Artikel ni mulanya aku draft pada 11 oktober 2011 tapi tak pernah aku siapkan. Sedar tak sedar dah hampir setahun. So hari ni aku cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk siapkan jugak. Huh! Busy sangat la kononnya!! Ahaks!
Mengingatkan kisah anak aku dan '
bed time story' kadang-kala mengingatkan aku pada kisah perlaksanaan pendidikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris satu masa dahulu. Uik? Apa relatednya antara kedua cerita ni?
Kini (means setahun yg lalu), dah hampir sebulan anakanda kedua Danish dan Faris tak lagi meminta-minta untuk di bacakan bed time story tika hendak tidur. Asalnya memang sengaja aku cuba hidupkan budaya bercerita sebelum anak-anak tidur ni yang lazimnya budaya 'orang putih'. Cuma aku melayukan dari segi content penceritaan instead of cerita pasal dongeng dan mitos orang putih kami gantikan dengan cerita-cerita moral dari dongeng orang tua-tua, kisah para nabi dan sahabat. Yer la.. kan biasa orang kata "..tak semua yang datang dari barat tu tak elok...?".
Pada aku bercerita ni boleh meransangkan creativiti dan imaginasi kanak-kanak. Mahu tak nyer kalau nenek bercerita pasal 'Batu Belah Batu Bertangkup' pun sampai tak boleh nak menghabiskan cerita ikut storyline asal dek kerana dihujani pertanyaan-pertanyaan yang tak tahu nak jawan camana.
"Nenek, tu kan batu? Batu mana boleh cakap?", "Batu boleh makan orang ker....?" Hah!
At the beginning, ok. Malah bed time story dah boleh jadi cam 'rotan' pulak kaedahnya. Kejap-kejap karang, "Siapa nakal, malam ni Mummy takmo cerita.." Tapi bila setiap kali time diorang nak tidur, kebiasaannya itulah time Daddy ngan Mummy sibuk nak buat kerja nak validate payment la... nak itu lah.. nak inilah.. jadi mula ada isu bab 'take turn' untuk tentukan malam ni giliran siapa yang kena bercerita. ah Daddy ngan Mummy dia pulak yang jadi masalah bila setiap kali masuk tidur nak kena cerita dulu kat diorang. Dah la takleh nak recycle cerita 2,3 kali.
Tambah pulak bila ada buku-buku yang menceritakan pasal kisah-kisah nabi yang tak pasti samada penulisannya tak teliti, atau memang segaja ditulis sedemikian rupa untuk menyesatkan akidah budak-budak dari kecil. Parents, be aware. Baca dulu bahan bacaan yang korang belikan untuk anak-anak. Walaupun kononnya kisah nabi ker, kisah sahabat ke. Aku pernah jumpa buku yang menceritakan kisah nabi adam yang dibuat dari tanah kemudian digambarkan seperti membuat patung dari tanah liat. What da hack? Ada banyak lagi contoh-contoh lain yang pada aku sangat tak sesuai. Lebih-lebih lagi buku-buku yang dikeluarkan oleh syarikat bukan islam.
Nickelodeon pun ada keluarkan buku berilustrasi untuk kanak-kanak yang mana sangat mengonfiuskan kanak-kanak cara pengolahannya.
Last-last aku gantikan dengan sesi taklim setiap kali lepas solat berjemaah dengan diorang. Aku takdelah pandai sangat. Cuma membacakan keratan-keratan hadis dan cerita-cerita sahabat dari buku fadhilat amal. Aku sendiri tak sure adakah budak berumur 3 dan 5 tahun ini faham dengan cerita yang disampaikan. Pada aku diorang hanya suka tengok aku bercerita. Dan aku pula hanya baca tanpa memikirkan samada diorang faham atau tak. Pada aku, hidayat dan kefahaman itu datang dari Allah. Sekurang-kurangnya sesi taklim itu merangsang minat diorang untuk sama-sama ikut solat jemaah. Sehinggalah bila keesokan harinya aku tertangkap Danish yang masih belum tidur walaupun jam dah menunjukkan jam 11:45 malam. Faris nampak macam dah lama tidur. Padahal kedua-duanya masuk bilik dari jam 10 malam lagi.
"Kenapa tak tidur lagi ni?" Aku dah sentap dah. Sambil melilau cari apa-apa yang boleh dibuat rotan. Sekali jawapannya buat aku terus sejuk.
"Kan Daddy cerita semalam..." katanya cuba mengingatkan aku tentang kisah sahabat yang berjaga bergilir-gilir semasa perang dizaman Rasulullah.
"Kalau sorang tidur, sorang kena jaga takut nanti ada orang jahat..." katanya lagi.
Ternyata, walaupun cerita-cerita yang agak 'berat' contentnya seperti kisah-kisah para sahabat, keterangan-keterangan hadith, dan sebagainya, namun kanak-kanak masih boleh memahaminya. Kita yang kadang-kadang tu terlalu memandang rendah dengan kemampuan otak mereka dalam memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, aku rasa menjadi satu tanggungjawab penting untuk kita memberi pendedahan dan menerapkan rasa cinta anak-anak kepada Rasulullah s.a.w supaya mereka kenal nabi mereka. Generasi sekarang dah hilang jati diri kerana kita lupa asal usul kita. lupa sejarah kita. dan sekaranglah masa untuk kita perbetulkan semula semua itu.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya seawal umur mereka 3 tahun, masing-masing faham tentang konsep dosa, pahala, syurga, neraka, Allah, Rasulullah, malaikat, syaitan dan lain-lain.
0 Comments