Advertisement

Main Ad

Aku, Unit IT dan PC Office!

Heh! Bebudak IT memang tak habih-habih anti ngan pekerja-pekerja macam aku nih. Dan bebudak macam aku pulak memang anti gilerlah ngan bebudak Unit IT yang macam ni. Tutup port sana, tutup port sini, disable tu, disable ni, arghh!!

Aku ingat lagi masa memula aku masuk office nih dalam bulan Mei tahun 2003. Wah~ itu jam semua mender boleh. Aku on kAZaa, mIRC, cuteFTP, macam-macam lagik. Balik kerja tak pernah tutup PC. Esok datang kerja tengok-tengok 2,3 movie dah siap download. Pendek kata kalau nak buat PC server pun boleh ar. Dalam tak sedar aku sikit demi sikit ter'rekruit' bebudak sekeliling aku. Sampai tahap, memasing dah reti cari lagu guna SPR. Harri dah start register nickname IRC. Pas tu tersebar pulak kat 2,3 budak pompuan. Isk! Dahsyat.

Masuk tahun 2004, diorang start blok port 6660-6669 so dah takleh nak masuk IRC. Agaknya baru diorang perasan kot? Pas tu diikuti lah dengan port-port lain, port Messager, port p2p dan paling hampeh bila port 21 (ftp) pun dier close. Aku nak update website pun dah susah. Sampai kena log-in kat CC masa aku nak update SP ke version 2.0.

Pas tuh ader member aku si Chott bagitahu ader software yang kononnya boleh Bypass Firewall - Bypass Proxy - HTTP tunnel. Hopster!! Kitorang pun try la. Kalau ditengokkan gayanya memang cam boleh jadik. Korang boleh bukak page dia kat
http://www.hopster.com/ baca kat situ. Tapi malangnya tak function kat server office aku. Ntah aper chop la firewall kat office aku ni guna gamaknya!

Mujurnya portal aku (
www.speedfinger.org) diorang tak block. Sebab dalam masa yang sama sorang demi sorang budak office ni jadik members kat SP. Kot nanti bila diorang baca log file kalau banyak sangat kuar domain SP nyer address aku rasa harus jugak di bloknya.


Kang esok ader yang dapat message kat atas nih biler bukak SP. Access Denied (content_filter_denied). Hah! Baru dia!! Hahahhaha. Apa-apa pun tadi aku baru belajar mender baru. Cara macamaner nak connect to Yahoo Messeger kalau server kita ader firewall yang macam tu. Thanks to wan99cvm sebab perkenalkan aku ngan software ni,
'Gaim for Windows 1.4.0'. Pada mulanya Gaim nih dibuat untuk Linux sahaja. Apa kelebihan Gaim? Ko boleh menentukan sendiri port mana yang ko inginkan untuk connect kepada chat tool seperti MiRC, YahooMessager, AOL dan lelain lagi.

Post a Comment

0 Comments