Advertisement

Main Ad

Kisah balang kehidupan (The mayonnaise jar lesson)

Seorang profesor berdiri di hadapan kelas falsafah dengan beberapa barangan di hadapannya. Apabila kelas bermula, tanpa berkata-kata, beliau mengambil sebuah balang mayonis yang sangat besar dan kosong lalu mengisikan ia dengan bola golf. Beliau kemudian menanya pelajar adakah balang itu sudah penuh dan mereka bersetuju bahawa balang tersebut telah penuh.

Kemudian Profesor itu mengambil sekotak batu kerikil dan dituangkan ke dalam balangmengoncang-ngoncangkannya sedikit. Batu Kerikil tadi terus mengisi ruang antara bola golf. Beliau kemudian sekali lagi bertanya kepada pelajar adakah balang itu telah penuh. Mereka semua bersetuju ia telah penuh. Lalu Profesor mengambil sekotak pasir dan dituangkan ke dalam balang sambil mengancang-ngoncangkannya sedikit. kali ini pasir pula mengisi ruang-ruang yang ada diantara bola gold dan batu kerikil tadi. Dia bertanya sekali lagi jika balang penuh. pelajar bertindak balas dengan sebulat suara

"ya."

Profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja dan dicurahkan keseluruhan kandungan ke dalam balang mengisi ruang antara butiran pasir sambil berkata "Kehidupan kita adalah seperti Jar ini"

"Sekarang," kata profesor, "Saya mahu anda sedar bahawa balang ini mewakili kehidupan anda. Bola golf adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda seperti keluarga anda, anak-anak anda, kesihatan anda, kawan-kawan anda, dan benda yang paling anda sayangi yang mana perkara-perkara yang jika semua perkara lain telah hilang dan hanya mereka yang tinggal, anda masih merasa gembira.

Batu-batu kerikil tadi adalah perkara-perkara lain seperti pekerjaan anda, rumah anda, dan kereta anda. manakala Pasir pula mewakili segala-galanya perkara kecil yang remeh temeh.

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu," dia menyambung, "Maka tiadalah lagi ruang untuk batu-batu kerikil dan bola golf. Perkara yang sama berlaku dalam hidup. Jika anda menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga pada perkara yang kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara-perkara yang penting kepada anda. Beri perhatian kepada perkara-perkara yang lebih bermakna untuk kebahagiaan anda. Main dengan anak-anak anda. Ambil masa untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Bawa pasangan anda keluar untuk makan malam dan lain-lain lagi.

Jangan risau. Akan sentiasa ada masa untuk membersihkan rumah, buang sampah dan lain-lain. "Jaga bola golf pertama dahulu, perkara-perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan anda. Selebihnya hanya pasir."

Salah seorang pelajar mengangkat tangannya dan bertanya apa yang diwakili oleh kopi? Profesor tersenyum. "Saya gembira anda bertanya. Ia hanya nak menunjukkan kepada anda bahawa tidak kira bagaimana penuhnya hidup anda, akan sentiasa ada ruang untuk beberapa cawan kopi dengan rakan."

Post a Comment

0 Comments