Advertisement

Main Ad

Jom kita main kuiz sikit.

Okey. Permainan ini pernah diceritakan oleh abang wirajiwa kepada saya yang mana dia sendiri mendapatnya dari seorang ustaz (dah lupa macamana perkaitannya. Kena tanya dia sendiri untuk kepastian). Jadi disebabkan permainan ni sangat best, maka saya nak kongsikan dengan para pembaca SDKD ni (kalau ader la.. ;p~)

Untuk bermain, sila cari pita pengukur atau tali tape (yang orang buat untuk amik ukuran badan tu) kalau takde pun cari pembaris panjang yang ada bacaan dari 1 ke 65. Sudah sedia? Okey! Kalau belum, stop dulu baca da bergi cari dulu pita pengukur.
....
....
....
:p~

Okey dah ada?

Bagaimana cara nak main?

Mula-mula tangan kanan, pegang kat bacaan 1 dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. (tak kiralah unit dalam centimeter ker atau inci) dan tangan kiri pula pegang kat no 65 pada pita pengukur tadi.

Okey.. kemudian regangkan pita pengukur tadi. Sekarang ni, tanpa menggerakkan tangan kiri, dan dengan memastikan pita pengukur tadi sentiasa dalam keadaan tegang, anjakkan sedikit demi sedikit tangan kanan anda yang asalnya berada pada no 1 tadi kepada nombor yang sama dengan umur anda sekarang secara perlahan-lahan.

Slow-slow gerakkan..

Cubit sikit demi sikit..
....
....

Maknanya kalau umur korang 25, sepatutnya tangan kanan anda akan berada pada no 25 dan tangan kiri stay kat no 65 tadi dan begitulah juga kalau umur anda 30, 45 dan sebagainya.

Dah?

Kalau belum takper..

Amik masa..
....
....
....
....

Dah?

Okey sekarang ni lihat lebihan yang terjuntai tadi, kemudian bandingkan dengan baki panjang yang masih anda pegang. Kemudian tengok balik yang terjuntai tadi. Bandingkan berkali-kali.

Yang terjuntai itulah masa yang dah kita habiskan untuk dunia, dan balance tu lah je masa yang kita yang tinggal untuk cari bekal untuk akhirat. Itupun andai ditakdirkan kita boleh hidup sampai umur 65 tahun.

Ia mungkin jauh lebih pendek dari itu, namun ianya susah nak lebih dari itu. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; ""Umur umatku di antara 60 sehingga 70 tahun. Dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang melebihi tempoh tersebut."" (riwayat al-Hakim Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Berapa banyak masa yang dah kita sia-siakan... berapa banyak pula masa kita untuk berkemas sebelum 'pindah' ke 'rumah baru'.....?

Bestkan permainan ni? Sharekan dengan orang yang anda sayang untuk peringatan. :)

Post a Comment

0 Comments