Advertisement

Main Ad

Mengukur kekayaan seseorang individu


Bagaimana nak mengukur kekayaan kita? Atau bagaimana perspektif orang menilai samada seseorang itu kaya atau tidak?

Merujuk kepada Robert Toru Kiyosaki penulis best seller book berjudul ""Rich Dad Poor Dad"" adalah dengan menilai seluruh asset yang kita ada pada ketika itu dan berapa lama kita boleh survive dengan jumlah yang ada. Beliau merupakan seorang 'Investor' yang meyakini bahawa quadrant yang paling selesa adalah apabila income dijana oleh asset samada pelaburan dan sebagainya. Jadi penilaian ini dibuat dengan mengambil kira andainya esok kita tidak boleh bekerja. Jadi berapa lama kita boleh bertahan dengan kewangan yang kita ada pada ketika itu.

Setahun? 6 bulan? Atau cuma bertahan untuk bulan hadapan sahaja? Well.. ini perspektif Robert Kiyosaki. Dan suatu ketika dulu aku juga banyak terpengaruh dengan ideologi beliau yang sering menjadi motivasi untuk aku struggle untuk mengecapi apa yang dikatakan 'Retire Rich, Retire Early' ni. Dalam aku tak sedar, ideologi sebeginilah yang membuatkan kita akan sibuk dan terus sibuk mengumpul dunia. Kerana hakikatnya walau berapa banyakpun yang kita ada, nescaya tidak akan pernah cukup. Jangan cuba tipu diri sendiri.

Maksud Hadis Nabi SAW: “Seandainya anak adam memiliki emas segunung Uhud, pasti dia akan lebih senang seandainya memiliki dua emas segunung Uhud, dia tidak akan merasa cukup melainkan tanah telah memenuhi mulutnya, dan Allah akan memberikan ampunan kepada siapa saja yang bertaubat.” (HR Bukhari, Muslim, Ahmad dan ad Darini)

Jika kita ada RM5,000 dalam simpanan, kita akan rasa duit itu hanya cukup untuk menyara kos perbelanjaan keluarga kita untuk tempoh 2 bulan sahaja, jadi kita risau. Jika kita ada RM10,000 dalam simpanan kita, kita tahu yang jumlah itu hanya mampu menampung sara hidup kita untuk 4 ke 5 bulan, dan kita masih tetap risau. Habis berapakah jumlah simpanan yang boleh membuatkan kita tenang? Nah... untuk mengumpul harta dunia, kita sering mengandaikan yang kita akan mati, jadi kita perlukan bekal yang cukup untuk memastikan anak dan isteri kita dalam keadaan yang selamat. Aduh... jauhnya aku tersasar. Sedangkan penyediaan bekalan untuk akhiratlah yang perlu dilakukan dengan sebanyak-banyaknya seolah-olah kita akan mati esok hari.

Lantaran dari ideologi barat dan sistem kapitalis ini membuatkan kita akan bekerja dan terus bekerja. Kita diperkenalkan dengan fesyen dan trend terkini sebagai salah satu medium perlumbaan yang saban hari membuatkan kita bekerja lebih gigih dengan keazaman-keazaman baru yang dimotivasikan dengan kebendaan dan berbandingan kekayaan orang lain. Saban hari masa dirasakan makin cepat berlalu, seminggu rasa macam sehari, sehari rasa seberti sedetik. Dalam tak sedar kita abaikan nafkah batin untuk anak-anak, untuk pengisian jiwanya, untuk mereka mengerti tujuan hidup dan siapa penciptanya. Setiap saat minda kita hanya menmikirkan strategi demi strategi untuk menjana kewangan yang banyak. Dan jika kita tidak bekerja, maka makan pasirlah kita jawabnya. MasyaAllah... inilah tahap keimanan kita.

Dari kecil aku diajar dengan 'Ayat seribu dinar' dan ramai yang menceritakan kelebihan-kelebihannya. Lantaran itu barangkali aku melihat ramai yang mengantungkannya di dinding-dinding premis perniagaan seolah-olah ianya satu tangkal yang mampu menarik rezeki. Dalam tak sedar jadi syirik dengan Allah.

Kemudian ada yang berkata. ""Ayat seribu dinar bukan untuk digantung.. tetapi untuk dibaca supaya ia ada dalam diri kita, barulah ada barakahnya daripada hanya digandung tetapi tuannya sendiri tak pernah membacanya"". Mau tidaknya. 5 tahun berniaga, 5 tahun ayat seribu dinar tergantung didinding rumah atau kedainya, tapi masih belum mampu untuk menghafal 2 ayat dari surah Al-Talaaq ini.

Terlalu yakin dengan kelebihan ayat seribu dinar sebagai pelaris dan pemurah rezeki. Terlalu yakin yang ayat ini mampu membuatkan perniagaan jadi maju. Terlalu yakin dengan mambacanya boleh membuatkan rezeki bertambah. Namun adakah kita benar-benar faham apa maksud yang disampaikan dalam ayat ini..?


Terjemahannya :
Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat ini sebenarnya nak ajar kita, jika ingin murah rezeki dan Allah cukupkan segala keperluan kita, caranya ialah jadilah orang yang TAQWA dan TAWAKKAL kepada ALLAH. Jangan ditanya, jangan diusul atau jangan difikirkan bagaimana atau dari mana datangnya kerana ia tidak akan terjangkau dek akal fikiran makhluk hina seperti kita ini dan kerana itulah telah Allah nyatakan 'rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka'.

Si bijak (kononnya bijak) akan bertanya: ""Abis tuh tak perlu usaha lah? sembahyang jer boleh dapat duit?!""

Aku yang jahil ini hanya mampu menjawab dengan satu persoalan. ""Adakah selama ini anda yakin yang usaha andalah yang memberikan anda rezeki...?""
"

Post a Comment

0 Comments