Advertisement

Main Ad

Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Diserbu

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa semalam menyerbu sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat sekutunya kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram daripada Para pelabur yang dipercayai menyalahi undang-undang penubuhan syarikat.

Serbuan pada pukul 1.30 tengah hari di pejabat Genneva yang terletak di Jalan Kuchai Maju 6, Kuchai Lama di sini disertai Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia, serbuan tersebut dilakukan berdasarkan laporan orang awam.

Ketika serbuan dilakukan, kira-kira 50 orang pelabur dan jururunding berada di pejabat tersebut dan menyangkal dakwaan berlaku penipuan.

Menurut seorang pelabur, Mohd. Sani Royan, 52, tindakan pihak berkuasa menyerbu syarikat tersebut memberi gambaran negatif terhadap orang luar sedangkan syarikat itu tidak pernah menipu.

Disyaki jalankan kegiatan mengambil deposit secara haram

"Saya tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang membuat serbuan hanya berdasarkan beberapa laporan. Mungkin orang yang buat laporan tidak faham konsep pelaburan atau pun dia cemburu.

"Syarikat ini tidak menipu, ia diuruskan secara sah malah perasmian pejabat ini dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2010," katanya yang merupakan seorang pesara kerajaan.

Dakwa Mohd. Sani, pelaburan syarikat tersebut turut mematuhi undang-undang Islam yang melabur dalam bentuk jongkong atau tablet emas.

"Sejak dari awal saya melabur, saya yakin syarikat ini betul dan tidak menipu malah pelabur memperoleh pendapatan yang berpatutan terutama kepada pesara seperti saya yang mengharapkan keuntungan dalam bentuk jongkong emas dan hibah iaitu hadiah bulanan," katanya.

Tambahnya, serbuan itu bakal merugikan para pelabur terutama yang sudah membayar deposit membeli emas yang dijangka diagihkan hari ini.

Dia hairan dengan tindakan orang ramai yang menuduh syarikat tersebut menipu sedangkan syarikat itu telah membantu merangsang ekonomi negara.

Seorang lagi pelabur yang hanya mahu dikenali sebagai Suria, 35, berkata, pihak berkuasa sepatutnya berjumpa dan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat serbuan. 

SDKD: Based on kejadian yang lepas-lepas, senario drama akan jadi begini.
  1. Leader-leader akan cuba menenangkan 'downline-downline' dibawahnya dengan dialog-dialog seperti. "Releks.. BNM cuma jalankan siasatan je. Ini semua akibat orang dengki dan jelous dengan kita bla.. bla.. bla.."
  2. Mangsa yang terlibat akan terus mempertahankan pelaburan yang di ceburinya.
  3. Company akan kata "Kami pun tak boleh nak buat apa. Semua asset telah dibekukan oleh BNM hingga siasatan selesai.
  4. Sebulan berlalu, orang masih kecoh.
  5. Dua bulan berlalu, kekecohan mula reda. Orang mula menyesal.
  6. Tiga bulan berlalu, orang menyesal dan baru terima hakikat yang mereka dah tertipu.
  7. Bertahun berlalu, tak tahu jadi apa dengan company tersebut.... dengan siasatannya... keputusannya... dan kemana perginya duit-duit hasil asset yang dibekukan tersebut.
* Dah beratus kes yang terjadi seperti ini aku belum pernah dengar wang tersebut dikembalikan. Walhal bukannya susah sangat nak mengenal pasti senarai pelabur dan jumlah pelaburan yang terlibat kerana semuanya ada dalam rekod digital? Tak boleh ker selepas di pastikan yang syarikat tersebut bersalah dan dikenakan hukuman atau sebagainya wang asset yang di bekukan tadi dipulangkan kembali kepada makcik-makcik dan orang kampung yang tertipu tadi? (Adakah di rollingkan sebagai satu hasil pendapatan negara? Dan kerana itu kebanyakannya dibiarkan beroperasi sehingga rolling capital mencecah jutaan dan bilion ringgit baru diserbu? Wallahualam) Mungkin pihak berkuasa perlu menjelaskan lebih terperinci mengenai perkara ini dan bukan sekadar memberi amaran supaya jangan mudah tertipu. Kerana aku taknak di belakang buaya rupanya ada naga. ;p~

Sekarang ni seakan menjadi trend geng-geng skim cepat kaya menggunakan istilah 'pelaburan emas'.

Post a Comment

0 Comments