Advertisement

Main Ad

Lagu dan Lirik Lagu Yasin - Reformasi

 

REFORMASI - The Anthem Project
Pengarah video: Azmin Mohamad - Pretty Peektures
LIKE kami di facebook : www.facebook.com/reformasitheanthemproje­ct

Tajuk Lagu: REFORMASI
Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Guitars by Faizal Tahir

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yasin Sulaiman atau Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.
Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.

Lirik Lagu Yasin Sulaiman - Reformasi

Reformasi 2X
Reformasi 2X
Kuterdengar suara kebebasan
Gerak nadi kemanusiaan
Bersahut seindah seruan
Bangkitan suara di dalam

Reformasi 2X

Kumerasa bayu perubahan
Kali ini bagai kepastian
Derasnya gelombang kebenaran
Kemenangan tiada terhalang

Reformasi 9X

Kumenanti sinar kasih sayang
Yang mendamba wajah ketulusan
Bagai tidak lama penantian
Cahaya di penghujung jalan

Post a Comment

0 Comments