Advertisement

Main Ad

Ciri-ciri 'Encik Perfect 10' untuk dijadikan suami dari sudut pandang seorang perempuan

Ramai perempuan mengeletik bila tengok cerita 'Suamiku Encik Perfect 10' lakonan Aaron Aziz. 'Best giler' katanya. Masing-masing pun mengidamlah untuk memiliku Suami 'Encik Perfect 10' sebegitu.

Jadi dengan mengambil watak utama filem ini sebagai sampel kes ciri-ciri 'Encik Perfect 10' dari sudut pandang seorang perempuan (jika benarlah begitu), maka aku nak kasi tips sikit kepada lelaki diluar sana bagaimana untuk menjadi lelaki yang dikatakan 'Encik Perfect 10'.


  1. Jika anda telah mempunyai tunang, jangan setia membabi buta dengan tunang anda. Jika ada peluang untuk menggatal dan beramah mesra dengan perempuan cantik lain diluar, maka gunakan sebaiknya. Jika anda seorang perempuan dan anda dapati tunang anda sangat ramah dengan perempuan cantik yang lain dalam kapal terbang, komuter, lrt, hatta di stesen bas, tahniah... dia nanti pasti bakal jadi suami yang 'Perfect 10'.

  2. Lelaki yang gentleman harus perihatin kepada wanita. Kalau perlu, ikut sampai ke pintu tandas. Tunang anda pasti sangat bangga dengan sifat gentleman seperti ini.

  3. Pastikan anda pandai menipu. Terutama orang yang banyak berjasa atau orang yang membesarkan anda. Buktikan kepada kekasih anda yang ibu dia juga anda boleh perdaya dengan mudah.

  4. Anda kena berani tidur sebilik dengan perempuan yang baru saja anda kenali. Jika anda seorang perempuan dan anda dapati tunang anda tidur sebilik dengan perempuan lain, tahniah... dia nanti pasti bakal jadi suami yang 'Perfect 10'.

  5. Untuk melihat samada perempuan yang anda suka menaruh hati kepada anda, selamba je melamar perempuan lain dan kemudian dump dia cenggitu jer bila objektif anda tercapai. Dan jika anda seorang perempuan dan tunang anda melamar anda untuk membuatkan perempuan lain jeles, tahniah... dia nanti pasti bakal jadi suami yang 'Perfect 10'.

  6. Lelaki harus ada sifat penyayang kepada budak. Kalau boleh pergi mengaku anak-anak dalam perut mana-mana perempuan dan katakan 'Awak kena ingat... anak ini anak saya jugak... jika dia lahir nanti, dia kena panggil saya papa!'


dan beberapa lagi ciri-ciri yang digariskan dalam filem ni yang tak sanggup rasanya aku nak ulas panjang lebar. Ahaks~!

Anyway.... kalau lah ini 'Encik Perfect 10' yang kalian mahu untuk jadikan sebagai suami.... Aku rasa perempuan zaman sekarang memang ada masalah dengan benchmark diorang. Tak kira bertapa banyak pun aku listkan kejanggalan dan attitude problem pada watak utama ni, at the end korang still akan menggelatat 'eeii.. romentik dan caringnya jantan ni...'. In other words, asal lelaki tu good looking sikit (Aaron Aziz tu!!!), pastu buat-buat caring (romantik katanya) sikit... mudah sangat rasanya nak ikut lelaki macam tu sampai ke bilik tidur. Come on... you deserve much better than this~

Oh ya! Kalau korang perasan, diakhir cerita, sebulan selepas kematian suaminya, si Aleeya dah start melaram dan menggatal nak tackle Zarief. Maka khas kepada kaum hawa, tolonglah belajar sikit ilmu agama supaya tak jadi bangang macam ni. Ketahuilah yang wanita yang kematian suaminya wajib berkabung selama 4 bulan sepuluh hari. Kena duduk rumah je. Kecuali untuk urusan keperluan dan dalam keadaan darurat. Takleh pakai barang kemas dan wangi-wangian, baru yang vouge² semua takleh pakai dalam tempoh berkabung. (Read more..)

Post a Comment

0 Comments