kat status router" Lepas tuh dia kata,

"Itu Downstream untuk router. Encik kalau nak check bukan dekat situ. Encik kena masuk dekat tm.net.my" Dengar jer dia jawab macam tu terus aku letak telefon. Tak berminat aku nak maneruskan perbualan. Dari jawapan yang dia berikan aku dah tahu yang dia sebenarnya memang tak tahu apa-apa. Dia hanya seorang perempuan kerek, kurang hajar, yang berlagak pandai tapi pada hakikatnya bangang melantun-lantun!! Macamaner telekom boleh kasi gaji orang macam ni?!!

Tadi lebih kurang pukul 9 aku call lagi. Sounds like an Indian also but this time is a guy. Compare dengan perempuan hari tu, this one is far much polite. Satu demi satu dia suruh aku buat untuk check kemungkinan sebab yang boleh buat downstream line rate aku rendah (normal procedure la ni aku rasa). Memula tu dia suruh try jangan guna splitter. Terus cucuk kat main phone line connection. Pastuh try restart modem, restart CPU, tapi aku try yang first tu jer. Samer gak. So yang lelain tu pun aku cakap takleh gak walaupun aku tak try pun. Nonsence jer. Memang diorang yang salah setting ni. Lepas dia buat report, dia kasi nombor report tu kat aku. So kes ni dia dah bawak kepada diorang nyer technician pulak. Nanti diorang beri feedback.

Aku rasa (as i said, 'aku rasa'!!) mender ni memang disengajakan. So kalau orang tu tak complain, means diorang dapat untuk jual mender 512kb dengan harga 1.0mb. Simple jer mender ni. Pada yang complain tu, diorang akan fix la. Still diorang tak rugi apa-apa. Dalam 10 orang yang makan kat kedai, andai kata air kat kedai tu tak sedap giler, agak-agak berapa orang yang akan complain "Akak.... apasal air nih rasa cam air kumbahan jer...?" Dan berapa orang pula yang hanya akan cakap sesama diorang jer "Mak aih... cam hampeh air nih. Esok kita cari tempat lain jer la. Tak payah makan dah kat sini.."

Hal yang sama seperti yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha stesyen minyak la. Pergilah mana-mana petrol pump yang menawarkan minyak berplumbum dan tanpa plumbum, pergi bayar RM10 dan kemudian ko try gi picit pump berplumbum. Kalau boleh memang aku salute. Melainkan hanya minyak 'hijau' jer yang berfungsi masa tu. Dan kalau ko gi complain pada budak yang jaga tu dia akan jawab "La.. tadi tak cakap nak minyak merah..." (Abis aku ader cakap aku nak minyak hijau? Apasal ko tak tanyer? Apasal pandai-pandai buat pilihan untuk aku kalau ko tak tahu?!)

Bandwidth Speed TestWell... inilah bussiness zaman ler. Cara untuk nak buat untung dengan mengambil kesempatan atas sikap tak ambik pusing customer sendiri. Itu adalah kelemahan kita sendiri. Kita yang tak tahu dan tak cuba nak ambik tahu hak-hak kita sebagai pengguna.

So pada yang mungkin mengalami nasib macam aku atau tak pasti, bolehlah check ko punya Bandwidth Speed Test kat
SINI kemudian klick kat Load Test Here tu. Perhatikan pada kbit/s punya bahagian. Buat sebanyak 3 kali dan dapatkan purata dia. Kalau berada pada kadar dibawah 512 (seandainya ko langgan streamyx 1.0mb) baiklah gi complain...

Post a Comment

0 Comments