Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga
Daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga." (Riwayat lbnu Majah dan At-Tirmizi).Berada dalam rahmat Allah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran, kecuali mereka akan dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yang di langit)." (Riwayat Muslim, At-Tirmizi, lbnu Majah & Abu Daud).Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi).Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. , daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia. Lalu Rasulullah ditanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w. ? Jawab baginda: Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya." (Riwayat Ahmad, lbnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan An-Nasaie).Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari-kiamat
Daripada Abu Umamah al-Bahili katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis Riwayat Muslim)Dipakaikan mahkota pada hari kiamat
Daripada Mu'az bin Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua-dua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri?" (Hadis Riwayat Abu Daud)"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." -Imam Nawawi
0 Comments