Advertisement

Main Ad

77 syarikat pelaburan tidak sah

KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

BNM dedah syarikat guna surat akuan bank bertujuan tarik pelabur

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas. perniagaan mata Wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.

BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan. pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.

Tegasnya. di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat-syarikat tersebut perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum boleh menjalankan aktiviti itu di negara ini.

"Surat perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen perniagaan atau kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan terjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan berkenaan. ataupun perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan," kata bank itu.

"senarai institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada Bank Negara itu hanya untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

"Sekiranya syarikat-syarikat tersebut telah berhenti daripada menjalankan perniagaan terjadualnya, BNM akan menarik batik surat perakuan tersebut." kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru ia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh BNM untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim kewangan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian 'Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan' yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnnitelelink@bnm.gov.my

SENARAI SYARIKAT TIDAK DIBERI KEBENARAN MENJALANKAN PELABURAN OLEH BNM

1. lglobakash
2. 1Gold.com.my
3. A I-Saliha Wodwide Sdn. Bhd.
4. Amsyiq Gold Enterprise
S. AU Niaga Sdn. Bhd.
6. AU79 International
7. Bumi Mask War isan Enterprise
8. Caesar Gold Sdn. Bhd.
9. Cakera Rilggit Sdn. Bhd.
10. Dana Haji Tasman
II. Degold Empire S/8
12. DNA Profile Sdn. Bhd.
13. East Cape Mining Corp
14. Extra Capital Programme
15. Ezey Marketing
16. FE Brands (M) S/B
17. Flexsy Enterprise & Etarrilome Corp
18. FNZ Capital Limited
19. FX Primus
20. Gain FX Capital S/B
21. Gan Patt Services
22. Genneva Malaysia Sdn. Bhd.
23. GGF Golden House Sdn. Bhd.
24. Global Creation Trading
25. Global Venture Financing
26. Gorgeous Chain Sdn. Bhd.
27. Great Access Sdn. Bhd.
28. Hens Commerce Sdn. Bhd.
29. Honest Group Ltd
30. Iccrihill HoklingSdn.Ethd.
31. IGC Diamond
32. lnstaforex
33. Isothree Gold Sdn. Bhd.
34. Jalatama Management Scin. Bhd.
35. Jaztaan Enterprise
36. JM Communications & Technology Sdn. Bhd.
37. JMI Global
38. JTGold
39. Kris Plus Enterprise
40. Lestan2U
41. Liberty Reserve
42. Life Time Holidays Sdn. Bhd.
43. LocalAdCbck
44. Mari Wholesale (M)S/f3
4S. Mega Dynasty S/B
46. Megaheebs Bioextreme
47. One AutoCash
48. Pageantry Gold Berhad
49. Pancar Mayang Sdn. Bhd.
50. Pars Pay Sdn. Bhd.
SI. Prestige Dairy Farm
52. Program 10 Bulan Forex Trading
53. Program I-Rich
54. Projek 011it 2012
55. Provisio Multimedia
56. Real Ingenious S/B
57. RGCX Trading Corp
58. RMMUDAH.COM
59. Rowther Technologies MSC Sdn. Bhd.
60. RS Capital Holdings Bhd.
61. Slimberry Extreme Team
62. Speedline
63. Sri Perkasa Ernas Trading
65. Swiss Capital Venture
66. Syarikat GECS Ltd.
64. Suliz Pearl Mines
67. Syarikat OLTA Capital Management Inc
68. Syankat Sri Alam
69. Tabung Dana Ehsan
70. Titan Group Sdn. Bhcl.
71. TukarGold.net
72. VC Gold Sdn. Bhd.
73. Vertical Dragon Sdn. Bhd.
74. Virgil Goki Mining Corporation
75. Worldwide Far East Berhad
76. XOC7
77. Zeta Capital Management

*Sumber: Bank Negara malaysia

SDKD: Ironinya, kenapa setiap kali adanya syarikat-syarikat pelaburan tidak sah atau skim cepat kaya sebegini dibiarkan beroperasi terlalu lama sehingga rolling capital mencecah jutaan malah hingga bilion ringgit sebelum di 'bekukan assetnya' oleh BNM?

Post a Comment

0 Comments