Advertisement

Main Ad

Bijaknya M.Nasir...


Bijakkan M. Nasir? kudsia Kahar suh Mawi berterima kasih kat M.Nasir sebab kononnya bukannya senang nak dapat lagu dari Sifu sorang nih. Tu memang tak dinafikan lagi. Lagu yang dia buat memang kelas! Tapi dalam masa yang sama aku rasa M. Nasir patut berterima kasih kat Mawi gak. Ahaks! Sebab pada aku, kalau kita nak melabur, of course kita akan cari bank yang menawarkan imbuhan paling tinggi. Dan M. Nasir sendiri tahu Mawi adalah tempatnya...

1. Mawi - 58%
2. Felix - 30%
3. Amylea - 8%
4. Marsha - 4%

AFVOKAL (Vokal terbaik): Mawi
AFBAIK (Persembahan terbaik): Mawi


Berikutan kemenangan itu, Mawi menerima hadiah bernilai RM321,854 termasuk sebuah pangsapuri (RM176,000), kereta Suzuki Swift 1.5 (bernilai 78,000), wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London dan Paris, produk Olympus, trofi serta hadiah iringan lain. Maka terima kasihlah pada semua yang mengundi. Ni semua sebenarnya duit korang la jugak. Strategi Astro untuk mengikis lebih banyak duit dari SMS ternyata terbukti berkesan dengan kata-kata Aznil "Teruskan undian anda kerana yang berada ditengah, kini telah berada di atas. Ini semua adalah yang anda tentukan.." Errr.. aku lupa. Mawi ader ucap terima kasih kat korang tak?!! Hahahahhaampeesssss~!!


Mawi - Aduh Saliha

Mana rayuanku hendak kusampaikan
Rindu berakhir ku pada kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku pada cinta yang dulu
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cintamu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas, barulah kusedar
Yang kusangkakan intan
Oh hanyalah kaca
Sesudah berdarah barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Oh sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa racun hidupku, Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidupku, Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita, Saliha

Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq

Post a Comment

0 Comments