Pertama kali menontonnya terasa seakan ada sesuatu yang tak kena dengan filem ini. In fact looks like it happen pada semua filem-filem yang ditayangkan kebelakangan ini. Mungkin tak pada semua orang, tapi sekurang-kurangnya pada mata aku.
Sebelum aku komen dengan lebih panjang lebar pasal filem ini baik kita study sikit pasal latar belakang produksinya.
Filem Karipap-Karipap Cinta merupakan sebuah filem arahan Othman Hafsham yang diadaptasikan dari novel popular karya Nazri M. Annuar yang dikatakan sebuah karya yang agak 'Islamic'. Good to hear that. Ada pihak yang nak mengangkat karya Islamic ke layar perak. May be boleh menyaingi filem-filem seperti 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'.
Okey right~! Back to the film. Kalau korang nak baca tentang jalan cerita, kekuatan watak, garapan, cenematic view dan sebagainya bolehlah ke web-web lain. Sebab aku hanya akan menyentuh beberapa perkara yang sangat tak kena dek mata aku sahaja dan bukannya nak beri review ke atas story line dan sebagainya.
Aku sangat teringin nak mengulas main character filem ini iaitu watak Sarah. Untuk tidak bias dalam memahami character ini, aku tak akan mengambil keterangan watak dari sinopsis filem tersebut sebaliknya aku ambil dari pihak ke-3 yang merupakan salah seorang pembaca novel asal filem ini. Menurut Cik Tiniey dari laman blog beliau (walaupun sangat tak setuju yang karya ini boleh menjadi medium untuk terapi minda, tapi sebabkan aku tak baca novel tersebut mungkinlah ada perbezaan antara novel dan filemnya)
1) Sarah
Berpendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir tapi tidak mahu jadi ustazah. Minatnya terarah ke seni komik. Baginya untuk berdakwah tidak semestinya kena jadi ustazah, banyak lagi bidang-bidang lain yang boleh diceburi untuk menyampaikan dakwah. Apa yang sangat istimewa tentang Sarah ni, dia ada kebolehan bersilat dan pandai membuat karipap!=)
Jadi apa yang digambarkan pada novel novel tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran tentang character dan penampilan 'Sarah' iaitu watak utama yang dilakonkan oleh pelakon baru Melia Aimelia. Jadi apa yang digambarkan oleh Cik Tiniey, bersesuaian juga dengan sinopsis filem ini yang boleh korang baca kat http://www.sinemamalaysia.com.my
Honestly aku memang tak pernah baca novel ini yang dikatakan sebagai 'novel terlaris' sehingga diulang cetak sebanyak 3 kali dalam tempoh 1 bulan. Jadi aku tak tahu sejauh mana filem tersebut diadaptasikan dari novel asal dan pada bahagian-bahagian mana pula merupakan olahan baru hasil idea dari pengarah. Namun secara ikhlas, jika aku membaca sebuah novel yang mengisahkan seorang gadis lulusan Al-Azhar, Mesir yang mana merupakan best student kat Universiti tersebut, pastilah sekurang-kurangnya character gadis tersebut lebih kurang seperti imej-imej dibawah.
Well, kan Ketika Cinta Bertasbih juga merupakan sebuah filem hasil adaptasi dari novel terkenal yang latar belakangnya juga kisah graduan Universiti Al-Azhar?
Malah dalam filem Karipap-Karipap Cinta ini background Sarah adalah merupakan tulang belakang kepada keseluruhan jalan ceritanya. Dia seorang lulusan Al-Azhar, bapanya seorang yg dikatakan warak yang ingin menjodohkan dia dengan seorang yang bergelar ustaz, dan Ali yang desperate untuk menarik perhatian bapa Sarah lantas menipu yang dia juga sebenarnya lulusan Al-Azhar. This is the main conflict of the story.
Yoga: Untuk pengetahuan engkau, si Sarah tu merupakan graduan University Al-Azhar. Kalau dia nak, dia boleh jadi ustazah kau tahu tak? Tapi tak! Dia memilih untuk jadi editor di unit komik, pejabat aku.
Ali: Hei! Maksudnya kau nak bagitahu aku yang aku tak layak mendampingi seorang ustazah sebagai teman hidup aku? macam tu?!
Yoga: Err.. itu ya lah jugak. Tapi Li, itu bukan point utama aku. Point utama aku ialah, si Sarah tu merupakan best student kat Universiti Al-Azhar dan merupakan pelajar 10 terbaik seluruh universiti Al-Azhar...
Bersungguh-sungguh betul mereka nak menganggat watak ini sehingga back ground tentang pengajian di Universiti Al-Azhar ditekankan beberapa kali dalam filem tersebut.
Tak cukup dengan itu ia disokong lagi dengan dialog seterusnya.
Yoga: Ni... untuk pengetahuan engkau, ayah si Sarah ni merupakan seorang yang dihormati kerana perwatakan warak dia.
No wonder bagaimana www.shamsuriyadi.com boleh mengklasifikasikan novel tersebut sebagai 'Novel Islamic' (Yet again, since I didn't read the novel then I have to rely on others people opinion) Nah... sekarang kita lihat bagaimana watak Sarah dalam filem ini.
Wooooo wooo.. Ni budak Al-Azhar ker budak Convent Bukit Nenas ni?
Apakah Melia Aimelia yang memang 'FAIL' dalam menjiwai character Sarah yang diberikan padanya? Rasanya tak juga sebab memandangkan dia memang pendatang baru dan ini merupakan filem pertamanya. Aku yakin sebagai seorang pendatang baru dia akan bergantung kepada pakaian-pakaian yang yang disediakan oleh produksi.
Ni scene makan bersama keluarga Sarah. Nampaklah dari mana Sarah mewarisi teknik pemakaian tudung yang FAIL itu. Maybe dari make-up artis yang sama. Dari penampilan watak ibunya juga membuatkan aku boleh membuat kesimpulan yang imej penampilan Sarah dalam filem ini bukan ditentukan oleh Melia Aimelia sendiri.
Pengarah tak pernah gagal menampilkan Sarah dengan 'kain penutup kepala'nya. Tapi yang nyata kesemua produksi filem ini perlu 'disekolahkan' semula tentang apa yang dimaksudkan dengan tudung, dan aurat bagi seorang perempuan. Pakcik Hafsham boleh rujuk di halaman Ustaz Zaharuddin di sini. Yer lah... tua tak semestinya bijak rupanya.
Sebelum ni untuk scene Sarah mengajar silat pun dah fail bila student perempuan yang belajar silap dengan dia jauh lebih sopan dari scarf yang dipakainya sendiri. Kali ni pelayan restaurant arab ni pulak memberi perbandingan yang sangat kontra. Kali ni bukan part tudung jer yang fail, Langsung pakai baju 'see through' yang sampai menampakkan dengan jelas tali 'tube' yang dikenakannya. What da hack?!
Satu bentuk penyebaran dakwah yang menyesatkan.
Something is wrong yang mana susah untuk aku simpulkan. Cuma kebelakangan ini aku lihat seakan terlalu ketara apa yang cuba hendak ditonjolkan oleh pengiat-pengiat filem. Lihat saja watai Maria adik seorang Ustaz dalam filem Hantu Bonceng yang pernah aku komen sebelum ini. Dan jika dikumpulkan kesemua filem-filem yang dihasilkan 10 tahun kebelakangan ini korang akan dapati perkara yang sama. Baik dalam cerita hantu, baik dalam cerita cinta. Dengan kuasa media yang ada mereka cuba memberikan mesej dibawah sedar tentang cara hidup, imej, social, pemakaian dan sebagainya mengikut acuan baru tetapi masih di bawah label 'Islam'. Seolah-olah cuba memberikan satu imej dan branding baru terhadap Islam. Islam moden yang lebih liberal... Islam yang lebih bebas... Islam Moderate!
Ideologi Islam Liberal sedang meresap dan akan mengancam pemikiran umat di negara kita. Ideologi itu sedang melebarkan sayap di sesetengah IPTA/IPTS dan badan bukan kerajaan. Menyedari berbahayanya ideologi itu, ZAIN A. GHANI menemui Prof. Madya DR. Mohamad Kamil AbDUL Majid (foto) dari Universiti Malaya untuk mendengar pandangan ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan yang sedang mengetuai kajian tentang fahaman ini. Ikuti penjelasan beliau.
(baca selanjutnya...)
Jika seorang tua muncul dihujung kampung mendakwa dirinya Rasul dan menyatakan bahawa sembahyang hanya perlu pakai niat, maka jelas bagi kita mereka ini sesat dan menyesatkan. Tetapi jika seorang pengarah atau produksi filem memberikan ajaran sesat dalam mendidik masyarakat secara umumnya dalam memberikan gambaran tentang cara dan etika pemakaian seorang wanita muslim misalnya, TIADA SIAPA AKAN AMBIL TINDAKAN. Mungkin beberapa bloggers yang tak dipandang orang seperti aku ini akan meluahkan rasa tak puas hati dalam blog masing-masing. Tapi setakat itu je lah nampak gayanya. Ini sesuatu yang sangat membahayakan. Dan untuk dalam tempoh waktu yang panjang, ia boleh menyesatkan lebih ramai orang berbanding pengikut Ayah Pin dan Aji Kahar!
Para-para Pengarah dan penggiat filem tak pernah gagal dalam cuba menjalankan tangggungjawab socialnya dalam cuba menerapkan konsep perpaduan antara kaum 1 Malaysia dalam filem masing-masing tak kira bertapa hipokrit dan kelakarnya adengan tersebut digambarkan tetapi SEDIH bila mereka tidak pula mengambil tanggungjawab yang sama dalam cuba memberikan mesej yang betul mengenai Islam. Jika tidak pada orang Kafir (Non-Muslim) sekalipun, sekurang-kurangnya kepada orang Islam itu sendiri especially generasi muda yang makin lama makin keliru dengan identiti masing-masing.
Inikah watak Sarah dalam gambaran Nazri M. Annuar? Adakah Othman Hafsham yang mahukan Melia Aimelia tampil dengan imej begini? Dan jika tidak, apakah sebagai pengarah dia tak boleh nak tentukan penampilan artis supaya mengikut kehendak skrip? Fail!
Lagi-lagi lawak lucah double meaning....
Secara keseluruhan, filem ini merupakan sebuah filem komedi ringan yang agak stereotaip mengimbau lawak-lawak zaman 90an dengan penggunaan watak pembantu seperti P. Jagen, Shawal AF5 dan Elyas Iskandar yang nampak terlalu bersungguh-sungguh untuk membuat penonton ketawa. Tambah memualkan apabila lawak-lawak lucah dan double meening digunakan berulang-ulang kali hanya menunjukkan bertapa tandusnya idea mereka dalam mehasilkan komedi 'clean' yg lebih berkualiti.
Sarah: Kuih karipap ni kuih paling sedap dalam dunia. Masa saya belajar dulu, saya buat part-time jual karipap
Ali: Mesti sedapkan..? Boleh rasa..?
Sarah: Saya rasa bersalah... Jadi biarlah saya tebus apa yang berlaku hari ini dengan karipap saya. Sudikan?
Ali: Lebih dari sudi..
Okeylah.. aku sorang jer yang rasa scene tu lucah. Orang lain mungkin tak. My fault. but then why on the last scene (dialog refer kepada gambar dibawah):
Sarah: Ali.... Karipap saya sedapkan...? (kemudian buat-buat terkejut dan menutup mulut sambil berbisik sendiri) apa aku merepek ni..?!
Tet~! Nyata Pakcik Hafsham ni sememang ada intention untuk melucah kat sini. Okeylah.. yet again... ni cuma aku jer yang beranggapan sebegitu. Mungkin sebab otak aku yang kuning kot..? Jadi bagaimana ngan scene ini pulak?
Yoga: Asha nak makan keropok lekor? (sambil keluarkan keropok lekor goreng dari plastik)
Asha: Asha nak keropok lekor... Abang Ali.
Tet~!! Am I still wrong 'bout that huh? Come on lah Pakcik Hafsham. At the age of 72 ini ke lawak yang cuba ko nak kongsikan dengan anak-anak dan cucu ko? Adeh... pathetic sungguh!
Dan satu lagi aku tak faham, kenapa Pak Shakir bagi mender alah nih sebagai tanda tamat belajar buat karipap?
Aper tuh? Tasbih ker? Aper ke pelik sangat aku tengok? Kebiasaan tasbih yg aku tengok merupakan 1 lingkaran bulat dengan 33 biji untuk 1 bahagian atau yg versi kecik 33 biji 1 lingkaran. Yang ni dah la cam tali je, jumlah bijinya pun cam pelik je. Sama pelik dengan dekorasi-dekorasi dinding dalam rumah si Asha untuk dijadikan hiasan dalam rumah orang Islam (walaupun ada ayat quran atas gerbang utama).
Kesimpulannya...
Filem ini gagal namun ianya tetap berjaya. Gagal dalam menterjemahkan Novel ini ke layar perak, namun ianya sangat berjaya dalam menukarkan sebuah Novel Islamik menjadi sebuah naskah Liberal yang menjadikan lawak lucah sebagai senjata utamanya.
Saranan aku, lebih baik kita baca sendiri novel tersebut dan nescaya imaginasi kita akan mencipta satu gambaran yang jauh lebih indah dari apa yang di cuba diterjemahkan oleh Hafsham ni. In fact cover model ni jauh cute dan Islamic dari Sarah versi filem.
Baper bintang?
Sorry.. takde sebutir bintang pun untuk filem ni, namun saya berikan 3 tapak kaki (lebih banyak beerti lebih aku meluat)
0 Comments