Advertisement

Main Ad

Life's still goes on..

Honeymoon - Genting Highland, June 2005

Today I realized, in order to create another world as a play of my playground, i'm blind enough to see that my real world just beside me.
Kehidupan semalam berlalu macam biasa. Planning nak pergi Ampang kantoi bila ICP Mymode cawangan situ berada di langkawi. Baru je aku decide nak pergi dengar seminar dia. selama nih aku buat mymode dengan membuta tuli je. itupun dapat jugak RM30-RM50 seminggu.. plus dengan bonus yang Yanie dapat lagi dalam RM10-RM15. Dari situ aku nampak mymode ni memang boleh buat duit. Why not aku series je kosentrate. Skang pun aku rasa aku dah punya banyak masa untuk itu memandangkan beban utama yg aku pikul dah kurang sikit.

Malam tadi dalam kul 10, voicechat ngan Manan, upline aku. Dia kat mersing. Tolong ajar dia macamana nak buat portal. Dalam masa 30 minit siap gak portal dia akhirnya. Dia nak buat website sendiri, untuk kembangkan mymode dia. Eloklah tuh. Aku ajar takat yang aku mampu je. Memang dari dulu pun itu je lah kerja aku. Orang-orang yang message aku selama ni pun time ada benda nak tanya je, time nak mintak tolong itu, time nak suruh buat ini... Pas tuh, biler dah rasa power sangat, boleh la pijak kepala aku. Ahaks. Hidup ni memang kelakar. Dan kalau tak mampu untuk gelak, diam je dah la.

Tadi gi kenduri kawin Cik Citra. Officemate aku. Lepas tu terus bawak Yanie gi klinik kat Bangi. Letih betul rasanya. Sempat tertidur dalam klinik tuh sementara menunggu turn dia. Ale-ale scanner diorang rosak pulak. Langsung kena datang semula hari Isnin ni, buat full check. Errmm.. bawak kat klinik Putrajaya je la kalau dah cam tu nanti.

Balik je aku dah blur. Tak tahu nak buat apa. Kejap aku gi ke depan, kejap gi ke dapur. Damn! Nampak sticker kat atas meja komputer aku. Baru aku teringat nak buat sticker speedfinger untuk tampal kat kereta. Dah dekat 2 bulan dah sticker nih duk atas meja nih. Tak berusik-usik pun. Nantilah memalam sket karang. Malam ni sure boring nyer takde apa nak buat...

Tengah duk belek-belek website mymode tadi aku pasang radio era. Ale-ale kuar plak lagu ntah saper-saper ntah kat radio. Pompuan yang nyanyi. Suara ala-ala rock sket. Music ala-ala kumpulan Candy. Rupanya lagu si Mas, budak AF2 dulu, tajuk dia bohong. Tah camaner lirik lagu ni boleh cepat lekat dalam cache memory kepala hotak aku..



Mas AF2 - Bohong

Seminit kau pujuk rayu
Seminit kau marah marah
Seminit kau diam diri
Buat tak tahu

Apakah sebenarnya mahumu jadi tanda tanya
Mungkin kau sengaja
Buat ku begitu
Buat ku jemu

Angkat kaki
Melangkah pergi
Keluar dari penjara kaca penuh duri

Ku angkat kaki
Membawa diri
Beradu nasib di luar sana yang menguji

Tak sangka begini
Akhirnya kau buat diriku ini
Betapa terbukti
Kau berbohong
selama ini

Tak sangka begini
Rendahnya kau
anggap diriku ini
Betapa terbukti
Kau berbohong selama
ini

Aku harap dan berdoa
Kau puas hati
Bolehlah kau
cari pengganti

Post a Comment

0 Comments