Advertisement

Main Ad

Mari kita mulakan sambut hari lahir ikut kalendar islam


Azam ni kalau nak ikutkan dah lama aku nak buat. 3,4 tahun lepas dah start terfikir. Tapi bila time birthday jer jadi lupa. Bukan lupa apa.. kekadang terus lupa tarikh lahir aku sendiri mengikut kalender islam (kalender hijrah). Usahkan nak ingat tarikh yang dah di convertkan ke kalender masehi.

Apa rasionalnya sambut hari lahir ikut kalender hijrah ni? Sebelum tu aku nak tegaskan definasi sambut hari lahir bagi aku sendiri. Aku ni bukan type orang yang beli kek, tiup lilin, suruh sahabat handai beri hadiah dan sebagainya ketika menyambut hari lahir. Pada aku sambut hari lahir hanyalah mengingati hari kelahiran kita dan menyedari bertambahnya usia kita dan mensyukuri segala masa yang Allah dah berikan kepada kita selama ini. That's it. Dan amalam meniup lilin di atas kek itu sendiri sangatlah aku tentang kerana ia menyerupai amalam kaum majusi yang menyembah api.

Back to the topic, apa rasionalnya sambut hari lahir ikut kalender hijrah ni? Saja. Kita sendiri tak pernah sambut Maulidur Rasul pada setiap 20hb April kan? Sebaliknya kita sambut pada setiap 12 Rabiulawal. Kedua, kalau kita sambut hari kelahiran kita ikut kalender hijrah, beerti setiap tahun hari lahir kita pada hari yang berbeza jika dibandingkan dengan kalender masehi. Dan ketiga, aku rasa sebagai orang Islam, maka wajarlah kita memartabatkan kalender hijrah lebih dari kalender masehi paling tidak untuk hal-hal yang bersangkutan dengan diri kita sendiri. Sambut puasa ikut bulan Islam, sambut raya ikut bulan Islam, buat haji ikut bulan Islam, jadi kan cantik kalau hari lahir pun sambut ikut bulan Islam? Ker guanner?

So mula-mula kita kena convertkan tarikh lahir kita ke tarikh mengikut kalendar Hijrah. Boleh gunakan converter di sini.

Sebagai contoh, jika anda lahir pada 31 Mac 1979 maka the conversion result is: Saturday 3 Jumaada al-awal 1399 A.H.

Kemudian convertkan semula tarikh tersebut ke kalendar masehi mengikut tahun hijrah tahun ini iaitu 1433 Hijrah.

You entered: 3 / 5 / 1433
The conversion result is: Monday 26 March 2012 C.E. See? Instead of hari lahir jatuh pada 31 Mac, tahun ni ia jatuh pada 26 Mac pulak. Dan untuk tahun-yahun seterusnya pun sentiasa bertukar.
  • You entered: 3 / 5 / 1434 The conversion result is: Friday 15 March 2013 C.E
  • You entered: 3 / 5 / 1435 The conversion result is: Tuesday 4 March 2014 C.E
  • You entered: 3 / 5 / 1436 The conversion result is: Sunday 22 February 2015 C.E
TRIVIA
  1. Birthday kita untuk orang lain ingat, atau untuk kita sendiri ingat?
  2. Tahukah yang umur korang dalam pengiraan tahun masehi tidak semestinya sama dengan usia anda sekiranya dikira mengikut tahun hijrah?

Post a Comment

0 Comments