Advertisement

Main Ad

Keluar 40 hari yang tak masuk dek akal!

TAK MASUK AKAL!

Dalam usaha agama anda akan jumpa banyak hadis, firman atau nasihat yang tak masuk akal. Especially berkaitan rezeki. Orang tabligh memang selalu kena taji dengan org ramai pasal hal ni. Skrip biasa yang kami dengar antaranya:

"Ni tak keje ke? Hari2 duk masjid je."

"Tinggal anak bini lama lama ni siapa jaga?"

"Mcmana nak maju ekonomi Islam kalau asik duduk masjid je mcm korang?"

"Allah suruh kita cari rezeki.. Bukan duduk masjid saja tunggu rezeki datang.."

"40 hari? Korang ni zalim ngan keluarga sebenarnya.."

"4 bulan? Aku rasa ko balik bini ko dah kena kebas dek orang lain dah.."

Astarghfirullah.. Kalau ada terlintas dihati anda soalan2 begini, saya cadang anda istighfar banyak2. 

Saya tanya anda balik. 

"Kenapa bila kentut kena amik wudhu semula? Basuh muka basuh tangan, tapi lubang dubur tak basuh pun?"

Tak logik kan?

Ya.. Memang amal agama memang tidak bersangkut langsung dengan logik akal. Allah SWT tidak bekerja dalam kerangka logik. Jadi kalau kita fikir logik dalam iman dan amal, maka kita akan jadi susah. Iman dan amal ialah satu bentuk gerak fikir yang dipacu oleh "yakin". "Iman inside, Yakin Driven".

Jadi, untuk dapat "yakin" dengan janji Allah, satu bentuk sacrifice atau mujahadah diperlukan untuk translate dari "perkataan yakin" kepada "perasaan yakin".

Contoh; Anda tahu pemanah handalan dari luar negara ini memang tidak pernah miss targetnya walau seinci pun. Memang anda sendiri saksikan aksinya dimerata tempat. Itu adalah information yang kuat, cukup untuk anda gunakan buat bahan bercerita pada kawan2 betapa dia ini handal memanah. Namun untuk mendapat "perasaan yakin", anda perlu buat praktikal. Segala information tentang pemanah handalan dan kehebatannya anda sudah tahu secara teori. Tapi untuk membuktikan teori itu, anda perlu jalani praktikal. Maka, beranikah anda mengigit sekeping syiling dihujung gigi anda dan minta pemanah handalan tadi memanahnya? Anda sendiri saksi kehebatanya. Memang tidak sekali pun dia miss walau seinci target. Sekarang target itu ialah sekeping syiling dihujung gigi anda. Dia akan memanahnya dari sisi anda dan akan memastikan syiling itu jatuh dan tidak mencederakan anda.

Anda yakin? Hahaha

Jadi begitu juga dengan hal amal agama. Anda tahu teori bersedekah menambahkan rezeki 10 x ganda. Diberitahu pula oleh seorang Nabi yang anda iktiraf dan agamanya anda anuti seluruh hidup. Namun, adakah yakin anda sekadar teori atau sekadar information? Jika guna logik akal, keluarkan duit kita untuk bagi pada orang akan menyusutkan jumlah duit kita kan? Mcmana nak tambah balik?

"Ehh.. Kita kena beriman dan yakin dengan hadis itu. Sebab itu sabdaan baginda SAW" kata anda.

Baik, kita beriman dan yakin. Jadi skrng kenapa tanya soalan pasal kenapa tinggal keluarga? Kerja? Ekonomi tak maju? Dan sebagainya bila sudah ada ayat Jaminan dari Allah SWT sendiri untuk orang yang bermujahadah semata mata kerana agama? Kenapa masih bertanya tanya jika sudah wajib kita beriman dengan Al-Quran dan hadis Nabi SAW?

Kalaulah meninggalkan keluarga 40 hari itu jadi isu yang besar, kenapa tak dipersoal anggota MALBAT yang keluar 6 bulan ke negara luar untuk khidmat UN? Mereka juga berkeluarga, mereka juga ada anak bini yang terbiar selama ketiadaan mereka kan?

Kalaulah meninggalkan keluarga 40 hari itu satu isu besar, kenapa tak tanya pada jurukimpal pakar, engineer offshore dan berbagai lagi yang ambil project luar negara sampai 7-8 bulan? Mereka juga berkeluarga dan anak bini terbiar juga selama ketiadaan mereka kan?

"Itu lain bro.. Tu duit masyukkk.."

Jadi jelaslah skrng, yakin iman anda ialah pada duit. Jika pasal duit, apa bentuk pengorbanan pun sanggup dilalui. Tapi kalau berkenaan perkara ghaib, tak nampak, akhirat.. Kita rasa liat sikit. Atau rasa mcm rugi. Buang masa, rugi, tak maju, makin mundur, tak berdaya saing.. Mcm mcm.

Sedangkan Allah Taala janji, sempurnakan iman kamu, Aku akan sempurnakan dunia kamu! 

Nabi SAW jamin, sesiapa yang keluar dijalan Allah, Allah akan pelihara harta dan keluarganya. 

Banyak sangat lah fadhilat pasal mujahadah dijalan Allah ni dan ganjarannya. Begitu juga ancaman utk yang tak mahu keluar. Kefahaman akan mendatangkan yakin, tapi utk dptkan kefahaman memerlukan pengorbanan. Lagi banyak anda korban dijalan Allah, lebih faham anda akan setiap janji dan perintah Allah. Allah SWT akan bagi faham. 

Contoh; anda ada baca manual mcmana nak pandu kereta. Kemudian anda berkorban masa dan perasaan takut... anda cuba pandu sekali. Anda berjaya! Tapi takkan sama pemanduan pertama kali dengan pemanduan kedua kali. Anda sudah faham sedikit dari pemanduan pertama tadi. Jadi pemanduan kedua anda sudah jadi lebih baik sebab anda seudah faham kereta itu serba sedikit. Pada pemanduan anda yang ke 20 kali, anda sudah 20 kali isi minyak, sudah berjam jam anda korban masa untuk pandu, anda sudah mahir, sudha boleh pandu laju dna cekap. Ini kerana kefahaman anda tentang kereta itu sudah meningkat asbab pengorbanan anda berikan utk pandu kereta dari segi wang dan masa. Kalau anda hanya tahu teori memandu dari buku, manakan sama dengan kefahaman setelah 20 jam bawa kereta kan? Akhirnya dengan korban masa, wang, perasaan, pergi belajar lagi, asah kemahiran lagi.. Anda berjaya pandu kereta rally dan berlumba dipersada dunia! 

Begitulah juga dengan agama kita.
Begitulah juga dengan perintah Allah.
Begitulah juga dengan sabdaan Nabi.

Kalau kita tahu teori, kita ingat kita ada yakin.. Belum tentu lagi. Belum lagi tuan tuan.. Belum try belum tau. Allah jamin akan bagi dunia ini pada orang Islam jika agama diamalkan sempurna mengikut cara Nabi SAW oleh SEMUA ORANG ISLAM.

Buktinya? Arab jahiliyyah yang rome dan parsi tak hingin langsung nak takluk dek disebabkan perangai jahil diorang dah tahap kronik dan takut berjangkit ke empayar mereka.

Bila Allah lahirkan Nabi SAW dari kalangan itu, dan mereka menerimanya, mengamalkannya sesempurna habis habisan (i'tiba' Rasul) maka Allah bagi 2/3 dunia ini kepada Orang Islam. Dan itulah zaman kegemilangan Islam yang kita duk kenang kenang hari ni dengan rasa pelik kenapa umat Islam makin mundur sekarang. Tanpa kita sedari sebenarnya kemunduran itu ialah disebabkan kita tidak amalkan agama sempurna seperti zaman Nabi dengan dakwaan itu zaman "kolot". Semua para sejarah agama pun suka menceritakan kisah 10 tahun kegemilangan Islam di Madinah dan sedikit sekali bercerita tentang pengorbanan 13 tahun mengembangkan Islam di Mekah. Part susah takmo cerita. Nak hebat, cerita yang hebat je. 

Umat kita ni dah takde jalan tuan2.. Ini je jalannya. Kembali kepada Sunnah dan kerja Dakwah Nabi SAW. Ini zaman survival dari fitnah Dajjal. Memegang dan menghidupkan Sunnah akan menjamin kita dari menjadi pengikut Dajjal A.S. Bila dia keluar nanti, dia akan berkuasa dan dia akan sekat makanan. Jika nak makan, kena mengaku dia tuhan. Waktu itu Nabi SAW bgtahu, umat yang menghidupkan Sunnah dan yakin akan dpt survive dengan berzikir sahaja. Allah hilangkan kelaparan dengan zikir sahaja.

Logik? Memang sepatah haram pun tak logik. Yakin? Terpulanglah.. Fikirlah sendiri dan letaklah diri anda sendiri ditempat yang anda rasa anda nak jadi.

Jadi, untuk saya dan teman2 yang buat usaha dakwah ni. Bagi kami, kami yakin Allah SWT pemberi rezeki. Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Bila kami beri kepada Allah, PASTI Allah akan beri lebih lagi kepada kami. Insya-Allah.

‪#‎diari40hari

Post a Comment

0 Comments