Advertisement

Main Ad

Message of the day: "Signature perlu ditukar."

Jadi tabiat aku, aku memang suka subscribe kat portal-portal webmaster Malaysia ni. Boleh kater semua aku subscribe. Jiwang, webkl, gedik, phpnuke, mypendidik, KOL, kaki, wir4ce, thetruthspy, siothampeh, skinhead dan beribu macam portal lagi termasuklah satu portal yang glamer dengan jolokan PCM. Tiba-tiba masa kat office pagi tadi, Yanie message aku.

"Abang, Yanie bukak abang nyer account kat PCM, diorang ada bagi message pasal signature tuh." Memang sebelum ni aku heran gak. 2,3 kali dynamic signature aku kat PCM hilang. Memang aku dah suspect admin diorang yg delete. Tapi aku add balik. 2,3 kali dah la jadi macam tu. Diorang pun satu... tak sound buat apa? Biler aku bukak PM aku, ader la message ni..
Dari: admin
Kepada: Penggali Kubur
Telah dihantar pada: Rabu Ogos 03, 2005 6:09 pm
Tajuk: Signature perlu ditukar.

Penggali Kubur, Signature yang digunakan merupakan link yang berbentuk promosi dan terpaksa dikeluarkan. Oleh itu dapatlah sekiranya ditukarkan kepada yang lebih sesuai dan lebih menonjolkan diri anda. Terima kasih. Admin@PCM.

So aku pun reply semula kat admin dan dalam masa yang sama aku cc ke founder portal tu (kemungkinan juga orang yang sama cuma guna 2 nick).


Maaf..
Sebab selama ni aku tengok masing-masing turut mempromosikan dynamic signature ke TickerFactory.com, Daisypath.com, Snugglepie.com dan sebagainya. So aku ingat tak menjadi satu kesalahan kalau aku menggunakan dynamic signature aku sendiri.

To be frank aku akui memang ader unsur promosi pada signature tuh (seperti juga yang lelain yg aku sebutkan diatas ni) but the thing is, at SP, there's nothing to do with PCM. Takde satu content pun di SP yang merujuk pada servis-servis yang disediakan di PCM. Aku ibaratkan macam membuka kedai komik disebelah kedai ikan. Mungkin orang akan datang ke kedai aku, itupun kalau dia suka komik, tapi untuk bekalan ikan harian, diorang tetap akan gi ke kedai anda. (aku buat target="_blank" dan bukannya target="_parent")

SP is non-profit website. website suka-suka untuk kepuasan aku sendiri. Aku faham, di PCM semuanya perlu berbayar. Dengan meletakkan banner kecil bersaiz 88X30 pun ntah berapa charge nya. Tapi sekiranya awak teringin nak meletakkan banner PCM di SP, silakan.. free of charge. Pelik kerana webmaster2 malaysia ni, diorang lebih suka stand alone compare to unity..

Cuma yang aku pelik, dynamic signature aku dikeluarkan kemudian digantikan dengan tulisan "www.speedfinger.org". Bukan kah ini lagi jelas aspek promosinya?


Aper lagi, tak lama lepas tu ters aku dapat balasan. Bukan dari 'admin', tetapi si founder nyer sendiri.


A'kum wbt.
Pertama sekali kami meminta maaf sekiranya teguran oleh Admin tersebut telah menyinggung hati Saudara Adi. Terus terang saya katakan di sini, sebenarnya kami tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa apatah lagi ahli setia seperti saudara.

Mengenai link pada signature tersebut... sekali lagi saya minta maaf kerana memang kami terpaksa mengeluarkannya disebabkan mempunyai unsur-unsur promosi kepentingan sendiri, dan untuk pengetahuan saudara... saudara adalah bukan orang yang pertama berbuat demikian. Berbanding dengan banner signature yang lain TickerFactory.com, Daisypath.com dll,... banner saudara adalah berbentuk promosi semata-mata dan tidak mempunyai sifat maklumat/sokongan seperti banner mereka. Banner mereka mempunyai sistem yang baik seperti menghitung hari detik sejarah mereka.

Memang benar saudara mempunyai perniagaan yang berbeza berbanding PCM (kedai ikan <> kedai komik). Tapi perlu saya jelaskan di sini ialah, sekiranya kami membenarkan banner anda maka kami terpaksa akan membenarkan iklan banner insurance, penjual kereta terpakai, penjual handphone dsbnya... dan sekiranya kami menegur mereka, mereka juga akan turut mempertikaikan tindakan kami tersebut seperti anda.

Mengenai kenyataan saudara.."webmaster2 malaysia ni, diorang lebih suka stand alone compare to unity.."... I'm so sorry sekiranya saudara mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan di mana2 laman lain yang dikelolakan secara persendirian. Tetapi sekali lagi saya perlu jelaskan di sini, PCM adalah diuruskan oleh sebuah syarikat iaitu PORTAL PERK*****NAN ONLINE iaitu anak syarikat kepada N**E DIM****ION SDN. BHD. dan saya tidak setuju jika kami dibandingkan dengan mana-mana laman persendirian seperti di dalam kenyataan saudara tersebut.

Untuk maklumat saudara lagi... PORTAL PERK****NAN ONLINE adalah sebuah perniagaan yang berdaftar dan mempunyai tanggungan harian seperti pejabat, pekerja dan sebagainya. PCM telah diwujudkan dengan dua matlamat iaitu untuk membantu orang ramai mencari maklumat, seterusnya memudahkan persiapan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran (beli majalah kena bayar) dan keduanya.. membantu para pengusaha di dalam industri perkahwinan (terutamanya kelas permulaan dan pertengahan) untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan bayaran yang sungguh murah jika dibandingkan dengan media yang lain.

Sebenarnya secara peribadi, saya agak tersinggung dengan kenyataan yang telah dibuat oleh saudara... tetapi saya memaafkannya kerana saya tahu bahawa saudara telah tersalah anggap mengenai kami. Saya sebagai wakil pihak pengurusan... sekali lagi ingin memohon maaf sekiranya penerangan saya ini juga telah menyinggung hati saudara. Seperti yang telah saya katakan di awal tadi... kami tidak berniat untuk menyinggung mana2 pihak terutamanya kepada ahli setia PCM. Dan kami juga sangat berharap saudara dapat menghormati PCM sebagai ahli komuniti contoh.

P/s - terlupa pertanyaan saudara mengapa signature dinamik saudara digantikan web address.... kami tidaklah sekejam seperti yg saudara fikirkan - tambahan pula memang kami ada membenarkan ruang memperkenalkan laman web persendirian pada profail ahli. Cuma signature berbentuk banner adalah keterlaluan (melainkan berbayar- kami dpt gaji utk menyara keluarga dari situ). Sekian, terima kasih.



Huh~
Case close!!


Post a Comment

0 Comments